Wednesday, November 24, 2010

Ayam dan burung yang berjasa

Di rumah

Kalau duduk di beranda di bahagian belakang rumah, pasti terasa damai dan nyamannnya angin pantai yang berhembus. Mata yang ingin tertutup pasti tidak dapat bertahan lagi. Lena pun makin menjadi. Mimpi datang mengganti realiti.

Diri terjaga dek kokokan ayam yang dibela. Marah kerana tidur diganggu, namun seharusnya diri bangkit dengan segar bertenaga. Ayam itu memberitahu sesuatu, sudah tiba waktunya diri mengadap Tuhan Yang Maha Satu.


Di bilik asrama

Kipas di dinding tidak pernah tidak berpusing dengan kelajuan 5, memberikan angin ciptaan untuk mengurangkan panas dunia; kipas yang hanya berhenti berputar jika diri menghilang dari kamar yang didiami. Usai bahang kepanasan pergi, sejuk datang menyelubungi diri. Tilam yang empuk terasa memanggil-manggil diri. Sekali lagi, realiti dikalahkan oleh mimpi.

Klimaks dunia fantasi makin menghampiri, terhenti tatkala terdengar siulan burung-burung yang menyanyi. Suara yang memaksa diri tidak lagi mati, untuk berjumpa Tuhan pemilik sekalian penghuni bumi.



* Saat saya menulis post ini, burung-burung itu masih bertenggek di jendela bilik. Terus-terusan berbicara dalam bahasanya, atau mungkin sedang berzikir merindukan Sang Pencipta.




Ish, bising la burung-burung ni!

No comments: