Thursday, August 5, 2010

Demam Rindu


'Marah tak bermaksud menyampah
Senyap tak bermaksud lupa
Jauh tak bermakna terpisah
Hanya kerana kita tak berjumpa…'

Mesej yang saya dapat dari sahabat saya, pada 17 Jun yang lalu.



"Rasa rindu pada suasana dulu. Semua orang happy, senyum je bila berjumpa."

Ayat yang bergema dalam minda saya sejak semalam, 4 Ogos.





Sungguh, saya diserang demam rindu akhir2 ini. Minda asyik menerawang mengenang memori yang ditinggalkan. Saya rindu memori itu. Ya, saya rindu.



Demam rindu saya pada keluarga yang ditinggalkan di kampung halaman;

Beberapa hari lepas ayah menelefon. Kata ayah, baliklah jika berkesempatan. Mungkin diri ini mahu menghabiskan masa dengan yang tersayang sebelum Ramadan datang menjelang. Tapi hati berkata, saya tak boleh tinggalkan amanah yang saya pegang. Mungkin ia tak seberat yang difikirkan, tapi saya perlu bertahan.




Demam rindu saya pada sahabat2 yang tidak selalu di depan mata tapi sering ada dalam ingatan;

Fikiran melayang lagi pada secebis kenangan indah yang pernah digenggam. Bersama bangkit bila jatuh, tersenyum megah bila harapan kian teguh. Walaupun jarak jauh memisah, hati yang merindu tak pernah goyah. Bila senyum hilang di wajah, atma mula dipaut resah. 



Demam rindu saya pada Kekasih yang sering dilupakan;

Terasa diri sangat memerlukan kasih dan rahmat daripada-Nya. Tanpa-Nya saya rebah dan lemah, hati tak tenang dan sering gelisah, asyik mengeluh dan jiwa parah.




Demam rindu yang tak berkesudahan;
hanya mampu bersabar dan kuatkan keyakinan,
saya masih boleh berdiri walaupun dalam kekurangan.

Doakan  :)

No comments: