Thursday, November 14, 2013

sebab kita bukan adik-beradik




Bila dah terlalu rapat macam adik-beradik, gurau senda menjadi biasa. Saling bertegur sapa, gelak ketawa, sembang dan borak panjang-panjang. Bina dan rapatkan ukhuwah.

Bila dah terlalu rapat macam adik-beradik, terlupa bahawa ada sesuatu yang tidak terjaga.

Saya perempuan, awak lelaki.

Jadi mana adab ikhtilat kita?

Kita dah terlalu rapat macam adik –beradik, tapi kita tetap bukan adik-beradik, jadi kita kena jaga ikhtilat kita.

Tidak mempamerkan aurat, tidak bersentuhan, tidak berlebih-lebih dalam percakapan dan banyak lagi.

Berpada-padalah.

Dalam alam realiti mahu pun media social, cuba jaga ikhtilat kita.

Cuba dan cuba.


Monday, October 28, 2013

sahabat yang baik




“Sahabat yg baik adalah sahabat yg berani berterus terang dan membetulkan kesalahan kita agar kita tidak terus hanyut dengan dosa”.

How I wish I can be one.

Orang kata selagi kita tak boleh tegur sahabat kita yang buat salah, ukhuwah kita dengan dia belum betul-betul rapat or sempurna.

Erm, kena muhasabah diri ni. Betulkan apa yang patut.

Barulah kat akhirat nanti bila Allah tanya kita boleh jawab.


Wednesday, October 23, 2013

tak mahu berdosa




Nama pun manusia, memang tak lepas la dari buat salah. 

Iman manusia kan ada naik turunnya, tak macam iman malaikat yang stabil je sepanjang masa. 

Mungkin masa iman kita kurang tu la kita banyak buat dosa and mungkin kita tak sedar pun kita tengah buat dosa tu. 

Masa iman dah naik sikit, kita sedar yang kita dah buat salah, buat dosa kat Tuhan dan makhluk. Masa ni kita rasa menyesal sangat-sangat sebab dah terlanjur buat salah tu. 

Tapi sesalan kita tu sampai tahap mana? Kita betul-betul bertaubat and tak nak buat lagi or kita menyesal sekejap je? 

Nak istiqomah tak nak buat lagi salah tu memang susah, tapi walau macammana payah sekali pun, kita kena usaha. At least kita kena usaha untuk berusaha. Kalau sekadar pandang sekilas, memang sekejap je la daya kita. 

Nak istiqomah sorang-sorang pun memang susah, tapi kita kan ada Allah. 

Mintak pada Allah untuk tetapkan hati kita. 




Mintak sahabat-sahabat kita untuk doakan kita. Cari sahabat-sahabat yang boleh ingatkan kita. Diorang mesti nak tolong kalau kita mintak sebab fitrah manusia mahukan kebaikan. Sahabat yang baik tak akan biarkan sahabat dia terkapai-kapai seorang diri. Yang penting, kita kena bagitahu and mintak pada diorang supaya diorang tahu yang kita perlukan diorang. 

Bila buat salah pada manusia, mintak la kemaafan dari diorang. Kalau kita betul-betul ikhlas nak mintak maaf, insyaAllah diorang boleh maafkan kita. 

Tak rugi pun kalau kita mintak maaf. 

Even kalau kita kecil hati and rasa diorang ada buat salah kat kita, mintak maaf la kat diorang. Moga-moga hati diorang terbuka untuk maafkan kita and sekali gus sedar apa salah diorang kat kita sebab kadang-kadang kata-kata maaf maaf ni boleh meruntuhkan ego seseorang. 

Yakin dengan diri kita. 

Cuba untuk istiqomah. 

Kita tak nak buat salah. 

Kita tak nak buat dosa. 

Sebab kita mahu masuk syurga, dan kita tak boleh masuk syurga selagi kita berdosa.





Monday, September 30, 2013

hadiah daripada seorang sahabat


Hadiah daripada seorang sahabat
pada malam yang dingin dan sunyi
bagai dirasuk tidak percaya
pedihnya rasa
pada angin malam yang bertiup sepi

Hadiah daripada seorang sahabat
perkhabaran yang senang diduga
namun tetap memilukan
bila disandar pada kenangan

Hadiah daripada seorang sahabat
meski pedih menusuk hati
ia jelas dan terang
tidak perlu pada persoalan

Sunday, April 21, 2013

sesekali




Rasa ini kembali setelah lama menyepi
wajah yang pernah dilupa
     timbul tenggelam dalam helaian kenangan
sesekali tersenyum
     sesekali mencebik
           ikut hati dan emosi.

Bila minda dibawa ke masa itu
     bagai tidak mahu pulang ke saat ini
     tidak mengapalah jika terus terperangkap
     asal ia menyeronokkan
               mengasyikkan.

Tika terlalu dibuai rindu
     cepat hati ingin mengalah
     sambung semula yang hampir terlerai
     kukuh dan eratkan
           biar bahagia datang
           bersama tangisan yang lama dipendam.




 14.11.12 12.02 am

Monday, January 21, 2013

KOAJ




Dua perkataan yang boleh saya gambarkan – manis dan indah. 

Dah lama tak bersama-sama berprogram begini, bila dah berkumpul kembali, bagai tidak mahu pulang ke tempat sendiri. 

Kampung Sungai Bangkong, Jerantut – majoriti penduduknya beragama Islam, rumah yang didiami kebanyakannya adalah rumah batu, bekalan air dan eletrik tersedia, namun masih keadaannya daif dan susah. 

Sesi Ziarah dan Pengagihan Sumbangan kepada Orang Asli, Kem Smart Solat, Program Fiqh Wanita, Kem Motivasi untuk kanak-kanak, Tayangan Video – semuanya disambut baik oleh mereka. Namun mungkin kerana aktiviti Senamrobik yang diadakan awal pagi dan Gotong-Royong Mega yang sudah mempunyai banyak ‘ahli’, mereka tidak bersama-sama dengan kami. Tapi secara keseluruhannya, saya sudah berpuas hati. 

Yang paling meninggalkan kesan pada diri saya, adik-adik yang sentiasa ingin menghibur dan dihiburkan hati. Ada yang tak boleh duduk diam, ada yang tak bercakap walau sepatah, ada yang sering mahu diriba, ada yang memimpin tangan ke sana dan ke mari, dan ada yang sering memanggil “Akak” namun bila saya berpaling hanya senyuman nakal yang diberikan. Indah semua ini. 

Apa yang saya rasa terhadap adik-adik ini lain benar dengan apa yang saya rasa terhadap adik-adik di perkampungan Orang Asli yang lain – bukan sebab adik-adik yang lain tidak banyak kerenah dan tidak banyak berinteraksi dengan saya, tapi mungkin kerana adik-adik di sini lebih mengingatkan saya pada adik-adik saya di RTK. Pandang muka si baik Ramli, saya teringat pada Amirul. Pandang muka sayu Udan, saya teringat pada Tajul. Pandang muka innocent Mar, saya teringat pada Nur. Mereka bagi saya punya banyak persamaan. 

Sungguh program kali ini banyak memberi kesan buat saya. Semoga apa yang telah dilalui boleh mengajar dan mengingatkan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk lebih menghargai hidup dan lebih berusaha untuk mendekati mereka yang memerlukan kami.

Sedikit gambar semasa program:


sebelum bertolak

preparation before ziarah

ziarah

Orang Asli

kem smart solat

slot fiqh wanita

sukaneka1

sukaneka2

tayangan video

senamrobik

breakfast nasi lemak

kem motivasi


Wednesday, January 2, 2013

tahun baru dan exam




Tahun baru 2013, final exam for Semester 1 12/13.

Bermula cabaran tahun baru, bermula cabaran menduduki exam.

Bagi saya, musim exam memang terlalu banyak cabaran dan godaannya.

My senior said, “examination is definitely a risk factor for obesity” which is indeed true.

Sambil study, mesti nak ada makanan kat sebelah. Kalau tak ada roti atau biskut, paling kurang pun mesti nak ada gula-gula, boleh kunyah bila mata mula rasa berat. Tak pun minum air banyak-banyak sebab nak lawan rasa mengantuk tu.

Bila dah musim exam, ramai-ramai pakat terperap dalam bilik atau library. Keluar pun sekadar pergi beli makan dan minum. Kalau dah malas sangat nak keluar, minta roommates tolong belikan. Tu pun kalau roommates rajin, tapi kalau semua malas, hentam je la apa yang ada dalam bilik tu.

Musim exam, emosi kadang-kadang tak stabil. Menyesal sebab awal-awal dulu tak nak study, sekarang mula la terhegeh-hegeh. Ada yang satu malam kena baca sampai 5-6 chapter sekaligus. Tapi syukur sebab kali ni ada banyak juga gap setiap paper, so tak ada la stress sangat.

Musim exam, dalam busy nak study, ada jugak yang diuji dalam berkawan. Kurang berkenan dengan kawan ni, tak puas hati dengan kawan tu, biasa la, manusia tak sempurna kan. Istigfar banyak-banyak, mintak maaf dengan Allah dan mereka yang berkaitan. Kena tolak tepi-tepi perasaan tak enak tu, fokus apa yang perlu.

Musim exam, masa untuk kita buktikan yang kita juga boleh berjaya.



Musim exam, jom prepare untuk exam.