Saturday, June 5, 2010

...My first birthday presents...

 ( I mean, untuk tahun ni... )


Terima kasih tak terhingga buat sahabat saya Cik Kiki yang baik hati.

Awalnya awak bagi hadiah birthday saya.



..yummy..
..tak sabar nak makan..


..belang-belang, hitam dan coklat..



..bertambah lagi koleksi penanda buku saya..
 

Terima kasih Kiki!



 p/s : Kiki, awak baca kan entry saya yang lepas? Terima kasih untuk hadiah ni dan saya lagi suka kalau awak dapat beri saya hadiah yang lagi satu tu. Terima kasih yang tak terhingga!

Friday, June 4, 2010

...Kata...


Saya suka bermain kata.

Tapi harus diingat, mainan saya kata-kata yang benar sahaja.

Jangan sesekali mengucapkan kata andai diri sendiri tidak pasti akan kesahihannya.

Kata-kata yang lembut mententeramkan jiwa,
Kata-kata yang kasar membunuh rasa,
Kata-kata mutiara inspirasi selamanya.


“Kerana pulut santan binasa,
Kerana mulut badan binasa”.

Thursday, June 3, 2010

...Saja-saja...

Saya duduk sendirian.
Merenung jauh ke langit. 
Terasa sayu di hati.
Lagu-lagu nasyid sedari tadi menjadi halwa telinga. 
Tak ada mood nak buat apa-apa.

Tiba-tiba teringatkan sesuatu. Saya ambil phone, saya snap gambar ni.



Nampak dua orang gadis kat depan tu? Seorang daripada gadis tu pemilik diari hijau yang kat belakang tu. Yang seorang lagi, gadis si pemberi diari.

Syafiqah, saya rindu kat awak. Bila kali terakhir kita berjumpa ya? Oh, akhir sem lepas. Awak datang jumpa saya, awak hadiahkan saya novel Menunggu Cinta Tuhan. Kenapa awak selalu beri saya buku? Muka saya nampak macam nerd ke?


Gambar kedua yang saya snap.



Segala benda yang ada dalam gambar ni pun kawan-kawan saya yang beri; penanda buku dan burung kertas.

Nama mereka yang baik hati ini; sekali lagi Syafiqah, Siti Nurbaya, Hidayah Halim, Aisyah Zulkifli, Ukhti Zahra dan Nadia. Semuanya kawan-kawan saya di sekolah dulu. 

Awak yang tiada nama di sini, tak bermaksud awak tak baik hati tau! Awak semua baik, sebab awak kawan saya. Huhu. 

Rasanya semua mereka yang namanya ditulis ni tak tahu akan kewujudan blog ni. Tapi tak apa, saya tak kisah.


Tajuk entry kali ni pun saja-saja, so saya memang saja-saja tulis semua ni. Maaflah pada awak semua yang terpaksa mambaca entry yang mengarut ni. Tapi kalau kawan-kawan saya yang ada nama kat atas tu yang baca, maybe diorang akan terharu. Hehe, perasan betul saya ni.

Cukup di sini.

"...Rahmat dari-Mu ku dambakan
Keampunan-Mu ku pohonkan..."

In-Team masih lagi menyanyi untuk saya…


...Jangan...



+   Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

+   Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri orang munafik.

+  Jangan banyak ketawa.

+  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan.

+  Jangan biarkan mata liar perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

+  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa, kerana mati boleh datang bila-bila masa.

+  Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Bila gagal kita kecewa.

+  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN, sebab semuanya untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.


...Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai dan diberkati oleh-Nya...


-tinse-

Wednesday, June 2, 2010

...Blue's Clues...

Current avtivities...
( Got nothing to do with the title above >.< )

1. Deleting my Facebook account.

Don’t ask me why. I have my own reasons for doing this.



2. Signing up for a new Yahoo account.

My old accounts are attacked by virus.
+ Oh please, why does Mr. Virus likes me so much?
- It’s not like Mr. Virus likes you, but someone does hates you so much and sends Mr. Virus to you.
+ Sigh!



3. Downloading Skype.
A friend asked me to join her in Skype, and I just said, “ Well, I’ll think about it..”

Tuesday, June 1, 2010

...Belajar kerana Allah...

Without knowledge, life is no more than the shadow of death.

Itu kata Moliere.

Siapa dia Moliere? 

Saya pun tak tahu.

Tapi Moliere ni boleh kira sangat terkenal sebab dah banyak falsafahnya diguna pakai.

Betul ke?

Tak tahu ^-^

 
[ Kalau cikgu BM saya yang dulu tahu, mesti markah saya kena tolak. Pernah sekali Cikgu Musa tegur saya sebab saya suka masukkan kata falsafah dalam karangan, tapi selalu tak tahu siapa si empunya falsafah tu. Hehe. ]



Sekarang dah mula sem baru, dan azam saya, saya pun nak jadi orang baru.

Insya-Allah.

Saya nak belajar dalam erti kata yang betul-betul belajar.

Saya nak belajar kerana Allah, kerana nak dapatkan ilmu, dan bukannya belajar tanpa ada tujuan.



Pepatah Arab pun ada sebut, ‘Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke tiang lahad’.
Versi yang lain, ‘Tuntutlah ilmu hingga ke China’.

( Kalau salah, betulkan ye…)

Pepatah tu nak menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah, dan betapa ruginya diri kita kalau tak ambil peluang untuk mendalami sesuatu yang baru.

Kadang-kadang rasa jemu belajar, sedangkan ilmu hanya cetek di minda. 

Kita tahu, kalau ditebang semua pokok di dunia untuk dijadikan kertas, dan kalau digunakan semua air laut untuk dijadikan dakwat, masih tidak cukup semua itu untuk ditulis dan dicatat ilmu Allah.

Tapi kita tetap berasa malas dan jemu.

Awak dan saya punya minda, jadi mari sama-sama kita renungkan.


Betulkan niat kita.

Teguhkan pendirian kita.

Bersama luaskan ilmu pengetahuan kita.



~ Diri ini tidak sempurna, jadi maafkanlah diri ini ~

...Welcome June!...


My most favourite month in the year is coming!

JUNE!!!

Why do I like this month, ey?

It’s because……………..( fill in the blank kay).

Hehe..


Jun memang saya nantikan setiap tahun.

Rasa berbunga je hati bila Jun menghampiri.

Saya suka Jun!


Urm, apa yang saya nak bagitahu tadi ek?

Hah, dah ingat!

Before ni, saya jarang sangat jumpa rakan-rakan saya yang lahir pada bulan ini.

Tapi at last, saya baru perasan yang rupa-rupanya ramai sahabat saya yang lahir pada Jun!

Seronoknya saya…

Nak tahu siapa mereka?

Mereka ialah Ateh Fatihah, Sarah Syazwani, Kak Hidayah, Baitul dan Along Aisyah.

Yang brothers lak; Ayie, Bro. Lokman dan Bro.Farid.

Tak ramai?

Ramai la tu..

Kan lebih daripada tiga..

Haa, Ronaldo pemain bola sepak dari Brazil tu pun lahir pada bulan Jun tau!

Betapa specialnya awak, Jun!


Memandangkan ramai yang akan sambut birthday mereka pada bulan ni, saya nak share satu sajak tentang birthday. Baca tau!

Sajak ni dikarang oleh Muhammad Aszuat Mohd. Khalid ~ saya pinjam sajak awak ye Encik Aszuat…


Hari Lahir

Kadangkala
Kita sering dibuai kebendaan
Dalam mencari suatu pemberian
Sebagai hadiah hari lahir
Walaupun ianya hanya ketemu
Dalam setitik pengorbanan.

Namun
Kita sering kealpaan
Membajai rohani insan itu
Dengan peringatan tulus
Apakah pemberian seorang manusia
Yang lebih bernilai
Daripada segenggam doa yang dipohon
Untuk insan itu
Meneruskan nafasnya menghadapi hari esok?


Urm, dah baca?

Kalau belum, skrol balik ke atas.


Apa yang awak fikir bila dah baca sajak ni?

Betul kata Encik Aszuat ni kan?

Kita sering terlupa akan hal yang penting ni.


So kawan-kawan, inilah yang saya harapkan bila datangnya hari istimewa saya nanti.

Semua orang akan suka bila dapat hadiah, saya sendiri tak nafikannya.

Rasa nak senyum sepanjang masa bila dapat hadiah.

Tapi, saya lebih harapkan hadiah yang ini.

Doakanlah saya…


Doakan saya agar saya berjaya menggapai cinta-Nya.

Doakan saya agar saya berjaya meraih indahnya syurga.


Buat emak, terima kasih sebab bersusah payah mengandungkan dan melahirkan saya.

Buat ayah, terima kasih sebab berkeringat dengan peluh untuk membesarkan saya.

Buat keluarga, terima kasih sebab melayan saya seperti yang sepatutnya.

Buat teman-teman, terima kasih sebab menerima saya seadanya.


Buat semua, selamat melangkah ke Jun!