Tuesday, December 7, 2010

Hati saya tertinggal di sana

Assalamualaikum  :)

Bila memikirkan kerja EAP yang masih belum selesai, hati terasa berat untuk pergi. Teringat pula kuiz Chem pasal hydrocarbon hari Khamis ni, hati makin berbelah-bahagi. Tapi pada masa yang sama, saya rindu sangat adik-adik saya kat RTK tu. Seriously tak boleh nak buat keputusan sama ada nak pergi atau tak.


Tapi masa balik dari iftar, terserempak dengan Umi, first year student.

    "Kak Ibah, esok Kak Ibah pegi ek. Pukul 7.30."

Ateh pulak ajak ke bilik seorang adik yang turut handle program ni.

     "Kak Ibah ngan Kak Ain jadi fasi. Jaga budak-budak yang umur 2 tahun ke bawah."


Dan serta-merta, I made up my mind. Saya mesti pergi!



Tak seperti sebelum ni, penat dan letih agak terasa. Adik-adik saya nampaknya makin manja dan agak degil. Agak susah nak handle mereka untuk duduk diam dan ikut program. Semuanya kena ikut kehendak mereka.

Amirul nampak gembira dapat kakak dan abang baru. Hidayah yang mula-mulanya malu masa kami datang asyik minta didukung. Tajul macam biasa asyik merajuk tapi dah kurang sikit daripada first time kami jumpa dia. Kak Chik kalau makan mesti nak bersuap. Azuan nampak macam makin matured. Nur asyik sepahkan nasi yang dia makan.

Ayie pulak tak kelihatan kali ni. Amirul, abang Ayie cakap Ayie sakit, masuk hospital. Saya tanya kenapa, tak pula dia jawab. Saya pun lupa nak tanya mak cik-mak cik yang ada kat sana pasal Ayie. Harap-harap dia okay je.

Memang tak menang tangan nak melayan adik-adik kat sini. Tapi saya tetap suka. Seronok dapat menggembirakan mereka. Macam biasa bila nak balik, mesti ada adik-adik yang tanya,

     "Bila akak nak datang lagi?"

Saya hanya tersenyum.
    
     "InsyaAllah, bila akak free akak datang."


Ya Allah, macam tak nak balik rasanya. Kalau boleh nak stay dengan diorang kat situ, tapi apa boleh buat. Saya punya amanah dan tanggungjawab yang lain. Saya tahu sahabat-sahabat saya pun merasakan benda yang sama.




"Adik-adik, korang dah ambil hati akak. So jangan risau, akak pasti ke sana lagi untuk ambil hati akak balik! InsyaAllah."   ^_^

5 comments:

Marzuqi said...

Kita pergi lagi nanti..
=)

nusaibah said...

insyaAllah... :)

aAb'sz0ne said...

RTK stand f0r? bestnye luangkan mase dgn kanak2! :)

nusaibah said...

RTK; Rumah Titian Kaseh..dekat Titiwangsa..mirah pun suka budak2 ek..jom la pegi skali.. ;)

Mujahadah said...

mJ xleh stay, nnt mJ pasti tepaut kat sana juga... :)