Monday, July 5, 2010

...Masih...



Aku masih menyanyi
menghiburkan jiwa yang sunyi
walau nyanyianku nyanyian sepi
aku tetap gembira begini.

Nyanyianku tidak indah
datang dari hati yang sering gundah
namun aku tidak pernah lelah
mengizharkan rindu yang tiada sudah.

Aku selesa begini
biar pun aku tetap sendiri
aku mengharap sesuatu yang tidak pasti
namun aku akan terus menanti.


*   *   *


Urm, ini hanya nukilan semata2 tau.
Tiada kaitan dengan hati dan perasaan saya.

Nukilan ni tak best pun sebenarnya.
Sekadar menterjemahkan aksara yang berlari2 dalam minda saya.
Tiba2 saya dapat ilham ni masa on the way ke Kedah hari tu.
( sesuai ke perkataan ilham tu? )
Tak kisah la..



*   *   *


Alhamdulillah, satu masalah dah selesai.
Terima kasih Tuhan.
Tapi masih banyak lagi masalah dan kerja yang perlu diselesaikan.
Semua tu normal ok...


' Orang yang bermasalah dalam dunia ini sebenarnya adalah orang yang tidak mempunyai masalah'



...Jangan zalim...



Zalim maksudnya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Betul kan?

Itu yang saya belajar dulu, masa kat sekolah menengah.


Saya cuma nak ingatkan diri saya agar tak berlaku zalim pada orang lain.


Baru2 ni sahabat saya dimarahi seseorang disebabkan saya.
Saya sedikit terkilan.
Saya yang bersalah, tapi sahabat saya yang jadi mangsa.
Sepatutntya saya la yang patut kena marah.
Bukan bermaksud saya suka kena marah atau apa,
tapi tak perlu la nak lepaskan kemarahan tu pada orang yang tak sepatutnya.
Kesian sahabat saya tau.
Kalau saya yang salah, tegurlah saya.
Jangan libatkan orang lain.
Saya tak sanggup tengok sahabat yang sayang dilukai.


Maaf, sedikit emosi.
Tapi saya cakap serius tau,
tegur saya kalau saya salah.
Jangan marah orang lain.
Insya-Allah saya boleh terima semua tu.



Sunday, July 4, 2010

...Pemimpin Yang Baik...



1. NIAT YANG IKHLAS

Apabila menerima suatu tanggungjawab, hendaklah didahului dengan niat sesuai dengan apa yang telah Allah perintahkan. Iringi hal itu dengan mengharapkan keredhaan-Nya sahaja. Kepemimpinan atau jabatan adalah tanggungjawab dan amanah, bukan kesempatan dan kemuliaan.
 

2. LELAKI

Wanita sebaiknya tidak memegang tampuk kepemimpinan. Rasulullah Shalallahu’alaihi wa sallam bersabda,”Tidak akan beruntung kaum yang dipimpim oleh seorang wanita (Riwayat Bukhari dari Abu Bakarah Radhiyallahu’anhu).


3. TIDAK MEMINTA JABATAN

Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu,”Wahai Abdul Rahman bin samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


4. BERPEGANG DAN KONSISTEN PADA HUKUM ALLAH

Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin.Allah berfirman,”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka.” (al-Maaidah:49).
Jika ia meninggalkan hukum Allah, maka seharusnya dilucutkan daripada jabatannya.


5. MEMUTUSKAN PERKARA DENGAN ADIL

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan keadaan terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerusmuskan oleh kezalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).


6. SENTIASA ADA KETIKA DIPERLUKAN

Hendaklah selalu membuka pintu untuk setiap pengaduan dan permasalahan rakyat. Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorg pemimpin atau pemerintah yang menutup pintunya terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinan kecuali Allah akan menutup pintu-pintu langit terhadap keperluan, hajat, dan kemiskinannya.” (Riwayat Imam Ahmad dan At-Tirmidzi).


7. MENASIHATI RAKYAT

Rasulullah bersabda,”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasihati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama mereka (rakyatnya).”


8. TIDAK MENERIMA HADIAH

Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorang pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati. Oleh kerana itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).


9. MENCARI PEMIMPIN YANG BAIK

Rasulullah bersabda,”Tidaklah Allah mengutus seorang nabi atau menjadikan seorang khalifah kecuali ada bersama mereka itu golongan pembantu, iaitu pembantu yg menyuruh kpd kebaikan dan mendorongnya ke sana, dan pembantu yang menyuruh kepada kemungkaran dan mendorongnya ke sana. Maka orang yang terjaga adalah orang yang dijaga oleh Allah,” (Riwayat Bukhari dari Abu said Radhiyallahu’anhu).


10. LEMAH LEMBUT

Doa Rasullullah,’ Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yg mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kpd mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya.


11. TIDAK MERAGUKAN RAKYAT

Rasulullah bersabda,” Jika seorang pemimpin menyebarkan keraguan dalam masyarakat, ia akan merosakkan mereka.” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Al-hakim).


12. TERBUKA UNTUK MENERIMA IDEA & KRITIKAN

Salah satu prinsip Islam adalah kebebasan brsuara. Kebebasan brsuara ini adalah platform bagi rakyat untuk mmberi idea atau kritikan kepada kerajaan & pmimpin agar sama mengembeleng tenaga & ijtihad kearah pembentukan negara yang maju. Saidina Abu Bakar berucap ketika dilantik menjadi khalifah, beliau menegaskn "..saya berlaku baik, tolonglah saya, dan apabila sya berlaku buruk, betulkan saya..", manakala Khalifah Umar pernah ditegur oleh seorang wanita ketika memberi arahan di masjid, dan beliau menerima teguran tersebut.


sumber: majalah hidayatullah




*   *   *


Ada satu hadis yang mengatakan bahawa setiap Muslim adalah pemimpin.

Ya, kita adalah pemimpin.
Pemimpin pada diri kita sendiri.
Maka, pimpinlah diri kita dengan sebaik-baiknya.


Peringatan ini buat diri saya juga.



Saturday, July 3, 2010

...Maaf...



Ucapkan maaf walaupun sepatah kata
Buat hati yang sedang luluh bisa
Kerana maaf penawar segalanya.



Maaf, saya tak dapat nak update panjang2 buat masa ni.
Saya baru balik dari rumah Abah, Abah adakan majlis cukur jambul untuk cucu ketiga Abah yang namanya Mohd. Firas Abid. Comel sangat Firas ni. 
Tapi saya tak sempat nak ambil gambar masa majlis ni berlangsung sebab saya kena agihkan bunga telur kat tetamu yang datang. 
Satu lagi, saya terlupa sebenarnya >.<
Rugi betul tak ambil gambar dengan Firas.



*   *   *



Saya dah buat satu kesalahan besar.
Sahabat saya , maafkan saya atas kecuaian ni.
Tuhan, temukanlah saya dengan jalan penyelesaiannya.




Thursday, July 1, 2010

...10 Perangkap Syaitan...

Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu: 


1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan. 


2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. 


3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23) 


4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.


5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain. 


6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim). 


7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim). 


8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal) 


9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.


10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)



sumber: iluvislam




Wednesday, June 30, 2010

...Sedikit busy...



Hari ni saya sedikit busy.
Kena siapkan report Chem and Bio yang mesti kena hantar esok.
Plus, esok kuiz Bio lagi.
2 bab sekaligus.
Doakan saya dan kawan2 saya ya.







[ Gambar rakan2 saya yang saya ambil secara curi masa kat lab tadi ]



Tuesday, June 29, 2010

...Hati Yang Bersedih...



Sesungguhnya Allah menyukai hati2 yang bersedih.

Hadis ni bukan hadis sahih, tapi masih boleh diguna pakai kan?
Sedangkan hadis dhaif sendiri pun masih boleh diterima sekiranya ia tak melibatkan hal2 akidah.

Urm, saya teringin hati yang macam tu.

Hati yang bersedih kerana rindukan Dia.
Hati yang bersedih meminta rahmat-Nya.
Hati yang bersedih merayu hidayah-Nya.

Kalau hati sedang bersedih, pasti air mata akan turut meleleh kan?

Saya inginkan air mata yang meleleh kerana memohon ampun dari-Nya.
Saya inginkan air mata yang meleleh kerana takutkan azab-Nya.
Saya inginkan air mata yang meleleh kerana mengharapkan keredaan-Nya.
 

Adakah saya memilikinya?