Wednesday, May 30, 2012

dia yang pergi




Dulu, setiap hari, Solehah melibat kelibatnya. Rutin hariannya, Solehah sudah hafal. Apa kesukaannya, Solehah cukup tahu.

Dia juga sama. Dia tahu apa yang terbungkam di jiwa Solehah, dia tahu apa yang bermain di benak Solehah. Tidak, dia dan Solehah bukan pandai bertelepati, tapi mereka punya satu atma dan satu rasa.

Satu hari, bila dia pergi meninggalkan Solehah --pemergian yang mungkin untuk sementara atau mungkin untuk selama-lamanya, Solehah jadi resah dan mula hilang arah. Selain dia, siapa yang dapat menyembuhkan hati Solehah saat dia terluka? Siapa yang dapat menceriakan hari-hari Solehah seperti kebiasaannya?

Dia pergi tanpa memberitahu. Dia pergi meninggalkan Solehah dalam sendu.

Tapi Solehah pasti, jika takdir mengingini, pasti dia dan Solehah akan bertemu lagi. Bersama secangkir kopi dan wangian harum yang digemari, Solehah akan menanti sehingga dia muncul kembali. Jika bukan di dunia yang penuh risi, setia Solehah akan tegar hingga ke akhirat yang abadi.

Dia tiada pengganti.


Monday, May 28, 2012

kisah sang burung


Assalamualaikum :)

[ comel kan saya? ]


Pertama kali saya dengar kicauan burung dari dalam bilik saya kat Kuantan. Kalau kat PJ dulu, tiap-tiap hari saya dengar suara burung menyanyi, tiap-tiap hari saya nampak burung-burung bertenggek kat atas tingkap bilik saya.

Saya pernah cerita dulu yang burung-burung tu pernah berjasa kat saya. Mesti kat akhirat nanti burung-burung tu akan dapat habuannya kan?






Sama la dengan kisah Abrahah yang ingin menghancurkan Kaa'bah. Sekumpulan burung datang untuk melemparkan batu-batu ke arah tentera bergajah Abrahah dan melumpuhkan usaha mereka. Apa nama burung-burung tu? Ya, burung ababil.


Kisah Nabi Ibrahim A.S yang cuba dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud juga sama. Seekor burung pipit yang menyaksikan kejadian itu ingin menolong Nabi. Burung pipit itu mencari air, menyedut air tersebut dan menyimpannya di dalam paruhnya yang kecil. Bila ditanya sebab apa burung tu buat macam tu, dengan simple je burung tu jawab,

 "Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim".

Nampak macam apa yang burung tu buat sia-sia je. Takkan la api yang marak tu boleh padam dengan air yg sedikit. Tapi jangan lupa, 

            "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya". [99:7]


Jadi, fikir-fikirkan!


Saturday, May 26, 2012

takadatajuk#2


Sambil belek-belek nota Fizik, telinga mendengar lontaran suara A. Samad Said mendeklamasikan sajak.
Sesekali mata menjeling ke arah skrin, memerhatikan aksara-aksara yang diungkapkan.





LANGKAH LESTARI

Sejak subuh ini resah mendera qalbuku
 mendengar nafas bumi yang cuba syahdu.
Di tengah rimba aku tekun menyanggah lara,
mewarasi setiap suara derita atau rianya.
 Subuh ini seluhur tekad kupadu qalbu
kerana terdengar rimba masih juga diganggu.
Dan walau anak rimba cuba tulus menyanyi
taring haloba masih bengis menoda bumi.
Di mana lagi dapat kuhirup udara yang murni,
setiap detik, dan serentak, terhidu elegi bumi?
Di sini—dedaun bersyair kepada leluhurnya,
bunga rimba cuba menari depan keluarganya.

 Walau sungai serahsianya masih merdu mengalir,
kembaranya tetap resah di sisi ikan yang getir.
Dan kita mula terdengar suara rindu abad lalu,
menyerap gelak mewaras sedu, segala yang pilu.
Kita tidak akan rela berganjak mendakap alam
khusus ketika ia sedang terus terdera kejam;
kita tak rela dengar rintih rimba yang murung;
atau menyerap tangis dedaun dan sedu burung.
Kita berazam cekal berlawan di qalbu rimba
memanfaat setiap kitab lara dan buku sengsara.
Dan dengan sederap rentak dan sesyahdu suara
kita tetap bertekad melindungi rimba terdera.

Kau yang pendera usah berhelah atau berpura
kerana sedalam kuburmu rimba akan membela.

(A. Samad Said)





TETAMU SENJA

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja 
Bila cukup detik kembalilah 
Kita kepadanya 
Kita datang ini kosong tangan dada 
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

 Pada tetamu yang datang dan 
 Kenal jalan pulang 
Bawalah bakti mesra kepada 
Tuhan kepada Insan 
Pada tetamu yang datang 
Dan lupa jalan pulang 
Usahlah derhaka pula 
Pada Tuhan kepada insan 

 Bila kita lihat manusia lupa tempat 
Atau segera sesat puja darjat 
Puja pangkat 
Segera kita insaf kita ini punya kiblat 
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat 
Hingga mesti merempat ke laut biru 
Ke kuning darat 
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas 
Harus kita tegas sembah 
Seluruh rasa belas 

Kita datang ini satu roh satu jasad 
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 
Kita datang ini satu roh satu jasad 
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

(A. Samad Said)





* * *

Rindu tanah itu.
Rindu pada seseorang yang membentuk pencinta buku.
Rindu yang tegar.
Rindu yang tak akan tersasar.



Thursday, May 24, 2012

takadatajuk


[ sila pusing kepala anda 180 darjah ]


Orang lain sibuk study, saya sibuk dengan dunia saya sendiri.

Buku depan mata. Belek-belek dan baca tulisan-tulisan yang ada. 

Tengok gambar-gambar dan label. Hafal.

Handphone berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Ya Allah, rindunya saya pada sahabat saya yang seorang ni!

Lantas fikiran melayang ke zaman sekolah dulu.
Main-main dalam kelas, kacau-kacau kawan, borak-borak atas katil sebelum tidur.
Semua tu dulu, dah lepas. 
Tapi kenangan tu masih ada.


[ form 4 ]


Tapi sekarang, saya kena serius dan tak boleh main-main dah. 
Kena buang perangai yang nakal dan macam budak-budak tu.

Sebabnya, I want to be a good radiographer! 
Takkan la nak handle patient dengan perangai yang bukan-bukan kan.

Oh, exam lagi 2 hari.
Berusaha dan bersungguh la wahai diri.
Belajar bukan untuk lulus exam je, tapi belajar untuk seumur hidup.


[ coursemates ]

Kami akan bersama lagi 3 tahun lebih.
Semoga perjalanan kami dipermudahkan. 

Kami nak jadi radiographer yang baik, 
kami nak tolong doctor untuk diagnose penyakit anda semua.
Doakan ya.


Radiographers;

We treat often
We cure sometimes
We comfort always
:)