Sunday, May 30, 2010

...Pagi yang indah...


Pagi yang indah
Dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah
Terus disambung dengan bacaan lain-lain surah
Bekal untuk hati tenang tiada gundah
Dalam menempuh ranjau kehidupan yang tiada ditempah.

Pagi yang indah
Leka merenung kehijauan pepohonan yang masih diberi ruang untuk berdiri
Asyik menatap langit biru yang masih menjadi paksi bumi
Sayu memandang tanah yang masih menadah derapan kaki manusiawi.

Pagi yang indah
Semuanya kan berakhir
Hingga nanti tiada lagi senyuman yang terukir
Hanya menanti datangnya Mungkar dan Nakir
Jangan nanti kita menjadi orang yang fakir.


Friday, May 28, 2010

...TaWe III : The End...

Taaruf Week dah melangkah pergi.

Berpisahlah semua committee untuk membuat kerja sendiri.

Malam terakhir tiba-tiba jadi sedih dan sepi.

Ada yang menangis, ada juga yang hanya memerhati.

Doa wida’ dibaca dalam kesatuan hati.

Takbir dilaung dengan semangat yang tinggi.

Semua stay di padang walaupun waktu hampir merangkak pagi.

Mengenangkan sebuah persahabatan yang sejati.


Sungguh! Saya rasa sedih bila Taaruf Week melabuhkan tirainya.

Tak dapat saya gambarkan perasaan saya. 

Alhamdulillah, bukan setakat junior je yang dapat kawan baru, saya pun dapat ramai kawan baru.

Dari Nilai mahupun PJ sendiri.

Sebelum ni kalau jumpa hanya senyum terukir di bibir, tapi sekarang siap boleh gelak ketawa.


Asal kapas jadi benang,
     Dari benang dibuat baju;
Barang lepas jangan kenang,
     Sudah jadi orang baru.
Mengapa dirindu?


Ya, mengapa dirindu?

Saya pun tiada jawapannya.

Yang saya pasti, saya rindu awak semua.

Awak yang bergelar sahabat-sahabat saya.


[ Maaf buat registration committee yang tiada dalam gambar]

Wednesday, May 26, 2010

...19 Hadis Nabi Mengenai Wanita...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku Nabi Muhammad S.A.W di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 


~ Sumber: iluvislam.com ~

Sunday, May 23, 2010

...TaWe II...

The end of the three days of registration.

Penat?

Entah la.

Seronok?

Semestinya.


Lepas ni kena tolong unit-unit lain.

Jadi supporting committee untuk unit examination, security and etc.

Tapi dah boleh relax sikit, kalau nak dibandingkan dgn first three days tu.



 ..bertungkus-lumus menyiapkan file..

 ..proses pendaftaran..

 ..breakfast lepas siap kerja..


Kawan-kawan, cantik tak baju batik tahun ni?

Kami dapat free je tau..

 Hehe..



Satu hati

Satu tenaga

Satu niat

Unit registration memang hebat!

Wednesday, May 19, 2010

...TaWe...


Sekarang tengah busy dengan induction.

Lepas ni Ta’aruf Week menyusul.

So, tak boleh nak mengadap laptop lama-lama.


Kawan-kawan,
doakan kami agar boleh buat yang terbaik kali ni.


*       *       *


Saya dapat unit registration.

Jaga pre-counter pulak tu.

Sejuk je dalam AMF nanti.

Kawan-kawan yang kena jaga kat luar, sorry ye.

Saya tak dapat nak bantu.

Hehe   >.<


..menunggu ketibaan brothers..



..rehat kejap lepas buat kerja..


..riadah..



“ Kami Ta’aruf Committees….
Berikrar dan berjanji……………..”

Monday, May 17, 2010

...Selamat Hari Guru...


 “..16 Mei Hari Guru
Hari kito ingat jaso guru
Marilah bersamo
Kito sambut..

Dendangan dikir barat oleh pelajar Form 5 pada tahun 2005. Saya dan rakan-rakan, Form 2, persembahkan sketsa untuk para guru kesayangan. Seronok betul masa tu!

First time saya naik ke pentas untuk buat persembahan, dan saya memang sangat teruja.

Tambah pulak, at the end of the ceremony, kami dinobatkan sebagai naib juara!

Juaranya?

Tentu sahaja senior kami yang Form 5 itu kerana karya mereka yang sangat menghiburkan hati.

Tapi bagi kami, dapat nombor dua pun dah memadai. Budak hingusan baru belajar menonjolkan diri, dapat perhatian ramai pulak tu, memang kami suka!

Masa saya Form 5 pulak, saya dan rakan-rakan MPP jadi committee untuk sambutan hari guru untuk tahun tu. Best sangat!

Dengan sokongan Cikgu Fakrul, guru kaunseling masa tu, majlis sambutan tu jadi happening. Gimik perasmian yang dipersembahkan oleh beberapa pelajar Form 3 memang menjadi.

Sekarang, dah tahun 2010.

Dah 2 tahun tak sambut hari guru. Sedihnya.

Rindu kat guru-guru saya.


*    *     *


Guru kan ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi insan lain?

Betapa mulia hati guru kan?

Sesetengah orang memandang rendah profesion ni.

Patut ke?

Memang tak patut.

Tanpa guru, siapa la kitakan…


*     *     *




Cikgu, saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas didikan dan bimbingan cikgu selama ni.
Saya kenang jasa dan pengorbanan cikgu sampai bila-bila.

..Thanks for everything..


Saturday, May 15, 2010

...Syoknya baca buku...

Awak yang gemar membaca seperti saya, sudah pasti bersetuju dengan kenyataan di atas bukan? [ Siapa setuju, angguk kepala cepat!].

Urm, menariknya tentang buku, makin kita baca, makin banyak yang kita nak tahu kan? Buku kan salah satu wadah untuk menyampaikan informasi kepada manusia yang rajin membelek-beleknya.

Buku kegemaran awak? Majalah? Novel? Saya pula?

Betul tak kalau saya kata ramai yang kurang berminat dengan bahan bacaan berat seperti buku-buku sastera yang banyak di pasaran? Kenapa diam? Diam kan tanda setuju. Awak setuju dengan saya? Diam lagi!

“Karya-karya sastera menembusi batas zaman masing-masing dan terus hidup dari abad ke abad, iaitu hidup dalam ‘maha besar’ dan sering pula dengan kehidupan baru, mereka lebih intensif dan rancak berbanding denagn zamannya sendiri”.

Itu kata M. Bakhtiar [maaf, saya sendiri kurang pasti akan peranan beliau dalam dunia kesusasteraan]. Maksudnya? Karya sastera kini makin maju, selaras dengan gaya pemikiran saya dan awak.

Ramai penulis muda bangkit untuk menyambung perjuangan sasterawan-sasterawan terdahulu dengan cara dan pendekatan yang tersendiri. Betul, bukan semua tulisan mahu pun karya dapat diselarikan dengan minat dan kecenderungan kita. Tapi tidak salah mencuba kan?

Saya suka membaca majalah dan novel yang diterbitkan oleh DBP.

Tahu apa itu DBP?

Ya, saya tahu yang awak sudah pun tahu. Tapi tidak mengapa, ingin saya nyatakan juga. DBP itu Dewan Bahasa dan Pustaka. Pernah beli atau baca karya terbitannya? Sudah tentu!

Jangan silap sangka, bukan saya bersikap pilih kasih. Saya juga gemar membaca karya-karya terbitan syarikat yang lain [banyak sangat kalau nak tulis pun].

Memang saya minat membaca ketika saya kecil lagi [boleh percaya ke?]. Tapi, yang paling kekal dalam ingatan saya, minat saya ke arah sastera mula berputik ketika saya berumur 16 tahun, hasil dorongan guru Bahasa Melayu saya [saya ingin sekali menzahirkan namanya di sini, namun demi menjaga hati sesetengah pihak, terpaksa saya diamkan].

Guru saya itu selalu menyelitkan bicara tentang sastera dalam sesi pembelajaran. Dalam kelas Sejarah sekali pun [guru saya ini juga mengajar subjek Sejarah kepada saya], guru saya selalu menanamkan semangat cintakan sastera! [Sungguh, saya rindu saat itu].

Bermula dari saat itu, saya mula berdikit-dikit mendekati dunia sastera. Masih saya ingat, saya menghabiskan puluhan ringgit untuk memborong majalah Dewan Sastera yang sudah banyak isunya yang saya terlepas. Masa itu saya di Tingkatan 5, sekolah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Kebangsaan di Terengganu Trade Centre [ya, saya anak jati Terengganu. Awak belum pernah tahu kan? Sebab saya tak pernah beritahu].

Saya angkut semua majalah tu ke asrama, terus penuh rak buku. Saya sangat puas hati masa itu, dapat menghabiskan masa dengan majalah yang saya sayang! Kalau diikutkan harga sebenar, saya harus membayar RM6 untuk satu naskhah Dewan Sastera, tapi nama pun pesta buku, banyak diskaun dapat diperoleh. Saya hanya perlu membayar RM0.50 untuk setiap naskhah! Sebab tu saya beli banyak.

Erk?? Panjang la pulak bercerita tentang buku ni. Tak apa kan? Saya tak paksa pun awak meneliti setiap huruf yang saya taip ni. Tapi terima kasih la sebab sudi menahan kantuk di mata untuk menjaga hati saya.
Akhir kata [skema la pulak], mari semua ulat buku, kita perkasakan industri penulisan dan kesusasteraan!

Saya bangga jadi ulat buku!



~ Sikit je lagi, tak boleh nak tahan jari ni dari menari. Novel terakhir yang saya beli, Bedar Sukma Bisu hasil gubahan Faisal Tehrani, saya dah hadiahkan pada sahabat saya. Mulanya dia tidak mahu menerima memandangkan muka kulit novel ini tidak berapa menarik, tapi akhirnya, dia mengaku yang dia suka dengan kisah itu. Betul kata orang putih kan? Don’t judge the book by its cover! ~

Monday, May 10, 2010

...Happy Mother's Day...

Happy Mother’s Day for all mothers in the world…

And for my mother, thanks for everything…

I always love you, as the hour has…


For all your sacrifice
For all your concern and care
For all your good advice
For your love beyond compare
I would sincerely like to convey
My gratitude in every way
Mom, A Very Happy Mother’s Day!

I love you, Mom!

Friday, May 7, 2010

...Ditinggalkan...

Ditinggalkan I
 
[ Gambar: My Eriyl]


Tadi saya pergi main-main dengan Eriyl, anak asuhan saya dan sahabat saya (kononnya la).

Eriyl sebenarnya anak lecturer saya, dan hari ni lecturer saya minta sahabat saya dan saya untuk tengok-tengokkan Eriyl sebab lecturer saya kena jaga exam. Lagi pula, nursery memang dah nak tutup masa tu.

Saya dan sahabat saya apa lagi, ambil kesempatan la.

Ye la, ada ke orang yang kata main dengan baby tak best?

Tak ada kan?

Waktu dah petang, sahabat saya dan saya bawa Eriyl pergi jalan-jalan. Seronok. Eriyl pula tak banyak meragam hari ni. Kalau sebelum ni, Eriyl banyak nangis. Mungkin sebab dia lapar.

Tiba waktu yang dijanjikan, sahabat saya dan sahabat saya kena pulangkan Eriyl pada lecturer saya (apa ni, ingat Eriyl tu barang ke?)

Dan sebelum berpisah, kata-kata yang tak pernah saya duga keluar dari bibir lecturer saya.

Lepas ni awak dah tak boleh jumpa Eriyl dah. Saya dah ambil pembantu rumah”, lebih kurang macam tu la kata lecturer saya.

Oh Tuhan, rasa macam nak tercabut je jantung masa tu. Dah tak boleh jumpa Eriyl? Macammana saya nak hidup ? (Amboi, macam la selama ni kalau tak jumpa Eriyl, tak boleh bernafas).

Tapi serius, memang sedih. Walaupun baru dua kali main-main dengan Eriyl, tapi hati kami dah bertaut. Kan Eriyl kan? Kesian mama kat sini.

Oh Eriyl! Jangan tinggalkan mama.



Ditinggalkan II

Sebelum ni dah banyak kali sahabat-sahabat saya mengajak saya untuk jadi sukarelawan kat kampung orang asli. Tapi, saya menolak.

Sebab?

Mak saya tak bagi kebenaran.

Lagi?

Saya sendiri masa tu tak ada mood sangat untuk berbakti.

Sekarang?

Semangat saya berkobar-kobar untuk pergi, nak menghulurkan tangan pada yang memerlukan, nak menikmati indahnya waktu malam di pedalaman, nak merasa susahnya hidup dikelilingi hutan.

Tapi, malang seribu kali malang! Saya tak boleh pergi!

Kenapa?

Sebab saya ada exam.

Dan saya harus stay di kampus untuk ulangkaji dan ambil paper yang berbaki.

Ya Allah, dulu masa ada peluang, saya tak nak pergi.

Sekarang, bila peluang tu dah tak ada, barulah saya terkapai-kapai.

Sedih!

Saya nak pergi…



Ditinggalkan III

[ Gambar: Sahabat saya yang akan pergi, di sebelah kiri, tudung plain. Sahabat saya yang seorang lagi, ambil kursus dua tahun, sama dengan saya].

Makan malam dengan ex-roommates saya. Sahabat saya ni ambil kursus untuk satu tahun. Maknanya, sem depan sahabat saya dah tak ada kat sini. Sahabat saya akan jadi senior saya pula nanti di main campus.

Makan, borak, gurau senda…

Happy!

Tapi dalam hati, sebak!

Sahabat saya akan tinggalkan saya. Kena tunggu setahun lagi untuk jumpa sahabat saya kembali. Tu pun kalau boleh jumpa. Kat main campus nanti kan ramai orang. Busy pula tu.

Harap-harap Tuhan permudahkan urusan sahabat saya ini, dan insya-Allah kami boleh jumpa lagi. Awak doakan ya.


Satu hari, tiga situasi.

Semuanya cerita sedih.

Kenapa jadi macam ni?

Kifarah dosa saya kot. (Ada kaitan ke?)

Tapi tak apa, ada hikmah di sebalik semuanya.

Insya-Allah.

Thursday, May 6, 2010

...Maafkan aku Tuhan...

Maafkan aku Tuhan

Atas segala noda hitam ini

Tak termampu aku untuk menanggung

Jerih payah ini

Rasa sakit ini

Amat terseksa

Andai aku punya peluang

Ingin ku rebut masa dahulu

Agar aku bisa gembira

Tidak begini

Terus begini

Tuesday, May 4, 2010

...Tengok Wayang...


Awak pernah tengok wayang?

Ramai awak di luar sana akan kata ya, dan mungkin sikit saja yang akan kata tak.

Betul ke?

Entah, saya rasa je.

Tengok wayang kan dah jadi satu trend sekarang ni. Kat tempat belajar saya sekarang pun, boleh kata setiap weekend akan ada student keluar untuk tengok wayang. Lebih-lebih lagi bila ada cerita best kat panggung.

Saya? Memang saya pernah terfikir untuk turut serta, tapi akal saya selalu menidakkan semula.

Best ke tengok wayang tu?

Kat rumah pun kita boleh je tengok wayang kan? On tv, besarkan volume, tutup semua lampu yang ada, nak best lagi buat atau beli je popcorn kat kedai, lepas tu duduk la depan tv tu lama-lama.

Tapi saya tak pernah pun buat macam tu. Nanti family saya kata saya buang tebiat!

Semua orang ada pendapat masing-masing. Ye la, not all people are in the same boat. Nanti karam pulak bot tu kalau semua nak pakat naik.

Bot yang saya naik adalah bot yang menampung manusia-manusia yang mempunyai pemikiran seperti saya. Awak nak naik bot saya juga? Sila, saya tak menghalang. Saya lagi suka sebenarnya.

Prinsip saya mudah, saya tak akan sesekali menjejakkan kaki saya ke panggung wayang. Insya-Allah, Tuhan akan tolong saya untuk saya berpegang dengan prinsip saya ini.

Kenapa saya pilih jalan ini? Tak, saya tak salahkan awak yang suka tengok wayang, dan saya tak juga membenci atau mengutuk awak. Cuma saya lebih selesa dengan pilihan saya ini.

Semua orang pun tahu, panggung wayang sekarang ni dah jadi macam sarang maksiat. Ramai manusia bercouple, berpegang tangan dan etc. Itu semua kan dilarang oleh Islam! Saya tahu, saya bukannya hamba Allah yang suci bersih dan tak terpalit dengan sebarang dosa pun. Atas sebab tu la, saya rasa saya patut menjauhi diri saya dari tempat-tempat yang sebegitu.

Saya tak nak tambah lagi dosa saya. Maaf bagi sesiapa yang terasa. Saya cuma nak nyatakan pendapat saya. Tak salahkan saya bersuara kalau saya rasa tidak selesa?

Tapi tak boleh saya nafikan ramai juga sahabat saya ke panggung wayang dengan family masing-masing. Dah kalau memang itu kenyataannya, tak apa la. Sambil tengok wayang, ukhuwah dengan family members pun bertambah erat.

Yang saya tak suka, yang pergi berdua-dua dengan bukan muhrim. Maaf sekali lagi. Saya tahu, saya tak perfect untuk bercakap pasal ni. Tapi sampai bila saya harus berdiam diri kan?

Mungkin juga post saya kali ini tidak berapa kena dengan objektif saya sebenarnya. Tak apa la, yang penting ada point yang boleh saya dan awak highlight, betul tak?

Sekali lagi, saya minta maaf sangat-sangat bagi yang terguris dengan tulisan saya ni.

\


* Buat sahabat-sahabat saya yang bercouple, saya tak berani nak tegur sahabat secara terang-terangan, tapi sahabat kena tahu, couple tu haram! Berdosa! Semoga satu hari nanti Allah buka pintu hati sahabat untuk berubah. Juga hati si dia yang sahabat sayang tu, dan hati saya. Semoga Allah sentiasa bersama kita untuk menegakkan kebenaran. Maaf sekali lagi.

Monday, May 3, 2010

...Yang Cute...

Ramai sahabat saya sukakan kucing. kata sahabat saya, kucing tu comel, manja dan macam-macam lagi.

Saya? Bukan saya tak sukakan kucing, tapi saya cukup alah dan geli dengan bulunya, lebih-lebih lagi ekor dia.

Saya pun bukannya zalim sangat sampai tak nak mengaku yang kucing tu memang comel. Tapi ada banyak lagi ciptaan Allah yang comel-comel kan? Antaranya, saya! (haha, penyakit saya dah datang balik...)

Okay, serius…


Ladybird

Atau dalam Bahasa Melayunya, kumbang.

Setahu saya, kumbang ni adalah kumpulan serangga yang terbesar. Ada kumbang yang tinggal di daratan, ada juga yang tinggal di lautan. Tak percaya? Betul, saya tak tipu. Makanan dia, biasanya daun-daun dan tumbuhan. Tapi ada juga kumbang yang makan serangga lain.



Kumbang yang comel ni? Saya pun tak tahu apa nama saintifik dia. Yang penting wahai kumbang, awak memang comel!






Mentega terbang

Haa?

Butterfly la…

Macam yang awak semua tahu, rama-rama ada kepak, boleh terbang, hisap madu, ada badan yang berwarna-warni dan biasanya aktif pada siang hari.

Urm, ramai yang tak tahu bezakan rama-rama dengan kupu-kupu.

Mereka ni sama ke?

Tak..

Sesungut rama-rama kebanyakannya lansing dan berbentuk belantan di hujungnya.

Sesungut kupu-kupu pula lebih berbulu.

Tak payah cakap panjang, tatap je gambar mereka. 


              
Atas: rama-rama. Bawah: kupu-kupu.


Penguin



 Penguin termasuk dalam spesies burung yang tak boleh terbang, sama macam ostrich.

Banyak tinggal di kutub utara sebab kondisinya yang sejuk dan bersalji.

Menu harian penguin; ikan, sotong dan hidupan hidup yang lain.

Penguin pun banyak jadi watak utama dalam filem dan buku. Antaranya Surf’s Up dan Happy Feet.



Comelnya mereka…


Ikan


Ikan pun comel? Ya, ikan la yang paling comel . Saya suka tengok ikan berenang-renang, menari-nari dalam air tu.

Bila saya tension, saya suka tengok ikan. Tak kisah sendirian atau berteman, saya pasti akan luangkan masa untuk menjenguk Koizumi saya di dalam kolam.

Koizumi? Itu nama ikan kesayangan saya. Kami mula berkenalan masa saya mula belajar di tempat saya belajar sekarang ni. Sahabat saya pun kenal dia. Bukan tak ada ikan kat rumah, tapi ikan-ikan tu tak sama dengan Koizumi saya.

Tapi sekarang, Koizumi dah tinggalkan saya. Sedih sangat.

Kembali la ke pangkuan saya Koizumi…

Macammana Koizumi boleh tinggalkan saya?

Biarlah ia menjadi memori luka dalam hidup saya..

Walau apa pun Koizumi, awak tetap paling comel berbanding yang lain-lain.

Sunday, May 2, 2010

...Bantu saya...


Sahabat, bantu saya. Saya ingin sembelih cinta dunia, saya ingin lari dari khayalan tak berguna, saya ingin hilangkan fikiran yang melayang pada tempat yang tak sepatutnya, saya ingin dapatkan hati yang baru untuk ganti hati saya yang sering leka, saya ingin betulkan diri saya yang selalu berbuat dosa.

Bantu saya sahabat, jangan biar saya keseorangan. Jangan biar saya hanyut dibawa keasyikan, jangan biar saya tenggelam dalam kelalaian, jangan biar saya lemas dalam kejahilan.

Bantulah saya. Berkeraslah dengan saya jika perlu. Walaupun hati ini mungkin terguris, ia adalah lebih baik daripada membiarkan hati ini menjadi hitam dan busuk.

Bantulah saya. Bawalah saya ke arah cahaya supaya saya boleh tinggalkan gelap yang gelita.

Bantulah saya.

Saya sedang cuba, dan mungkin cubaan ini tidak akan membuahkan hasil andai sahabat tiada di sisi saya.

Bantulah saya. Didiklah saya. Bimbinglah saya.

Tarbiah daripada sahabat amat saya pinta.

... To Get An Ideal Body...

Here is a tip to get an ideal and fit body...



*Drink a portion made up of
  • A pinch of worm fat
  • Two buttered fingers
  • Three coins from a dead man’s pocket
  • Two tea spoons of ‘wishful thinking’
  • Salivary fluid of mine (because I am the White Queen..haha)
  • Hot water


   
~ Plus, don’t ever try to eat upelkuchen…



    

    Effectiveness level : 100%
    Place to get all the ingredients : Wonderland
    Having difficulties?
                    - ask The White Queen

    ~ Wanna try?