Monday, January 21, 2013

KOAJ




Dua perkataan yang boleh saya gambarkan – manis dan indah. 

Dah lama tak bersama-sama berprogram begini, bila dah berkumpul kembali, bagai tidak mahu pulang ke tempat sendiri. 

Kampung Sungai Bangkong, Jerantut – majoriti penduduknya beragama Islam, rumah yang didiami kebanyakannya adalah rumah batu, bekalan air dan eletrik tersedia, namun masih keadaannya daif dan susah. 

Sesi Ziarah dan Pengagihan Sumbangan kepada Orang Asli, Kem Smart Solat, Program Fiqh Wanita, Kem Motivasi untuk kanak-kanak, Tayangan Video – semuanya disambut baik oleh mereka. Namun mungkin kerana aktiviti Senamrobik yang diadakan awal pagi dan Gotong-Royong Mega yang sudah mempunyai banyak ‘ahli’, mereka tidak bersama-sama dengan kami. Tapi secara keseluruhannya, saya sudah berpuas hati. 

Yang paling meninggalkan kesan pada diri saya, adik-adik yang sentiasa ingin menghibur dan dihiburkan hati. Ada yang tak boleh duduk diam, ada yang tak bercakap walau sepatah, ada yang sering mahu diriba, ada yang memimpin tangan ke sana dan ke mari, dan ada yang sering memanggil “Akak” namun bila saya berpaling hanya senyuman nakal yang diberikan. Indah semua ini. 

Apa yang saya rasa terhadap adik-adik ini lain benar dengan apa yang saya rasa terhadap adik-adik di perkampungan Orang Asli yang lain – bukan sebab adik-adik yang lain tidak banyak kerenah dan tidak banyak berinteraksi dengan saya, tapi mungkin kerana adik-adik di sini lebih mengingatkan saya pada adik-adik saya di RTK. Pandang muka si baik Ramli, saya teringat pada Amirul. Pandang muka sayu Udan, saya teringat pada Tajul. Pandang muka innocent Mar, saya teringat pada Nur. Mereka bagi saya punya banyak persamaan. 

Sungguh program kali ini banyak memberi kesan buat saya. Semoga apa yang telah dilalui boleh mengajar dan mengingatkan saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk lebih menghargai hidup dan lebih berusaha untuk mendekati mereka yang memerlukan kami.

Sedikit gambar semasa program:


sebelum bertolak

preparation before ziarah

ziarah

Orang Asli

kem smart solat

slot fiqh wanita

sukaneka1

sukaneka2

tayangan video

senamrobik

breakfast nasi lemak

kem motivasi


Wednesday, January 2, 2013

tahun baru dan exam




Tahun baru 2013, final exam for Semester 1 12/13.

Bermula cabaran tahun baru, bermula cabaran menduduki exam.

Bagi saya, musim exam memang terlalu banyak cabaran dan godaannya.

My senior said, “examination is definitely a risk factor for obesity” which is indeed true.

Sambil study, mesti nak ada makanan kat sebelah. Kalau tak ada roti atau biskut, paling kurang pun mesti nak ada gula-gula, boleh kunyah bila mata mula rasa berat. Tak pun minum air banyak-banyak sebab nak lawan rasa mengantuk tu.

Bila dah musim exam, ramai-ramai pakat terperap dalam bilik atau library. Keluar pun sekadar pergi beli makan dan minum. Kalau dah malas sangat nak keluar, minta roommates tolong belikan. Tu pun kalau roommates rajin, tapi kalau semua malas, hentam je la apa yang ada dalam bilik tu.

Musim exam, emosi kadang-kadang tak stabil. Menyesal sebab awal-awal dulu tak nak study, sekarang mula la terhegeh-hegeh. Ada yang satu malam kena baca sampai 5-6 chapter sekaligus. Tapi syukur sebab kali ni ada banyak juga gap setiap paper, so tak ada la stress sangat.

Musim exam, dalam busy nak study, ada jugak yang diuji dalam berkawan. Kurang berkenan dengan kawan ni, tak puas hati dengan kawan tu, biasa la, manusia tak sempurna kan. Istigfar banyak-banyak, mintak maaf dengan Allah dan mereka yang berkaitan. Kena tolak tepi-tepi perasaan tak enak tu, fokus apa yang perlu.

Musim exam, masa untuk kita buktikan yang kita juga boleh berjaya.



Musim exam, jom prepare untuk exam.