Monday, October 11, 2010

School Of Excellence


Rindu yang lama ditanggung dilepaskan jua. Sehari bersama sahabat menziarahi guru-guru kami di sekolah, kegembiraan jelas terasa dalam sanubari. 

Minum pagi bersama Cikgu Mokhtar dan Sir Khalil, berbual-bual dengan para guru tentang perkembangan terbaru sekolah, berkenalan dan berborak dengan Mr. RJ dari California, makan tengahari bersama Pengetua dan Ustazah Maniah di dewan makan, bertanya khabar Kak Na yang menjaga koperasi, lepak-lepak di perpustakaan, bersembang dengan adik-adik tentang pelajaran mereka; kami berasa sangat seronok!
Namun, kekecewaan sedikit terasa kerana tidak dapat bersua dengan sebahagian guru dan staf atas kekangan tertentu; Ustaz Zul yang menghadiri mesyuarat di Dungun, Madam Keety yang terpaksa mengambil cuti kerana sakit mata, Achik yang ada appointment dengan doktor. 

Walaupun penat, terasa sangat berbaloi meghabiskan masa bersiar-siar di kawasan sekolah. 


~ masih sama ~

~ lengang waktu rehat ~



** terlupa nak snap banyak gambar sebab duk asyik bercakap


5 comments:

dewdrop said...

la..awak sekolah imtiaz ke..baru tau.hehe
:)

kenal mutia sabiha?tp xsure la dia imtiaz mne

sukma atiqah said...

hai cik kak.. mlawat skola tercnta nmpaknye.. sronoknye!

btw, mutia sabiha skola sy, imtiaz dungun.. =)

nusaibah said...

qatrun; sy knal mutia..dulu pun jiran ngan dia masa sem1..muka sy xmacam budak imtiaz ek?

sukma; hai mama..serius seronok dpt lawat sekolah..mama xg melawat jugak ke?

sukma atiqah said...

ehem2.. skola sy tu di kutub utara, sy di kutub selatan.. pyah amt nk smpai sane.. huhu

nusaibah said...

hey..skola awk kat timur la..xde la jauh mane..hehee..