Saturday, July 14, 2012

HighbrowCaliphs@Terengganu





Mereka suka pantai.

Hampir setiap minggu, setiap kali ada masa lapang, mereka akan mengajak saya ke Pantai Teluk Cempedak. Tapi itu semester lepas, semester yang ini jarang sekali. Kekangan masa dan urusan diri mengehadkan segala-galanya. Lalu saya membuahkan bicara,

“Apa kata kita ke rumah saya? Rumah saya pun kat tepi pantai. Siang hari kita boleh main di gigi air, malamnya pula kita adakan barbeque”.

Dan entah bagaimana, tanpa pengetahuan saya, si cilik Farah mula menyusun perancangan.

“Kita akan ke Terengganu lepas praktikal ni!”



1 Julai 2012, 3 buah kereta bergerak menuju ke Terengganu. Dalam hati saya, seronok mula bercambah. Alhamdulillah, sungguh saya tak sangka, tercapai juga hajat saya untuk membawa mereka menjejakkan kaki ke rumah saya.


Sampai di Terengganu, kami singgah dahulu di rumah salah seorang daripada kami. Mereka yang kelaparan seronok disajikan dengan keropok lekor oleh tuan rumah. 






Perjalanan diteruskan lagi. Makin dekat, makin dekat, dan akhirnya sampai ke rumah saya. Nah, terlopong mereka melihat laut yang membiru di belakang rumah saya. Baru mereka percaya kata-kata saya selama ni. Tapi sebelum boleh main-main di tepi pantai, mereka kena makan dan solat dulu. Lepas tu barulah berduyun-duyun mereka turun ke pantai. Snap dan snap gambar lagi. 






Sebelah malamnya, seperti yang dirancang, barbeque time! Bakar-bakar ayam dan sosej kemudian makan bersama mee hoon goreng. Lepas semua kekenyangan, permainan bermula. Bulatan dibentuk dan The Killer mula mencari mangsa untuk dibunuh. Yang sadisnya, saya antara orang pertama yang disyaki sebagai pembunuh sedangkan saya adalah polis yang boleh menyelamatkan mereka! Apa lagi, saya terpaksa keluar dari permainan. 






Bila semua dah penat, permainan dihentikan dan masing-masing bergerak untuk menguruskan diri dan tidur. 

Keesokan harinya, 2 Julai, mereka dan saya mengenyangkan perut dengan nasi dagang sebelum memulakan perjalanan ke Terminal Bas sebab ada antara kami nak beli tiket untuk balik. Lepas tu kami ke Planetarium melihat kisah animasi ikan-ikan di dalam laut. Serius rasa macam budak kecil bila tengok benda-benda macam ni. 





Then, next destination, Pasar Kedai Payang. Shopping sakan mereka kat sini. Baju kaftan, T-shirt, blaus, makanan tradisional Terengganu- semua mereka sapu. Dah dekat nak Asar, barulah semua bergerak pulang ke rumah. Lepas makan dan solat, mereka turun ke pantai lagi. Letih tu memang la letih, tepi mereka kata, rugi kalau tak ambil peluang ni sebab peluang macam ni bukan selalu datang. 

Sebelah malam, selepas Maghrib, Masjid Kristal mula ditujui. Macam biasa, posing-posing dan snap gambar. Kemudian sambung lagi aktiviti snap gambar tu di Kampung Cina. Seronok sungguh mereka! Yalah, esok kan dah nak balik, so enjoy sakan la malam ni. 





3 Julai 2012, semua beransur pulang. Ada yang pulang dengan kereta, ada yang pulang dengan bas, dan ada juga yang tertinggal bas. Haha. Terpaksa la mereka yang tertinggal bas tu beli tiket lain, tapi apa-apa yang berlaku pun ada hikmahnya kan? 



Kunjungan mereka kali ni cukup menggembirakan saya. Keluarga saya pun suka. Lain kali nak ajak kawan-kawan yang lain pula. 


 # Adik-beradik PERKIM saya, best kan kalau kita dapat berkumpul ramai-ramai?


No comments: