Tuesday, May 4, 2010

...Tengok Wayang...


Awak pernah tengok wayang?

Ramai awak di luar sana akan kata ya, dan mungkin sikit saja yang akan kata tak.

Betul ke?

Entah, saya rasa je.

Tengok wayang kan dah jadi satu trend sekarang ni. Kat tempat belajar saya sekarang pun, boleh kata setiap weekend akan ada student keluar untuk tengok wayang. Lebih-lebih lagi bila ada cerita best kat panggung.

Saya? Memang saya pernah terfikir untuk turut serta, tapi akal saya selalu menidakkan semula.

Best ke tengok wayang tu?

Kat rumah pun kita boleh je tengok wayang kan? On tv, besarkan volume, tutup semua lampu yang ada, nak best lagi buat atau beli je popcorn kat kedai, lepas tu duduk la depan tv tu lama-lama.

Tapi saya tak pernah pun buat macam tu. Nanti family saya kata saya buang tebiat!

Semua orang ada pendapat masing-masing. Ye la, not all people are in the same boat. Nanti karam pulak bot tu kalau semua nak pakat naik.

Bot yang saya naik adalah bot yang menampung manusia-manusia yang mempunyai pemikiran seperti saya. Awak nak naik bot saya juga? Sila, saya tak menghalang. Saya lagi suka sebenarnya.

Prinsip saya mudah, saya tak akan sesekali menjejakkan kaki saya ke panggung wayang. Insya-Allah, Tuhan akan tolong saya untuk saya berpegang dengan prinsip saya ini.

Kenapa saya pilih jalan ini? Tak, saya tak salahkan awak yang suka tengok wayang, dan saya tak juga membenci atau mengutuk awak. Cuma saya lebih selesa dengan pilihan saya ini.

Semua orang pun tahu, panggung wayang sekarang ni dah jadi macam sarang maksiat. Ramai manusia bercouple, berpegang tangan dan etc. Itu semua kan dilarang oleh Islam! Saya tahu, saya bukannya hamba Allah yang suci bersih dan tak terpalit dengan sebarang dosa pun. Atas sebab tu la, saya rasa saya patut menjauhi diri saya dari tempat-tempat yang sebegitu.

Saya tak nak tambah lagi dosa saya. Maaf bagi sesiapa yang terasa. Saya cuma nak nyatakan pendapat saya. Tak salahkan saya bersuara kalau saya rasa tidak selesa?

Tapi tak boleh saya nafikan ramai juga sahabat saya ke panggung wayang dengan family masing-masing. Dah kalau memang itu kenyataannya, tak apa la. Sambil tengok wayang, ukhuwah dengan family members pun bertambah erat.

Yang saya tak suka, yang pergi berdua-dua dengan bukan muhrim. Maaf sekali lagi. Saya tahu, saya tak perfect untuk bercakap pasal ni. Tapi sampai bila saya harus berdiam diri kan?

Mungkin juga post saya kali ini tidak berapa kena dengan objektif saya sebenarnya. Tak apa la, yang penting ada point yang boleh saya dan awak highlight, betul tak?

Sekali lagi, saya minta maaf sangat-sangat bagi yang terguris dengan tulisan saya ni.

\


* Buat sahabat-sahabat saya yang bercouple, saya tak berani nak tegur sahabat secara terang-terangan, tapi sahabat kena tahu, couple tu haram! Berdosa! Semoga satu hari nanti Allah buka pintu hati sahabat untuk berubah. Juga hati si dia yang sahabat sayang tu, dan hati saya. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk menegakkan kebenaran. Maaf sekali lagi.

No comments: