Kaki terasa berat.
Hati berbolak-balik.
"Adik, kenapa tak nak pergi?"
"Adik ada kelas."
"Ala, minta la buat consultation dengan madam."
"Adik bimbang, silibus banyak lagi tak habis."
…..dan dialog terhenti.
Diri baru mengenali Ayong, tapi Ayong berusaha memujuk untuk sama-sama merasai pengalaman baru di Cameron, di perkampungan orang asli. Saya hanya mampu tersenyum, memandang Alang dan menoleh semula ke arah Ayong.
***
Alang bercerita tentang Angah yang tak henti-henti cuba menarik minat Alang untuk sama-sama menyertai program kali ni. Alang juga seperti saya, cuba menolak dengan baik. Walaupun kelas yang sepatutnya ada pada hari esok sudah dibatalkan, hati tetap terasa berat.
***
Pagi Jumaat, mereka memulakan perjalanan, sementara Alang dan saya tinggal di kampus. Saya mengadap buku dan cuba mencari jawapan untuk soalan-soalan yang diberikan oleh lecturer. Lama mengadap buku, hati mula terasa lain. Saya rindu sahabat-sahabat saya.
“ Tawakallah. Kalau betul Allah nak bagi kita pergi, kita pasti dapat pergi,” kata sahabat. Alang dan saya hanya menunggu kata putus daripadanya.
Pagi Sabtu, Alang menelefon, “Adik, bersiap. InsyaAllah dalam pukul 10 lebih kita bertolak”.
***
Betul kata mereka, saya pasti menyesal kalau saya lepaskan peluang yang sekali ini. Bersama-sama mereka dalam satu rumah, memasak untuk berbuka dan sahur bersama-sama, terawih bersama-sama. Subhanallah, indahnya.
Melihat Along yang menitiskan air mata kerana tidak terlepas peluang untuk menikmati keindahan taman bunga bersama, hati tersentuh. Melihat wajah Ucu yang tertidur keletihan dengan telekung masih di badan, jiwa terasa sayu. Melihat wajah Ateh yang tetap ceria walau dalam kepenatan, perasaan jadi terharu. Sungguh, kalian memang hebat!
Masih segar di ingatan saat meredah kesunyian pagi untuk mengagihkan makanan sahur untuk penduduk kampung. Masih terbayang-bayang saat tangan dipimpin oleh sahabat ketika menziarahi rumah penduduk kampung untuk memberikan sumbangan. Masih terasa manisnya ketika sama-sama bergambar kenangan sebelum melangkah pulang.
Tuhan, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama sahabat.
Sahabat, terima kasih atas kemanisan ukhuwah yang dihulurkan.
Cameron, terima kasih atas memori ini.
jalan-jalan sambil snap gambar |
lina, mencari daun bawang |
sempat duk kejap je, sebab hujan lebat sangat |
* Sempat singgah di ladang strawberi dan kawasan air terjun dalam perjalanan pulang.
Seronok!
Seronok!
No comments:
Post a Comment