Thursday, June 3, 2010

...Jangan...



+   Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

+   Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri orang munafik.

+  Jangan banyak ketawa.

+  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan.

+  Jangan biarkan mata liar perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

+  Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa, kerana mati boleh datang bila-bila masa.

+  Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Bila gagal kita kecewa.

+  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN, sebab semuanya untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.


...Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang diredhai dan diberkati oleh-Nya...


-tinse-

No comments: