Tuesday, June 1, 2010

...Belajar kerana Allah...

Without knowledge, life is no more than the shadow of death.

Itu kata Moliere.

Siapa dia Moliere? 

Saya pun tak tahu.

Tapi Moliere ni boleh kira sangat terkenal sebab dah banyak falsafahnya diguna pakai.

Betul ke?

Tak tahu ^-^

 
[ Kalau cikgu BM saya yang dulu tahu, mesti markah saya kena tolak. Pernah sekali Cikgu Musa tegur saya sebab saya suka masukkan kata falsafah dalam karangan, tapi selalu tak tahu siapa si empunya falsafah tu. Hehe. ]



Sekarang dah mula sem baru, dan azam saya, saya pun nak jadi orang baru.

Insya-Allah.

Saya nak belajar dalam erti kata yang betul-betul belajar.

Saya nak belajar kerana Allah, kerana nak dapatkan ilmu, dan bukannya belajar tanpa ada tujuan.



Pepatah Arab pun ada sebut, ‘Tuntutlah ilmu daripada buaian hingga ke tiang lahad’.
Versi yang lain, ‘Tuntutlah ilmu hingga ke China’.

( Kalau salah, betulkan ye…)

Pepatah tu nak menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah, dan betapa ruginya diri kita kalau tak ambil peluang untuk mendalami sesuatu yang baru.

Kadang-kadang rasa jemu belajar, sedangkan ilmu hanya cetek di minda. 

Kita tahu, kalau ditebang semua pokok di dunia untuk dijadikan kertas, dan kalau digunakan semua air laut untuk dijadikan dakwat, masih tidak cukup semua itu untuk ditulis dan dicatat ilmu Allah.

Tapi kita tetap berasa malas dan jemu.

Awak dan saya punya minda, jadi mari sama-sama kita renungkan.


Betulkan niat kita.

Teguhkan pendirian kita.

Bersama luaskan ilmu pengetahuan kita.



~ Diri ini tidak sempurna, jadi maafkanlah diri ini ~

No comments: