Tapi tak apa, kalau setiap langkah kita sebut nama Allah, ingat Nabi junjungan kita, penat tu mungkin tak terasa sangat. Lagi pun ini boleh dikatakan sebagai riadah- angkat barang banyak-banyak, naik turun tangga, buka tutup pintu, duduk ambil nafas kejap.
Esok nak start praktikal dah. First week ni kena pergi ke Poliklinik Beserah dengan Kak Husna tersayang. Berdebar jugak rasanya.
Dulu, setiap hari, Solehah melibat kelibatnya. Rutin hariannya, Solehah sudah hafal. Apa kesukaannya, Solehah cukup tahu.
Dia juga sama. Dia tahu apa yang terbungkam di jiwa Solehah, dia tahu apa yang bermain di benak Solehah. Tidak, dia dan Solehah bukan pandai bertelepati, tapi mereka punya satu atma dan satu rasa.
Satu hari, bila dia pergi meninggalkan Solehah --pemergian yang mungkin untuk sementara atau mungkin untuk selama-lamanya, Solehah jadi resah dan mula hilang arah. Selain dia, siapa yang dapat menyembuhkan hati Solehah saat dia terluka? Siapa yang dapat menceriakan hari-hari Solehah seperti kebiasaannya?
Dia pergi tanpa memberitahu. Dia pergi meninggalkan Solehah dalam sendu.
Tapi Solehah pasti, jika takdir mengingini, pasti dia dan Solehah akan bertemu lagi. Bersama secangkir kopi dan wangian harum yang digemari, Solehah akan menanti sehingga dia muncul kembali. Jika bukan di dunia yang penuh risi, setia Solehah akan tegar hingga ke akhirat yang abadi.
Pertama kali saya dengar kicauan burung dari dalam bilik saya kat Kuantan. Kalau kat PJ dulu, tiap-tiap hari saya dengar suara burung menyanyi, tiap-tiap hari saya nampak burung-burung bertenggek kat atas tingkap bilik saya.
Saya pernah cerita dulu yang burung-burung tu pernah berjasa kat saya. Mesti kat akhirat nanti burung-burung tu akan dapat habuannya kan?
Sama la dengan kisah Abrahah yang ingin menghancurkan Kaa'bah. Sekumpulan burung datang untuk melemparkan batu-batu ke arah tentera bergajah Abrahah dan melumpuhkan usaha mereka. Apa nama burung-burung tu? Ya, burung ababil.
Kisah Nabi Ibrahim A.S yang cuba dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud juga sama. Seekor burung pipit yang menyaksikan kejadian itu ingin menolong Nabi. Burung pipit itu mencari air, menyedut air tersebut dan menyimpannya di dalam paruhnya yang kecil. Bila ditanya sebab apa burung tu buat macam tu, dengan simple je burung tu jawab,
"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim".
Nampak macam apa yang burung tu buat sia-sia je. Takkan la api yang marak tu boleh padam dengan air yg sedikit. Tapi jangan lupa,
"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya". [99:7]