Awak yang gemar membaca seperti saya, sudah pasti bersetuju dengan kenyataan di atas bukan? [ Siapa setuju, angguk kepala cepat!].
Urm, menariknya tentang buku, makin kita baca, makin banyak yang kita nak tahu kan? Buku kan salah satu wadah untuk menyampaikan informasi kepada manusia yang rajin membelek-beleknya.
Buku kegemaran awak? Majalah? Novel? Saya pula?
Betul tak kalau saya kata ramai yang kurang berminat dengan bahan bacaan berat seperti buku-buku sastera yang banyak di pasaran? Kenapa diam? Diam kan tanda setuju. Awak setuju dengan saya? Diam lagi!
“Karya-karya sastera menembusi batas zaman masing-masing dan terus hidup dari abad ke abad, iaitu hidup dalam ‘maha besar’ dan sering pula dengan kehidupan baru, mereka lebih intensif dan rancak berbanding denagn zamannya sendiri”.
Itu kata M. Bakhtiar [maaf, saya sendiri kurang pasti akan peranan beliau dalam dunia kesusasteraan]. Maksudnya? Karya sastera kini makin maju, selaras dengan gaya pemikiran saya dan awak.
Ramai penulis muda bangkit untuk menyambung perjuangan sasterawan-sasterawan terdahulu dengan cara dan pendekatan yang tersendiri. Betul, bukan semua tulisan mahu pun karya dapat diselarikan dengan minat dan kecenderungan kita. Tapi tidak salah mencuba kan?
Saya suka membaca majalah dan novel yang diterbitkan oleh DBP.
Tahu apa itu DBP?
Ya, saya tahu yang awak sudah pun tahu. Tapi tidak mengapa, ingin saya nyatakan juga. DBP itu Dewan Bahasa dan Pustaka. Pernah beli atau baca karya terbitannya? Sudah tentu!
Jangan silap sangka, bukan saya bersikap pilih kasih. Saya juga gemar membaca karya-karya terbitan syarikat yang lain [banyak sangat kalau nak tulis pun].
Memang saya minat membaca ketika saya kecil lagi [boleh percaya ke?]. Tapi, yang paling kekal dalam ingatan saya, minat saya ke arah sastera mula berputik ketika saya berumur 16 tahun, hasil dorongan guru Bahasa Melayu saya [saya ingin sekali menzahirkan namanya di sini, namun demi menjaga hati sesetengah pihak, terpaksa saya diamkan].
Guru saya itu selalu menyelitkan bicara tentang sastera dalam sesi pembelajaran. Dalam kelas Sejarah sekali pun [guru saya ini juga mengajar subjek Sejarah kepada saya], guru saya selalu menanamkan semangat cintakan sastera! [Sungguh, saya rindu saat itu].
Bermula dari saat itu, saya mula berdikit-dikit mendekati dunia sastera. Masih saya ingat, saya menghabiskan puluhan ringgit untuk memborong majalah Dewan Sastera yang sudah banyak isunya yang saya terlepas. Masa itu saya di Tingkatan 5, sekolah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Kebangsaan di Terengganu Trade Centre [ya, saya anak jati Terengganu. Awak belum pernah tahu kan? Sebab saya tak pernah beritahu].
Saya angkut semua majalah tu ke asrama, terus penuh rak buku. Saya sangat puas hati masa itu, dapat menghabiskan masa dengan majalah yang saya sayang! Kalau diikutkan harga sebenar, saya harus membayar RM6 untuk satu naskhah Dewan Sastera, tapi nama pun pesta buku, banyak diskaun dapat diperoleh. Saya hanya perlu membayar RM0.50 untuk setiap naskhah! Sebab tu saya beli banyak.
Erk?? Panjang la pulak bercerita tentang buku ni. Tak apa kan? Saya tak paksa pun awak meneliti setiap huruf yang saya taip ni. Tapi terima kasih la sebab sudi menahan kantuk di mata untuk menjaga hati saya.
Akhir kata [skema la pulak], mari semua ulat buku, kita perkasakan industri penulisan dan kesusasteraan!
Saya bangga jadi ulat buku!
~ Sikit je lagi, tak boleh nak tahan jari ni dari menari. Novel terakhir yang saya beli, Bedar Sukma Bisu hasil gubahan Faisal Tehrani, saya dah hadiahkan pada sahabat saya. Mulanya dia tidak mahu menerima memandangkan muka kulit novel ini tidak berapa menarik, tapi akhirnya, dia mengaku yang dia suka dengan kisah itu. Betul kata orang putih kan? Don’t judge the book by its cover! ~
2 comments:
salam! hehe.
sy dpt hadiah Bedar Sukma Bisu drpd org, tp yg dah diolah jd BI. The Prau of The Silent Soul. tp mcm...not my type of reading kot.xhabes pun lagi baca (shy2..)
=)
oh..
ade versi BI ek?
xtau la pulak..
yg ori lg best kot..
try la bce yg ori ek..
Post a Comment