Dua perkataan yang boleh saya gambarkan – manis dan indah.
Dah lama tak bersama-sama berprogram begini, bila dah berkumpul kembali, bagai tidak mahu pulang ke tempat sendiri.
Kampung Sungai Bangkong, Jerantut – majoriti penduduknya beragama Islam, rumah yang didiami kebanyakannya adalah rumah batu, bekalan air dan eletrik tersedia, namun masih keadaannya daif dan susah.
Sesi Ziarah dan Pengagihan Sumbangan kepada Orang Asli, Kem Smart Solat, Program Fiqh Wanita, Kem Motivasi untuk kanak-kanak, Tayangan Video – semuanya disambut baik oleh mereka. Namun mungkin kerana aktiviti Senamrobik yang diadakan awal pagi dan Gotong-Royong Mega yang sudah mempunyai banyak ‘ahli’, mereka tidak bersama-sama dengan kami. Tapi secara keseluruhannya, saya sudah berpuas hati.
Yang paling meninggalkan kesan pada diri saya, adik-adik yang sentiasa ingin menghibur dan dihiburkan hati. Ada yang tak boleh duduk diam, ada yang tak bercakap walau sepatah, ada yang sering mahu diriba, ada yang memimpin tangan ke sana dan ke mari, dan ada yang sering memanggil “Akak” namun bila saya berpaling hanya senyuman nakal yang diberikan. Indah semua ini.
Apa yang saya rasa terhadap adik-adik ini lain benar dengan apa yang saya rasa terhadap adik-adik di perkampungan Orang Asli yang lain – bukan sebab adik-adik yang lain tidak banyak kerenah dan tidak banyak berinteraksi dengan saya, tapi mungkin kerana adik-adik di sini lebih mengingatkan saya pada adik-adik saya di RTK. Pandang muka si baik Ramli, saya teringat pada Amirul. Pandang muka sayu Udan, saya teringat pada Tajul. Pandang muka innocent Mar, saya teringat pada Nur. Mereka bagi saya punya banyak persamaan.
Sungguh program kali ini banyak memberi kesan buat saya. Semoga apa yang telah dilalui boleh mengajar dan mengingatkan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk lebih menghargai hidup dan lebih berusaha untuk mendekati mereka yang memerlukan kami.
Sedikit gambar semasa program:
|
sebelum bertolak |
|
preparation before ziarah |
|
ziarah |
|
Orang Asli |
|
kem smart solat |
|
slot fiqh wanita |
|
sukaneka1 |
|
sukaneka2 |
|
tayangan video |
|
senamrobik |
|
breakfast nasi lemak |
|
kem motivasi |
No comments:
Post a Comment