Tajuk cliche kan?
Rasanya dulu pun saya pernah buat post pasal benda ni.
Tapi tak apa, benda yang selalu diulang-ulang akan mudah nak tersimpan kekal dalam ingatan kita.
Lagipun, Allah SWT kan dah pesan,
"Dan berilah peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman."
Surah Az-Zariyat (55)
Alhamdulillah, banyak betul nikmat yang Tuhan bagi kat kita semua. Sampai tak boleh nak bilang dengan jari-jari yang ada. Nikmat udara, nikmat minuman dan makanan, nikmat kasih-sayang, nikmat dapat belajar tapi yang paling penting, nikmat Iman dan nikmat Islam.
Macamamana agaknya kalau tiba-tiba nikmat Iman dan Islam ditarik balik?
Nauzubillah, kita tak mahu kufur kepada Allah.
Sebab itulah kita selalu dituntut untuk bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah bagi ni. Bukannya susah pun, sebagaimana kita berterima kasih dengan orang yang menolong kita, kita pun harus berterima kasih pada Allah yang menolong dan memberi kita segalanya.
Ucapkan Alhamdulillah. Gunakan nikmat yang Tuhan bagi ke arah jalan yang bermanfaat.
Nikmat yang diberi adalah ujian buat kita. Jangan nanti Tuhan gantikan nikmat yang kita dapat kepada nikmat yang berbentuk istidraj.
Pernah dengar pasal istidraj?
Kisah Namrud dan Qorun yang terkenal dengan keangkuhan dan kesombonggannya terhadap Allah. Allah melimpahkan harta dan kemewahan supaya mereka lebih lalai dan terus hanyut dengan dunia akibat perbuatan mereka yang tidak mengaku bahawa Allah itu Tuhan Yang Satu. Lalu mereka semakin jauh dan bahagia di dunia, tapi di akhirat kelak, Tuhan lebih mengetahui.
Kita tak menunaikan solat, tak baca Qur'an, tak buat apa yang Allah suruh tapi kita tetap dapat keputusan cemerlang, rezeki selalu bertambah-tambah, dikagumi oleh orang-orang sekeliling kerana kepandaian kita; pernahkah kita terfikir kalau-kalau itu adalah istidraj buat kita?
Mungkin istilah istidraj tu terlalu besar untuk dijadikan contoh atas result perbuatan kita. Tapi siapa tahu, kalau kita tak berjaga-jaga, kita mungkin akan terima padah yang amat perit nanti.
Jangan ingat apa yang kita dapat hari ni adalah hasil usaha kita, tapi rahmat Allah sebenarnya yang membuatkan kita memiliki segalanya.
Ucapkan syukur pada Allah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment