Saham akhirat (sedekah) yang kita beli di dunia akan hanya dapat
dinikmati dividennya di alam akhirat. Ada 2 lagi amalan di dunia yang bila kita
lakukan dengan hati ikhlas kerana ALLAH akan terima dividennya di akhirat
iaitu anak yg soleh & ilmu yg bermanfaat.
Ramai juga yag berkata "Ehh..betul ke ni kutip derma nak bina masjid?"
Ketahuilah bila niat kita memang nak sedekah , ALLAH akan tuliskan pahala
buat kita. Jika peminta sedekah itu telah menipu kita, ALLAH tetap catat
saham akhirat kita. Jadinya janganlah kita risau & gusar sekiranya peminta
sedekah itu nak tipu kita.
Biasa juga masa kita nak sedekah tu , syaitan akan berbisik
"Ala, beri je RM1, yang penting ikhlas..”Memang betul tapi cuba kita perhatikan, jika kita beli saham RM1 je, kat syurga manakah kita layak duduk? Jika kita
menderma untuk masjid di taman atau kampung kita sendiri, berilah lebih kerana
jika kita fikirkan, di akhirat nanti kita nak masuk syurga ALLAH yg penuh nikmat. Cukupkan RM1 yang kita sedekah tu dengan nikmat ALLAH yang tak ternilai tu?
Rasulullah S.A.W menjelaskan tentang amalan-amalan yang berkekalan
pahalanya melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud :
Apabila mati seorang manusia, maka putuslah amalan-amalannya kecuali dari
tiga punca :
(1) Sedekah yang berkekalan
(2) ilmu yang di manfaatkan orang
(3) anak yang soleh yang mendoakannya.
Jika kita lihat kepada 3 amalan ini, terasa mudah untuk kita dapat saham akhirat. Tapi kita terus leka dengan bisikan syaitan. Syaitan tahu jika ramai manusia lakukan dan hayati 3 amalan ini,tiadalah pengikutnya di akhirat nanti.
Amalan 1 - Yang dikatakan sedekah yang berkekalan ialah amalan sedekah yang
pahalanya sampai menemuinya walaupun sudah meninggal 500 tahun
umpamanya seperti membina masjid, surau, membina rumah anak yatim dsb. Jadinya
kita bolehlah beri ikut kemampuan dan setakat mana keikhlasan kita.
Amalan 2 - Ilmu yg dimanfaatkan pula adalah buku atau kitab yg menjadi rujukan hingga ke akhir zaman. Begitu juga jika kita pesan pada anak atau adik atau sesiapa saja supaya amalkan baca ayat kursi sebelum tidur, sebelum keluar rumah, setelah habis solat, dan kalau pesanan kita ni diberikan pula pada orang lain, maka kita pun ada dapat pahala.
Amalan 3 - Anak soleh yang mendoakan. Anak yang beribadat,
bersembahyang dan mendoakan kita, pahalanya juga akan sampai kepada kita lantaran
didikan dan asuhan kita dulu. Didiklah anak-anak kita dari sejak mereka kecil lagi supaya mereka menjadi anak yang soleh. Tapi, sebelum peringkat itu, kita la dulu yang harus jadi anak yang soleh, dan anak yang suka mendoakan kedua ibu bapanya.
So, sama2 la kita kumpul saham akhirat kita banyak2..
bukantulisansaya