Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat
Semasa hidup, dia telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
Kawan2, syirik ini jangan dibuat main2. Syirik ialah dosa yang paling besar dalam Islam. Orang yang syirik kekal dalam neraka buat selamanya.
Mayat yang mukanya berbentuk khinzir
Semasa hidup, dia tidak melakukan dan tidak menjaga solat lima waktunya.
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Mayat yang kepalanya menjadi batu yang hitam legam
Semasa hidup, dia derhaka kepada kedua2 ibu bapanya.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibu bapa.
Mayat yang perutnya buncit dan meletup
Semasa hidup, dia suka makan harta yang haram seperti makan harta anak yatim, makan hasil curi, rompakan dan sebagainya.
Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya
Semasa hidup, dia suka berkelahi serta mengata dan mengumpat orang.
Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan bau air itu lebih busuk daripada bangkai
Semasa hidup, dia suka makan harta riba’.
Mayat yang wajahnya tersenyum
Semasa hidup, dia berilmu dan sentiasa beramal soleh.
Kita nak jadi mayat yang macammana?
No comments:
Post a Comment