Saturday, November 27, 2010

Ziarah RTK


Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa orang sahabat ke RTK lagi untuk menemui adik2 kami di sana.

Terubat jugak rindu saya kat Tajul saya ni,

juga Amirul,

dan adik2 yang lain.

Memang seronok bersama mereka.
Setiap kali nak balik, hati mesti rasa berat sangat2.

InsyaAllah lepas ni kalau ada masa free, saya nak pergi lagi.





Presentation EAP; Tuhan, bantu kami.


Thursday, November 25, 2010

Terbongkar!

Selama ini diri memendam perasaan, menjaga hati agar tidak terlalu teruja. Selalu berhati-hati dalam menyampaikan patah kata, bimbang tersilap bicara hingga menyebabkan tebal muka. Kadang-kadang terlukis jua di wajah akan keindahan itu, segera menutup kalam dengan penyataan yang masih tiada bernoktah.

Sehingga dia datang, satu demi satu rahsia mula dibongkar. Apa yang tersimpul di hati mula dirungkai, dan akhirnya! Segala-galanya bukan lagi rahsia!


Sukma Atiqah Nazli, you are really something!!

Wednesday, November 24, 2010

Ayam dan burung yang berjasa

Di rumah

Kalau duduk di beranda di bahagian belakang rumah, pasti terasa damai dan nyamannnya angin pantai yang berhembus. Mata yang ingin tertutup pasti tidak dapat bertahan lagi. Lena pun makin menjadi. Mimpi datang mengganti realiti.

Diri terjaga dek kokokan ayam yang dibela. Marah kerana tidur diganggu, namun seharusnya diri bangkit dengan segar bertenaga. Ayam itu memberitahu sesuatu, sudah tiba waktunya diri mengadap Tuhan Yang Maha Satu.


Di bilik asrama

Kipas di dinding tidak pernah tidak berpusing dengan kelajuan 5, memberikan angin ciptaan untuk mengurangkan panas dunia; kipas yang hanya berhenti berputar jika diri menghilang dari kamar yang didiami. Usai bahang kepanasan pergi, sejuk datang menyelubungi diri. Tilam yang empuk terasa memanggil-manggil diri. Sekali lagi, realiti dikalahkan oleh mimpi.

Klimaks dunia fantasi makin menghampiri, terhenti tatkala terdengar siulan burung-burung yang menyanyi. Suara yang memaksa diri tidak lagi mati, untuk berjumpa Tuhan pemilik sekalian penghuni bumi.



* Saat saya menulis post ini, burung-burung itu masih bertenggek di jendela bilik. Terus-terusan berbicara dalam bahasanya, atau mungkin sedang berzikir merindukan Sang Pencipta.




Ish, bising la burung-burung ni!

Tuesday, November 23, 2010

Ingin menjadi mereka

Andai diri dapat berada di situ, memerhatikan lemah-gemalai dan langkah tari mereka, alangkah indahnya! Senyum pasti terukir seadanya - andai diri salah seorang daripada mereka. Hati jadi berbunga dan ceria, hanya dengan mendengar suara mereka. Jika mereka wujud di hadapan mata, pasti diri diam terkesima! Sungguh, diri terpesona!

Dalam diam, diri memuji mereka yang terpilih. Keberanian dan keyakinan mereka yang memuncak, kegigihan dan keinginan mereka yang melayakkan mereka. Oh, andai diri bisa jadi seperti mereka.

Dari kejauhan, mereka mengusik perasaan. Minda jadi melayang, fokus jadi terhalang. Duduk tak senang, berdiri terasa segan.

Ingin menjadi mereka, namun mungkin hanya dalam jelajah kotak fikiran.

Tuesday, November 16, 2010

Souhaite


1. Happy birhday to my beloved friend, Kiki.


Once a year I get the chance
To wish you birthday cheer.
It pleases me no end to say,
I wish you another great year.

So happy birthday to you my friend,
From the bottom of my heart.
And may your good times multiply,
Till they’re flying off the chart!

May Allah bless you no matter what.




2. Selamat Hari Raya Aidiladha to everyone. 
 Hope that all our deeds will be rewarded by Him.


I have an instinct that I won't be able to be online for a short period of time.
Until now, sayonara.

Monday, November 15, 2010

Wyl nouveau


RAFEST dah melabuhkan tirainya semalam.
Congrats to IDEA sebab dapat Best Event Award untuk Discovery Of 5 Worlds tu.
Pada awalnya, saya ingatkan Islamic Musical Night yang akan merangkul award tu, tapi nampaknya rezeki berpihak kepada IDEA. Well, saya memang tak pergi meneroka 5 alam tu, so memang silap saya. 0_o
Some pictures of Islamic Musical Night

da beginning
persembahan dikir barat from cfs iium students
far-east
unic
algebra
solo performance from student

* siapkan tutor chem cepat!


Saturday, November 13, 2010

Wyl



Alhamdulillah, ramai sungguh orang kat gerai kami tadi. Ramai yang datang nak beli nasi arab, tapi dah habis. Spageti yang Acu Gbah buat pun, tak sampai sejam dah licin.

RAFEST kali ni memang lagi meriah daripada yang lepas. Tapi tak bermakna yang lepas tak okay, cuma yang sekarang ni lagi okay.

Syabas semua!


Wednesday, November 10, 2010

Ekspresi

Seorang sedih, seorang lagi terluka.
Senyuman tiada, hati sedang lara.

Muram dan rajuk menjadi teman.
Rasa yang ada mula disangkalkan.

Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Benar, itu kenyataannya. Perasaan yang tumbuh dalam jiwa, menular ke setiap anggota. Gerak badan menafsirkannya. Jelas, di pandangan mata, di pangkal rasa.

Sekelip mata, ia mengubah semua.




Di hujung sana mentari masih bersinar,
masih ada harapan yang boleh tertunai.

Sunday, November 7, 2010

Soir 2

Petang, waktu untukknya bersukan. Dia memandang ke langit. Mendung.

Dia mula memanaskan badan. Nafas ditarik dan dihembus. Berulang kali. Matanya liar mencari orang-orang yang mungkin dikenalinya. Tiada.

'Sendiri lagi...'

Sudah beberapa kali dia berlari mengelilingi gelanggang itu, namun hatinya belum puas. Dia berlari lagi.

Kosong, mengapa? Mengapa hatinya tidak setenang biasa? Mengapa jiwanya terasa kusut dan sengsara?
 
Dia berhenti berlari. Matanya mula terasa panas. Dia melangkah meninggalkan gelanggang. Risi.

Air mata disekanya dengan hujung lengan. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia seolah-olah terdengar satu bisikan,


"Atie, kalau bukan hari ni, hari esok pasti kita akan berjumpa lagi. Ika pasti!"






# Dah baca 'Soir'?



Masih mencari 'Tiga Kali Seminggu'
Sedikit kecewa
=_=


Saturday, November 6, 2010

Derita Dulu

Derita dulu
tidak lagi ku kesali
pahit yang berlalu
ingin ku biar sepi.

Derita dulu
kini menjadi guru
mengajarku berdiri di atas kaki sendiri
melatihku bangun jika terjatuh lagi
mendidikku tabah meniti hari.

Derita dulu
bukan lagi derita
ia sekadar sejarah yang luka.

Thursday, November 4, 2010

Vide

Kadangkala gelisah,
Kadangkala tiada resah.

Gundah gembira menjadi satu,
Bahagia kecewa tidak menentu.

Duka terpancar dalam sinar,
Suka masih belum pudar.

Terus-terusan,
Tangisan dalam senyuman.

Wednesday, November 3, 2010

Cinta; mudah dilafaz, sukar dibuktikan

Cinta adalah urusan hati. Tahap ketinggian cinta seseorang tidak dapat dinilai oleh pancaindera yang ada. Cinta yang dilafazkan oleh jutaan umat Islam, hanya tinggal slogan kosong tanpa roh lagi. Cinta umat Islam kepada Allah dan RasulNya, telah terhakis oleh kecintaan terhadap kebendaan yang semakin mendapat tempat dalam hati manusia. Mereka mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi tidak cintakan Allah dan RasulNya.

Dakwaan cinta kepada Allah dan RasulNya sewajar dibuktikan dengan tanda-tanda yang dapat disaksikan. Kecintaan seseorang kepada Allah, akan menjadikannya selalu ingat kepada Allah. “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.” (Ali-Imran :190-191)

Menyebut nama Allah adalah satu perintah daripadaNya, dan bukan semata-mata tanda rindu kepadaNya. “Wahai orang yang beriman, sebutlah Allah dengan sebutan yang banyak” (Al-Ahzab : 41) Salah satu wasilah untuk mengingati Allah ialah melalui solat. Dalam solatlah dilafazkan pengagungnya dan harapannya menjadikan solat itu indah dan mengasyikkan. “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”(Thaaha : 14)

Adakah kita telah dan sedang mengingati Allah selayaknya orang yang mengaku cintakan Allah? Adakah ingatan kita hanya dalam solat lima waktu sehari semalam? Bahkan dalam solat sekalipun, kita masih mengingati selain daripada Allah. Golongan inilah yang disebut oleh Allah sebagai golongan munafik, kerana ucapan lidah mereka tidak menepati apa yang ada di dalam hati mereka. Cinta kita kepada Allah, seharusnya sentiasa panas dan segar, sesuai dengan nikmat yang banyak daripadaNya. “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku” (Al-Baqarah : 152)



tise03237


Monday, November 1, 2010

Mereka pilihan Allah

Sebak di dada masih belum berkurang. Setiap kali teringatkan mereka, hati berasa sangat sayu. Mata pun terasa pedih, masih belum mampu menahan tangisan.

Alhamdulillah, Allah dah kurniakan saya satu peluang untuk bersama-sama mereka. Menghabiskan masa satu hari di sana, saya belum cukup puas memahami mereka. Saya mahukan lebih. Saya mahu bersama mereka lagi.

Masih terasa sayunya pelukan seorang adik yang duduk di riba, masih terasa pilunya apabila mereka merengek meminta disuapkan nasi, masih terasa syahdunya apabila mereka mengajak untuk bermain bersama. Mereka ketandusan kasih sayang, mereka tiada tempat bermanja, mereka tiada tempat untuk mengadu.

Terasa ingin mengalir air mata apabila seorang nenek mendakap dan mencium pipi saya ketika ingin bertolak pulang. Matanya merah, tangannya kuat memegang tangan saya seolah-olah enggan melepaskan saya pergi. Terasa diri ini sangat diperlukan apabila seorang kakak yang kurang upaya meminta saya memotong kukunya. Tangannya tidak kuat untuk melakukan sebarang kerja, jalannya juga terincut-incut.

Di sebalik penderitaan yang dialami, Allah dah janjikan kebahagian buat mereka. Mereka adalah yang terpilih. Mereka tiada ibu bapa, mereka berbeza daripada insan biasa, mereka yang diuji atas kesabaran mereka.

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘innalillahi wa inna ilahi raji’un’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah, 155-157)

Semoga mereka tabah melalui hari-hari yang bakal tiba. Insya-Allah, jika berkesempatan, saya pasti ke sana lagi. Rindu saya pada mereka tidak pernah surut.



Rumah Titian Kaseh
No. 62A-2, Lorong Maran
Off Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur

Puan Sharifah: 0196455769