Friday, April 27, 2012

syukur nikmat





Tajuk cliche kan?

Rasanya dulu pun saya pernah buat post pasal benda ni.

Tapi tak apa, benda yang selalu diulang-ulang akan mudah nak tersimpan kekal dalam ingatan kita.

Lagipun, Allah SWT kan dah pesan,


"Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman." 
Surah Az-Zariyat (55)


Alhamdulillah, banyak betul nikmat yang Tuhan bagi kat kita semua. Sampai tak boleh nak bilang dengan jari-jari yang ada. Nikmat udara, nikmat minuman dan makanan, nikmat kasih-sayang, nikmat dapat belajar tapi yang paling penting, nikmat Iman dan nikmat Islam.

Macamamana agaknya kalau tiba-tiba nikmat Iman dan Islam ditarik balik?

Nauzubillah, kita tak mahu kufur kepada Allah.

Sebab itulah kita selalu dituntut untuk bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah bagi ni. Bukannya susah pun, sebagaimana kita berterima kasih dengan orang yang menolong kita, kita pun harus berterima kasih pada Allah yang menolong dan memberi kita segalanya.

Ucapkan Alhamdulillah. Gunakan nikmat yang Tuhan bagi ke arah jalan yang bermanfaat.






Nikmat yang diberi adalah ujian buat kita. Jangan nanti Tuhan gantikan nikmat yang kita dapat kepada nikmat yang berbentuk istidraj.

Pernah dengar pasal istidraj?

Kisah Namrud dan Qorun yang terkenal dengan keangkuhan dan kesombonggannya terhadap Allah. Allah melimpahkan harta dan kemewahan supaya mereka lebih lalai dan terus hanyut dengan dunia akibat perbuatan mereka yang tidak mengaku bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu. Lalu mereka semakin jauh dan bahagia di dunia, tapi di akhirat kelak, Tuhan lebih mengetahui.

Kita tak menunaikan solat, tak baca Qur'an, tak buat apa yang Allah suruh tapi kita tetap dapat keputusan cemerlang, rezeki selalu bertambah-tambah, dikagumi oleh orang-orang sekeliling kerana kepandaian kita; pernahkah kita terfikir kalau-kalau itu adalah istidraj buat kita?

Mungkin istilah istidraj tu terlalu besar untuk dijadikan contoh atas result perbuatan kita. Tapi siapa tahu, kalau kita tak berjaga-jaga, kita mungkin akan terima padah yang amat perit nanti.




Jangan ingat apa yang kita dapat hari ni adalah hasil usaha kita, tapi rahmat Allah sebenarnya yang membuatkan kita memiliki segalanya.


Ucapkan syukur pada Allah.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.



Tuesday, April 24, 2012

beri dia kekuatan




Bila kita sedaya-upaya untuk menjaga hati sahabat kita, 
tapi bila diasak dan terus diasak dengan kata-kata mereka,
suara tenggelam dalam jiwa.

Rasa bersalah,
ingin mempertahankan dan menenangkan dia,
ingin menjadi yang satu untuk memberitahu mereka,
dia hanyalah dia,
dan dia harus diterima seadanya dia.

Rasa yang hanya berada di awang-awangan,
tak mampu disentuh dan dipegang,
hanya hati yang mampu mengesan.

Awak, maaf kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Suara saya tidak bisa keluar walaupun saya mencuba.


Tuhan, beri dia kekuatan untuk menerima apa yang terjadi,
beri mereka kefahaman atas apa yang telah mereka mulai.


Saturday, April 21, 2012

family day with mualaf


Manis dan bermakna! 

Setelah sekian lama saya tak berprogram dengan PERKIM, hari ni saya sempat jugak menjenguk sahabat-sahabat saya menguruskan Family Day With Mualaf kat masjid UIA yang baru ni. Walaupun awal-awal program agak kelam-kabut, tapi semuanya berjaya dikawal oleh committees yang ramai dan cekap. Kebanyakan committees adalah students Biotech yang baru masuk awal sem baru ni. Diorang ramai-ramai pakat pakai baju taaruf. Cantik tau baju taaruf diorang. Jeles pulak rasanya.

Breakfast before start sukaneka

Program ni simple je. Awal-awal kami makan-makan dulu, nak supply energy la kan before start sukaneka. Dah habis makan ada majlis pembukaan yang sangat simple. Then semua orang move ke pekarangan masjid and start main. 

Majlis pembukaan

Siap-siap nak start sukaneka

Pancing botol

Isi air dalam botol


Abang yang aktif dan adik yang pemalu


Committees


Participants


Participants lagi


Habis sukaneka, acara pembahagian hadiah terus dijalankan. Lepas tu sambung lagi dengan tazkirah dan halaqah. Masa ni la para committees nak lagi beramah-mesra dengan participants yang hadir. Dah siap semua tu baru la makanan tengahari dihidangkan. 

Bila talam yang penuh dengan nasi ayam tu licin baru la semua bersurai.

Kesimpulannya, program ni sangat simple tapi best. Walaupun banyak muka baru yang saya tak kenal pada awalnya, tapi bila dah kenal-kenal, sekelip mata je semua boleh pakat buat kerja sama-sama sambil gurau-senda.Indah sungguh nikmat ini! 


Terima kasih Allah sebab bagi saya peluang bersama mereka dalam program ni.




Friday, April 20, 2012





Lemas dalam perasaan.

Asyik-asyik nak berduka, asyik-asyik nak masam. What’s wrong wahai diri?

Kenapa perlu muram dan bersedih?

Ujian yang Allah bagi tu kan tanda Dia sayang pada kita? Dia nak uji iman kita pada Dia, Dia nak uji sejauh mana kita taat dan terima takdir yang Dia aturkan. Takkanlah selama ni bibir je mengaku yang kita sayang Dia, mahu menjadi hamba-Nya yang taat dan pasrah dengan ketentuan-Nya, tapi sekali dijentik terus longlai.

Tak boleh macam tu. Terima dengan hati yang terbuka.

Jangan biarkan hati kita kecil seperti cawan, tapi biarlah ia menjadi besar seperti kolam.

Kan awal-awal lagi Allah dah pesan,
 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kewajipannya….” [1:286]

Selalulah minta pada Allah supaya dipermudahkan segala urusan kita.

“…Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami…” [1:286]

Jangan lemah-lemah lagi.

Bangkit dan terus berjuang.