wajah yang pernah dilupa
timbul tenggelam dalam helaian kenangan
sesekali tersenyum
sesekali mencebik
ikut hati dan emosi.
Bila minda dibawa ke masa itu
bagai tidak mahu pulang ke saat ini
tidak mengapalah jika terus terperangkap
asal ia menyeronokkan
mengasyikkan.
Tika terlalu dibuai rindu
cepat hati ingin mengalah
sambung semula yang hampir terlerai
kukuh dan eratkan
biar bahagia datang
bersama tangisan yang lama dipendam.
14.11.12 12.02 am