Wednesday, October 3, 2012

kau tak mahu




Kau tak mahu, 
tapi kau diam. 

Bila tak ada yang tahu, 
kau terus pendam. 

Sampai masa kau dah tak mampu, 
barulah kau tunjuk belang. 

Tapi orang lain mula keliru, 
apa sebenarnya yang mahu kau luahkan? 

Jadi bila kau dah tak mahu sesuatu,
tak perlu tunggu,
terus cakap jangan simpan.


Monday, October 1, 2012

jangan kata okay kalau sebenarnya tak okay!




A: Baju ni ketat tak dengan saya? 

B: Macam ketat, tapi okay je. 

A: Baju ni pendek sangat ke? 

 B: Asal labuh dari punggung, okay je. 

A: Kalau awak dah kata okay, maknanya okay la! 


Okay yang tak berapa okay. 

 Pernah tak kita terlibat dalam dialog yang macam ni? 

Bagi diri saya sendiri, banyak kali. 

 Bila temankan kawan-kawan pergi shopping, mesti mereka tanya pendapat tentang baju tu, baju ni. Nak beli baju, mesti la nak yang cantik dan nampak vogue. Sampai kadang-kadang terlepas pandang apa tujuan utama kita berpakaian. 





Apa tujuan utama kita berpakaian? 

Ya, menutup aurat. 


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raaf7:26) 


Sebab tu la bila kita beli baju atau seluar atau apa-apa pakaian, kena la beli yang betul-betul menutup aurat kita. 

 Dan, bila ada kawan-kawan tanya kita sama ada baju yang mereka nak beli atau nak pakai tu okay ke tak, jangan sesekali jawab okay kalau sebenarnya baju tu tak okay! 





Kalau pun mereka nak terguris dengan kita atau cakap kita ni kolot atau apa-apa, pedulikan, sebab kita tak mahu terjerumus sekali dengan mereka. Tak sanggup rasanya nak bersubahat dalam benda-benda yang tak elok. 

Tapi, pada masa yang sama, kita cuba-cuba la terangkan pada mereka kenapa kita tak nak mereka beli atau pakai baju-baju yang tak berapa menutup aurat tu. Kadang-kadang mereka terlupa dan tak salah kalau kita ingatkan mereka, kan? 





So lepas ni, say no to pakaian yang sendat-sendat dan tak menutup aurat dengan sebenar-benarnya!


Wednesday, September 26, 2012

CH; simpan dan pendam




Ada yang terpendam, tak boleh dilepaskan. 

Fikir-fikir balik, tak perlu, biar saja ia terpendam. 

Tapi tak boleh! Ia perlu dibebaskan. Tak sanggup lagi lemas dalam kerimasan. 

Tapi sekali lagi akal bersuara, simpan saja ia, kerana esok belum pasti menjanjikan suka atau duka. 

Maka simpan dan pendam. 

Biar ia kekal begitu. 

Sementara atau selamanya, 

Tak siapa tahu.


Saturday, September 15, 2012

rumah lama


bukan rumah lama saya

Ada depan mata, tak dihirau tak diendah. 

Jauh dan sukar digapai, mula mengenang dan merindu. 

Petang-petang bermain di bawah rumah- pondok-pondok, lari-lari, sampan usang, basikal tua, bunga api dan tanglung, semua sudah jauh. Jauh ditinggalkan. 

Cerita-cerita arwah nenek yang masih segar di ingatan- nenek dan atuk hangat bercinta selepas kahwin. Ke pasar berdua dengan membonceng basikal, atuk mengayuh laju menakutkan nenek. Cubaan nenek bersolek untuk kelihatan cantik di depan mata atuk menghadiahkan senyum di bibir atuk. Dating berdua menaiki sampan meredah sungai dan hutan. 

Rumah kayu nenek dan atuk, tangga batu berwarna merah, kerusi rotan, tv yang selalu rosak, lecak di hadapan rumah- bisakah menjelma di hadapan mata?

Wednesday, September 12, 2012

again, new sem

 


Semester baru bermula. Sekarang dah jadi senior, dah second year. =.= 

First day of the first week pun dah ada presentation, kecut tau masa dapat tahu. Tapi bukan saya la yang jadi presenternya sebab bila buat undian, saya tak terpilih. Mereka yang terpilih ialah tak lain tak bukan Kak Husna yang hebat dan Nana yang superb. Selamat la sekejap. 

Bila dah kembali ke UIA, perasaan dan persekitaran terus jadi lain, tak sama macam kat rumah. Kat rumah seriously tak buka buku and tak study walaupun sepatutnya a good student tak buat macam tu. Bila dah jejak kaki kat UIA ni, terus kena tukar mind setting and focus untuk study. Kata nak jadi a good radiographer kan, kena la study. 

Bilangan roommate pun dah bertambah. Dulu sebilik ada 6 orang je, sekarang dah jadi 9, bertambah meriah la. Takut-takut nanti banyak sembang daripada mengadap buku. ‘-.- 

 Apa pun, new sem ni, cuba buat yang lagi baik daripada sem lepas. 


 "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya." [Al-Ankabut:69]

Sunday, August 5, 2012

CH; Pagi Itu


Syringa- the memory



Rindu katanya.

Senyuman dicalit.


Lalu apa daya kita?


Masa tidak mengizinkan.
Ruang membataskan.

Mungkin lain kali, jika bukan pagi ini,
kita bisa duduk,
berkongsi kisah.

Selama berpisah,
apa khabar dirimu
dan apa buat diriku.



Saturday, July 14, 2012

HighbrowCaliphs@Terengganu





Mereka suka pantai.

Hampir setiap minggu, setiap kali ada masa lapang, mereka akan mengajak saya ke Pantai Teluk Cempedak. Tapi itu semester lepas, semester yang ini jarang sekali. Kekangan masa dan urusan diri mengehadkan segala-galanya. Lalu saya membuahkan bicara,

“Apa kata kita ke rumah saya? Rumah saya pun kat tepi pantai. Siang hari kita boleh main di gigi air, malamnya pula kita adakan barbeque”.

Dan entah bagaimana, tanpa pengetahuan saya, si cilik Farah mula menyusun perancangan.

“Kita akan ke Terengganu lepas praktikal ni!”



1 Julai 2012, 3 buah kereta bergerak menuju ke Terengganu. Dalam hati saya, seronok mula bercambah. Alhamdulillah, sungguh saya tak sangka, tercapai juga hajat saya untuk membawa mereka menjejakkan kaki ke rumah saya.


Sampai di Terengganu, kami singgah dahulu di rumah salah seorang daripada kami. Mereka yang kelaparan seronok disajikan dengan keropok lekor oleh tuan rumah. 






Perjalanan diteruskan lagi. Makin dekat, makin dekat, dan akhirnya sampai ke rumah saya. Nah, terlopong mereka melihat laut yang membiru di belakang rumah saya. Baru mereka percaya kata-kata saya selama ni. Tapi sebelum boleh main-main di tepi pantai, mereka kena makan dan solat dulu. Lepas tu barulah berduyun-duyun mereka turun ke pantai. Snap dan snap gambar lagi. 






Sebelah malamnya, seperti yang dirancang, barbeque time! Bakar-bakar ayam dan sosej kemudian makan bersama mee hoon goreng. Lepas semua kekenyangan, permainan bermula. Bulatan dibentuk dan The Killer mula mencari mangsa untuk dibunuh. Yang sadisnya, saya antara orang pertama yang disyaki sebagai pembunuh sedangkan saya adalah polis yang boleh menyelamatkan mereka! Apa lagi, saya terpaksa keluar dari permainan. 






Bila semua dah penat, permainan dihentikan dan masing-masing bergerak untuk menguruskan diri dan tidur. 

Keesokan harinya, 2 Julai, mereka dan saya mengenyangkan perut dengan nasi dagang sebelum memulakan perjalanan ke Terminal Bas sebab ada antara kami nak beli tiket untuk balik. Lepas tu kami ke Planetarium melihat kisah animasi ikan-ikan di dalam laut. Serius rasa macam budak kecil bila tengok benda-benda macam ni. 





Then, next destination, Pasar Kedai Payang. Shopping sakan mereka kat sini. Baju kaftan, T-shirt, blaus, makanan tradisional Terengganu- semua mereka sapu. Dah dekat nak Asar, barulah semua bergerak pulang ke rumah. Lepas makan dan solat, mereka turun ke pantai lagi. Letih tu memang la letih, tepi mereka kata, rugi kalau tak ambil peluang ni sebab peluang macam ni bukan selalu datang. 

Sebelah malam, selepas Maghrib, Masjid Kristal mula ditujui. Macam biasa, posing-posing dan snap gambar. Kemudian sambung lagi aktiviti snap gambar tu di Kampung Cina. Seronok sungguh mereka! Yalah, esok kan dah nak balik, so enjoy sakan la malam ni. 





3 Julai 2012, semua beransur pulang. Ada yang pulang dengan kereta, ada yang pulang dengan bas, dan ada juga yang tertinggal bas. Haha. Terpaksa la mereka yang tertinggal bas tu beli tiket lain, tapi apa-apa yang berlaku pun ada hikmahnya kan? 



Kunjungan mereka kali ni cukup menggembirakan saya. Keluarga saya pun suka. Lain kali nak ajak kawan-kawan yang lain pula. 


 # Adik-beradik PERKIM saya, best kan kalau kita dapat berkumpul ramai-ramai?