Leka saya membelek-belek buku yang dipinjam oleh seorang sahabat, tiba-tiba pintu bilik dibuka. Teman saya masuk dengan wajah yang sedikit mencuka. Saya memandang wajahnya, dan pandangan saya dibalas.
“Ada 2 benda yang buat saya tak puas hati hari ni. Satu, saya tak boleh jawab Tutor Test dengan baik. Saya tak tahu saya boleh dapat markah ke tak. Satu lagi, tengah orang lain susah-susah perah otak jawab soalan, 2 orang kawan saya sesuka hati je bincang kat belakang. Mesti diorang dapat markah tinggi nanti”.
Saya senyum, terdiam tanpa kata. Sebab saya pun pernah rasa macam tu.
Kita dah berusaha, dah bertungkus-lumus sedaya yang mungkin. Tapi bila tiba masanya, kita tak rasa usaha kita tu membuahkan hasil. Kita mula rasa muram. Lebih-lebih lagi bila tengok ada kawan kita yang tak nampak sangat dia study, tapi dapat markah yang lagi tinggi daripada kita. Kita mula rasa down. Tapi yang lebih buat kita tak puas hati, bila ada kawan-kawan yang berbincang atau meniru semasa test mahupun exam. Geram kan?
Tapi, kalau difikir balik, bukankah lebih baik begini?
Walaupun kita tak capai target kita, tapi at least, kita dah usaha. Dan yang lagi penting, kita jujur dengan diri kita. Kita jujur dengan Allah.
Semua orang mesti dah pernah dengar yang rezeki yang datang dari sumber yang haram akan jadi haram. Jadi, cuba fikir, kalau kita gunakan hasil yang kita dapat hasil daripada perbuatan yang tak jujur, apa akan jadi pada kita?
Dulu masa kat sekolah, masa exam, Ustazah saya selalu tulis kat papan hitam:
‘Sesiapa yang meniru bukan dari kalanganku’ –Rasulullah S.A.W.
See? Nabi tak mengaku umat sesiapa yang meniru atau tak jujur ni.
Jadi, teman saya, usahlah bersedih kalau awak dapat result yang rendah. Yang penting, awak dah bersikap jujur dan insyaAllah ada ganjaran untuk sifat jujur awak tu. Lepas ni senyum ya? Saya suka tengok senyuman awak yang manis tu. :)
+ Jom sambung baca Qur’an.
No comments:
Post a Comment