Friday, July 30, 2010

Rindu Arwah Nenek


2 Januari 2009

Waktu subuh

Arwah nenek tiba2 diserang angin ahmar. Tiba2 rumah jadi gempar. Saya yang masih mamai semakin terpinga2. Saat melihat nenek, perasaan aneh mula terasa.



2009

Waktu petang

Nenek, adik dan saya bersama2 di anjung rumah. Adik dan saya bergilir2 memicit dan mengurut nenek. Kami meminta nenek bercerita tentang masa mudanya. Alhamdulillah, walaupun tidak mampu bergerak, nenek masih boleh bercakap. Lepas satu2 kisah dirungkai. Bila nenek selesai bercakap, kami minta nenek bercerita tentang hal yang lain pula. Kata nenek, dulu nenek dan arwah datuk ke pasar bersama2. Datuk mengayuh basikal, dan nenek diam di belakang. Kadang2 mereka gunakan bot untuk ke destinasi yang lain.

Saya bertanya, adakah nenek berhias untuk datuk, dan jawab nenek, sememangnya kita kena berhias untuk suami. Nenek sering juga memakai lipstik di bibir untuk kelihatan lebih manis di hadapan datuk. Bila datuk pulang dari sungai, datuk akan memanggil nenek dan berhenti mengambil angin di tangga rumah. Nenek pula akan datang membawa kopi untuk melegakan haus di tekak datuk.

Adik dan saya sangat seronok mendengar cerita nenek. Sejak nenek jatuh sakit, belum pernah kami berborak selama ini. Kemudian mak datang dan meminta kami berhenti bertanyakan soalan pada nenek. Kesian nenek, haus kerana begitu banyak bercakap petang tu. Bila mak hulurkan air, nenek minta segelas lagi.



30 Julai 2009

Saya sedang menyiapkan tutorial Maths dengan rakan2 di bilik apabila saya mendapat mesej daripada abang.

   “ Tenang ya. Nenek tenat sekarang ni”.

Tanpa berfikir panjang, saya terus mendail handphone mak. Kakak yang mengangkat telefon, dan terus meminta saya untuk menelefon kemudian. Talian dimatikan.

Beberapa minit berlalu, saya mendapat call daripada ayah.

   “ Nenek dah tak ada…”

Malamnya, saya bertolak pulang. Alhamdulillah, saya sempat melihat jenazah buat kali terakhir.



30 Julai 2010

Hari ni setahun arwah pergi meninggalkan kami. Setahun itu jugalah, kami tidak mendengar suara arwah membaca Qur’an, tidak melihat wajah redupnya, tidak dapat bersalam dan mencium pipinya. Sungguh, saya rindu Arwah nenek.
 
Al-Fatihah buat Arwah di alam sana.

No comments: