Tuesday, April 27, 2010

...Kertas...

Karya yang saya tulis semasa Tingkatan 4, Oktober 2007,menjelang peperiksaan.


Kertas yang kosong itu
Kini diselimuti aksara pelbagai
Membentuk rangkaian kata
Mengizharkan maksud
Hati si peneroka.

Kerana kertas itu
Kuasa-kuasa padu
Memecahkan aura
Merayap segala urat yang tersedia
Dari pelbagai jenis saluran
Nan menerbitkan ungkapan
Yang kamil bagi pemiliknya.

Kertas itulah
Penghulu masa datang
Menjerat cekikan nadi
Atau melemparkan keindahan
Bersama bunga restu
Menyuluh segala yang lalu.

Walaupun hanya sekeping kertas
Bisanya kekal di pangkal hati
Walaupun hanya sekeping kertas
Penyuluh estetik langkahan kaki.


Tak percaya? Ya, memang saya yang menulis karya ini. Pendapat anda? Mungkin ia tidak seberapa, tapi saya tetap berbangga dengan usaha saya. Bukan senang untuk seorang manusia seperti saya untuk bersastera tau!

[ Sastera la sangat..]



No comments: