Kadang2 bila kita buat sesuatu, kita tak perasan ada hati yang tak suka.
Itulah kenyataanya; kita tak tak perfect, dan kita tak lepas daripada melakukan kesalahan dan dosa.
Semua orang kat dunia ni buat salah. Sebabnya kita tak ma’sum macam Rasulullah.
Ada orang yang cepat sedar lepas dia buat kesalahan, dan ada juga yang tak sedar2 yang dia bersalah.
So, macammana?
Betul, kita tak tak perfect dan kita selalu buat salah. Tapi kita kena la sedar kesalahan kita tu. Jangan buat muka seposen je kalau tahu memang kita yang salah. Kata maaf tu tak mahal pun kan? Cuba kita buang rasa ego kita untuk ucapkan kemaafan tu. Sambil tu senyum sikit, tunjukkan muka manis. Cuba jernihkan suasana yang keruh. Insya-Allah, kalau kita ikhlas minta maaf, orang akan terima maaf kita.
Kalau kita tak sedar yang kita salah pula macammana? Yang ni memang la susah sikit. Tapi insya-Allah, kalau kita ada sahabat2 yang baik, mereka boleh tegur kita untuk kita jadi lebih baik. Teguran tu pula biarlah bermakna dan berhikmah, sebab perangai manusia tak sama. Ada yang jenis boleh ditegur dengan cara yang kasar, ada pula yang memang kena guna cara halus je, baru boleh sedar. So bagi pihak yang menegur tu kenalah banyak2 bersabar.
Kita pula janganlah melenting bila ada orang tegur kita. Tanam dalam diri yang bila orang tu tegur kita, tu tandanya orang tu sayang kat kita dan nak kita berubah. Memang kadang2 pahit rasanya bila kita ditegur kerana berbuat salah, tapi teguran tu boleh bina balik diri kita kan? Terima la teguran tu dengan hati yang terbuka dan jangan lupa ucapkan terima kasih pada orang yang menegur tu. Cuba fikir, kalau tak ada orang yang tegur salah kita, sampai bila2 pun kita akan bawa kesalahan tu kan?
Pada masa yang sama , kita kena la lembutkan hati dan maafkan mereka yang pernah berbuat salah kat kita. Mungkin dia tak sengaja dan tak sedar kesalahan dia tu. Kita kan selalu dengar orang cakap yang sedangkan Nabi ampunkan umat, apatah lagi kita yang bukan siapa2 ni kan? Masa ni, kita la pula yang kena tegur dan nasihatkan dia. Tapi ingat tau, guna cara yang berhikmah.
Faham betul2, to err is human. Seperti mana kita yang tak perfect ni ingin kesalahan kita dimaafkan, kita pun kena la maafkan orang lain. Memaafkan kesalahan orang lain adalah satu ciri orang2 yang bertaqwa tau. So, jom saling bermaafan sesama kita.
+ Maaf atas lenggok bahasa yang mungkin sukar difahami
+ Post ini lebih terarah kepada kesalahan sesama manusia
+ Minta maaf atas segala salah dan silap saya selama ni
+ Terima kasih kerana membaca
+ May Allah bless :)
No comments:
Post a Comment