Thursday, July 8, 2010

Nikmat & Musibah


Semua orang di dunia ni pernah rasa macammana gembiranya bila mendapat sesuatu nikmat, dan betapa sedihnya bila mendapat sesuatu musibah.

Betul kan?

Nikmat tu buat kita girang, senang, dan seronok. 

Bila kita dapat satu musibah, kita mula berduka, muram dan murung.


Urm , kita tahu ke sebenarnya dua2 ni merupakan ujian buat kita?

Ya, nikmat dan musibah adalah ujian yang Allah bagi pada kita.



‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," 
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.’
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)



Bila kita diberi nikmat, Tuhan nak uji kita sama ada kita bersyukur padaNya atau kita just biar benda tu berlalu macam angin yang bertiup je.

Tuhan bagi musibah pulak untuk uji kita sama ada kita boleh menghadapinya dengan redha dan tanpa merungut atau menyalahkan takdir yang telah ditetapkan olehNya.


Rata2 manusia kat muka bumi ni ingatkan Tuhan bila ditimpa musibah je kan?
Saya pun macam tu. Bila hati dah tak mampu nak senyum, baru nak ingat kat Dia. Tu la salah kita, tak menyerahkan segala2nya padaNya. Sedangkan kita tahu, kalau kita hanya bergantung harap padaNya, insya-Allah kita boleh hadapi semua nikmat dan musibah dengan tenang.



Awak dan saya, kita semua milik Allah.
 
Kembalilah padaNya.




‘Kehidupan di dunia adalah laksana lautan yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan.’
- Hamka-



( Saya rasa saya masih lagi beremosi ketika menulis entry ni. Tapi emosi tu perasaan kan? So rasanya saya masih normal sebab saya masih punya perasaan. Maaf, mengarut lagi )

1 comment:

chaie safri said...

haha.. xpe la.. kdg2 blog ni memang tempat nak mengarut.. kdg2 mengarut tu pon bole jadi entry yg menarek~