Saturday, July 17, 2010

Hibrid Cinta


Saya rugi kali ni.
Betul2 rugi.

Kenapa saya rugi?
Sebab saya tak dapat join program ni daripada awal.

Kenapa saya tak dapat join program ni daripada awal?
Dah2, saya tak nak cerita pasal ni. 

Saya nak cakap pasal HIBRID CINTA!



Tau apa itu Hibrid Cinta?
Ini la nama program yang kami, PNK PERKIM adakan baru2 ni.
Maksudnya ala2 Jalinan Kasih.
Saja nak bagi dengar lain sikit.
( Credits to my Uda for this bombastic name. )

Program ni diadakan selama 2 hari di Rumah Jagaan Sri Sabah, Cheras.

Alhamdulillah, sepanjang program, semuanya berjalan lancar. Tipu la kalau saya cakap tak ada masalah langsung kan, tapi berkat usaha semua komiti yang terlibat, program ni berjalan macam yang kami rancang.

Hari pertama, kami adakan LDK dan sesi taaruf. ( Masa ni saya tak ada kat tempat program, jadi saya tak dapat nak elaborate lebih ).

The next day, aktiviti dimulakan dengan qiam, dan diteruskan dengan senamrobik, explorace dan macam2 lagi. Lepas Zuhur, kami adakan persembahan pentas. Anak2 yatim yang buat persembahan semuanya happening. Subhanallah, mereka sungguh menghiburkan kami. 
( Sepatutnya kami yang kena hiburkan mereka kan? Tak apa la.. )

Macam biasa, setiap pertemuan ada perpisahan. Tangisan dan kesedihan tu memang dah jadi lumrah. Tersentuh tengok adik2 ni menitiskan air mata masa kami nak balik. Bukan setakat adik2 perempuan je, ada jugak adik2 lelaki yang turut menangis. Antaranya seorang adik lelaki yang menangis sebab penselnya hilang. Hehe, agak kelakar. Tapi biasa la, budak2 kan…


 akak2 komiti dengan adik2

 suasana dalam dewan

fasi2 dengan group masing2

adik ni dapat hadiah lucky draw

sempoi boys sweet girls; the best group

penghargaan buat rumah jagaan flat sri sabah

bersalam-salaman

komiti2 bergambar kenangan
( abaikan objek2 yang perlu ya )


Kalau kawan2 perasan, gambar2 ni semua diambil dalam dewan.
Sebabnya ini je gambar yang saya sempat snap dengan phone saya.
Gambar2 lain ada dengan rakan2 saya.
^_^


*   *   *


Sahabat2 saya yang lain masih berjuang di Madrasah Ar-Rahmaniyyah dan Ulu Yam.
Permudahkan urusan mereka Ya Allah...



No comments: