Saturday, July 31, 2010

Status Pengabai Solat

Dalam suatu riwayat telah dinyatakan bahawa seorang sahabat bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya dia dikurniakan seorang anak. Akhirnya, setelah bertahun2 isterinya tidak hamil, Allah S.W.T mentakdirkan isterinya hamil dan melahirkan zuriat. Dia mencari anjing hitam untuk mendapatkan air kencingnya. Setelah berusaha mencari anjing hitam, dia segera menadah air kencingya dan cuba meminumnya. Akibat bau busuk yang amat dan kekotoran air kencing itu menyebabkan dia tidak mampu meminumnya. Lalu dia bertemu dengan Rasulullah.

Lalu Rasulullah S.A.W menjelaskan nazarnya itu tidak sah, kerana nazarnya berkaitan dengan perkara haram. Dari segi hukumnya, meminum air kencing adalah haram, maka secara langsunya nazar itu tidak perlu ditunaikan. Namun, nazarnya boleh ditunaikan dengan pergi ke rumah orang Islam yang tidak bersolat. Apabila hujan turun, ambillah air hujan yang mencurah turun dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari atap rumah orang yang tidak bersolat itu menyamai dengan air kencing anjing hitam.


‘Amalan terawal yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak ialah solat’



*   *   *


First time saya dengar kisah ini adalah melalui sahabat saya.
Kemudian, saya jumpa lagi kisah ini dalam sebuah buku.
Jadi, saya kongsikan dengan kawan2 yang belum tahu.



*   *   *


Selamat Hari lahir buat sahabat saya ;
Azlina Abdul Rahman.

Semoga diberkati oleh Allah sentiasa. :)



Friday, July 30, 2010

Rindu Arwah Nenek


2 Januari 2009

Waktu subuh

Arwah nenek tiba2 diserang angin ahmar. Tiba2 rumah jadi gempar. Saya yang masih mamai semakin terpinga2. Saat melihat nenek, perasaan aneh mula terasa.



2009

Waktu petang

Nenek, adik dan saya bersama2 di anjung rumah. Adik dan saya bergilir2 memicit dan mengurut nenek. Kami meminta nenek bercerita tentang masa mudanya. Alhamdulillah, walaupun tidak mampu bergerak, nenek masih boleh bercakap. Lepas satu2 kisah dirungkai. Bila nenek selesai bercakap, kami minta nenek bercerita tentang hal yang lain pula. Kata nenek, dulu nenek dan arwah datuk ke pasar bersama2. Datuk mengayuh basikal, dan nenek diam di belakang. Kadang2 mereka gunakan bot untuk ke destinasi yang lain.

Saya bertanya, adakah nenek berhias untuk datuk, dan jawab nenek, sememangnya kita kena berhias untuk suami. Nenek sering juga memakai lipstik di bibir untuk kelihatan lebih manis di hadapan datuk. Bila datuk pulang dari sungai, datuk akan memanggil nenek dan berhenti mengambil angin di tangga rumah. Nenek pula akan datang membawa kopi untuk melegakan haus di tekak datuk.

Adik dan saya sangat seronok mendengar cerita nenek. Sejak nenek jatuh sakit, belum pernah kami berborak selama ini. Kemudian mak datang dan meminta kami berhenti bertanyakan soalan pada nenek. Kesian nenek, haus kerana begitu banyak bercakap petang tu. Bila mak hulurkan air, nenek minta segelas lagi.



30 Julai 2009

Saya sedang menyiapkan tutorial Maths dengan rakan2 di bilik apabila saya mendapat mesej daripada abang.

   “ Tenang ya. Nenek tenat sekarang ni”.

Tanpa berfikir panjang, saya terus mendail handphone mak. Kakak yang mengangkat telefon, dan terus meminta saya untuk menelefon kemudian. Talian dimatikan.

Beberapa minit berlalu, saya mendapat call daripada ayah.

   “ Nenek dah tak ada…”

Malamnya, saya bertolak pulang. Alhamdulillah, saya sempat melihat jenazah buat kali terakhir.



30 Julai 2010

Hari ni setahun arwah pergi meninggalkan kami. Setahun itu jugalah, kami tidak mendengar suara arwah membaca Qur’an, tidak melihat wajah redupnya, tidak dapat bersalam dan mencium pipinya. Sungguh, saya rindu Arwah nenek.
 
Al-Fatihah buat Arwah di alam sana.

Wednesday, July 28, 2010

Hijab

How charming is the muslim girl,
behind the scarf just like the pearl,
The florid face and twinkling eyes,
for the love of God she always hides,
from the lustful glance of sinful heart,
to wear the scarf is really smart,
the worth of beauty lies in it,
that is what says all my wit.

by abdullahmohiuddin


*   *   *


Alhamdulillah.
Terima kasih Allah atas anugerah ini.



* Better jadi obor2 daripada jadi ikan duyung.


Tuesday, July 27, 2010

Hati Ini

Bisikan hati merantai diri
Mencari di mana penawar hati
Tenggelam dek arus sepi
Bersama sang angin belayar pergi.

Hati ini
Letaknya pelita iman
Tatkala ku biarkan dosa bergelumangan
Jiwa mula dihimpit kesedaran
Mencari keredaan yang didambakan
Agar tidak hanyut dek nafsu syaitan.


 dsasmei..


Monday, July 26, 2010

Tiga Perkara

Rasulullah S.A.W bersabda:


3 Perkara Yang Menyelamatkan,

1. Takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai.
2. Berlaku adil ketika suka dan marah.
3. Berjimat-cermat ketika susah dan senang.


3 Perkara Yang Membinasakan,

1. Mengikut hawa nafsu.
2. Terlampau bakhil.
3. Kagum pada diri sendiri.




' Tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat... '


Sunday, July 25, 2010

Sesuatu

Berjalan2 di bumi Allah atas satu urusan.


Sahabat berkata,

“Mungkin Allah saja nak bagi kita rehat dengan bagi kita masa untuk jalan2 macam ni. Boleh lupakan kejap hal2 yang memeningkan kita.”


Saya tersenyum.

“Bagi saya, masa untuk saya rehat ialah bila saya duduk kat bilik tanpa saya buat apa2. Kalau ada pun yang saya buat, mungkin saya akan baca buku2 yang saya suka. Tak pun saya akan baca novel. Barulah jiwa dan minda rasa tenang.”


Sahabat memandang saya.

“Tahu tak, Rasulullah S.A.W hanya berehat untuk solat.”


Saya terdiam.


Subhanallah!



*Jahilnya diri kerana tidak mahu mencari.


Friday, July 23, 2010

Lagu Kenangan


"Awwalu yaumin la ansahu
Fi madrosati toba sanahu
Ahmilu kutubi fi mahfazoti
Ahmilu darbi ya madrosati

Bismillahi abdau darsi
Hubbul ilmi ya madrosati…"

Ini lagu yang Ustazah Mastura ajar kami masa kat sekolah. Lagu Madrosati, or in BMnya, Sekolahku. Time ni kelas Bahasa Arab. Sebenarnya bukan Ustazah Mastura yang ajar kami, tapi saya sendiri lupa kenapa Ustazah Zairah yang ajar kami tak dapat datang. Tak kisahlah, asalkan kami dapat ilmu tu.


Sepanjang saya belajar di sekolah menengah, banyak kali juga kelas saya disuruh menyanyi. Kalau tak menyanyi pun, kena dendangkan Asma Ul-Husna kuat2. Saya ingat lagi, masa tu Arwah Ustazah Tuan Maznah yang ajar kami. Arwah suruh kami lagukan 99 Nama Allah tu sampai Arwah puas hati. Banyak kali kami kena ulang, sampai betul2 satu sekolah tu dengar suara sumbang kami. Ustaz yang lalu tepi kelas kami pun menjeling, tanda kami mengganggu ketenteraman kelas2 lain. Hehe. Tapi sekurang2nya, kami dendangkan sesuatu yang bermakna, bukannya terpekik terlolong tak tentu pasal kan?


Masa kelas Miss Zoe pulak, kami kena nyanyi lagu Bahasa Inggeris. Tengok, walaupun suara kami sangat2 sumbang, orang Amerika pun nak dengar suara kami menyanyi. Miss Zoe masa tu siap bawa radio lagi untuk bagi kami dengar muzik tu. Kami pun ikut je Miss Zoe, melagukan bait2 Big Yellow Taxi walaupun itu kali pertama kami dengar lagu tu.

"Don't it always seem to go
That you don't know what you got
till it's gone.
They paved paradise,
to put up a parking lot..."


Masa Ujian Lisan Bahasa Inggeris, kami menyanyi jugak. 

"Ten little ducks
going down to swim
tall one fat one
short and thin
but the one little duck
with the feather on his head
he heard another with a quack quack quack..."


Tapi lagu ni bukan group saya yang nyanyi.
Group saya nyanyi lagu lain, lagu dari Westlife yang kami ubah liriknya.

"We are girls
You are boys
We are happy family
And we hope at the end
We’ll get wonderful result..."

Kelakar sangat bila ingat balik.
Masing2 ada gaya dan lenggok tersendiri masa menyanyi tu.




Urm, banyak lagu, banyak kenangan.
Kenangan manis yang mengiringi kehidupan.
Kenangan yang tak manis tapi tetap tidak mahu dilupakan.



Kawan2 ada lagu kenangan?


Wednesday, July 21, 2010

Amanah Itu



Amanah tu sesuatu yang sangat berat.
Sesuatu yang harus kita pikul dengan penuh rasa tanggungjawab.
Kalau langkah kita silap, susah untuk kita putar untuk ia kembali elok.
Kadang2 rasa diri tak mampu, tapi Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita.
Ujian demi ujian yang datang sebenarnya untuk menduga dan menilai kita; kesabaran, keredaan, ketabahan, kekuatan dan semuanya harus bersatu.
Betul, pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang.
Teruskan langkah kita, padukan tekad kita, sebab amanah bukan beban, bahkan ia satu kemanisan. Kemanisan yang kita tidak akan rasa kalau kita tak lapangkan dada untuk menerimanya.


*   *   *

Kadang2 Allah sembunyikan matahari. Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya2 ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi.



Khas untuk Uda;
Adik gembira melihat pelangi Adik kembali ceria, dan semoga pelangi tu sentiasa ada.
Adanya pelangi tu bukan untuk Adik, tapi untuk semua yang memerlukannya.
Uda, susah senang kita tetap bersama ok?..

*   *   *



Sorry for all.
May Allah bless  :)


Monday, July 19, 2010

Layar Keinsafan


Kadang2 kita insaf selepas melakukan sesuatu kesalahan.

Tapi kadang2 jugak, kita kembali mengulangi kesilapan tersebut.

Bila kita nak betul2 insaf?

Atau dalam erti kata lain, bila kita nak bertaubat dengan taubat nasuha?


*   *   *


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Untukku belayar

By: Mestica
*   *   *


Pimpinlah kami Ya Allah…


Saturday, July 17, 2010

Hibrid Cinta


Saya rugi kali ni.
Betul2 rugi.

Kenapa saya rugi?
Sebab saya tak dapat join program ni daripada awal.

Kenapa saya tak dapat join program ni daripada awal?
Dah2, saya tak nak cerita pasal ni. 

Saya nak cakap pasal HIBRID CINTA!



Tau apa itu Hibrid Cinta?
Ini la nama program yang kami, PNK PERKIM adakan baru2 ni.
Maksudnya ala2 Jalinan Kasih.
Saja nak bagi dengar lain sikit.
( Credits to my Uda for this bombastic name. )

Program ni diadakan selama 2 hari di Rumah Jagaan Sri Sabah, Cheras.

Alhamdulillah, sepanjang program, semuanya berjalan lancar. Tipu la kalau saya cakap tak ada masalah langsung kan, tapi berkat usaha semua komiti yang terlibat, program ni berjalan macam yang kami rancang.

Hari pertama, kami adakan LDK dan sesi taaruf. ( Masa ni saya tak ada kat tempat program, jadi saya tak dapat nak elaborate lebih ).

The next day, aktiviti dimulakan dengan qiam, dan diteruskan dengan senamrobik, explorace dan macam2 lagi. Lepas Zuhur, kami adakan persembahan pentas. Anak2 yatim yang buat persembahan semuanya happening. Subhanallah, mereka sungguh menghiburkan kami. 
( Sepatutnya kami yang kena hiburkan mereka kan? Tak apa la.. )

Macam biasa, setiap pertemuan ada perpisahan. Tangisan dan kesedihan tu memang dah jadi lumrah. Tersentuh tengok adik2 ni menitiskan air mata masa kami nak balik. Bukan setakat adik2 perempuan je, ada jugak adik2 lelaki yang turut menangis. Antaranya seorang adik lelaki yang menangis sebab penselnya hilang. Hehe, agak kelakar. Tapi biasa la, budak2 kan…


 akak2 komiti dengan adik2

 suasana dalam dewan

fasi2 dengan group masing2

adik ni dapat hadiah lucky draw

sempoi boys sweet girls; the best group

penghargaan buat rumah jagaan flat sri sabah

bersalam-salaman

komiti2 bergambar kenangan
( abaikan objek2 yang perlu ya )


Kalau kawan2 perasan, gambar2 ni semua diambil dalam dewan.
Sebabnya ini je gambar yang saya sempat snap dengan phone saya.
Gambar2 lain ada dengan rakan2 saya.
^_^


*   *   *


Sahabat2 saya yang lain masih berjuang di Madrasah Ar-Rahmaniyyah dan Ulu Yam.
Permudahkan urusan mereka Ya Allah...



Wednesday, July 14, 2010

Ketentuan Allah

Itik mempunyai leher yang panjang
dan mengeluarkan bunyi yang bising



Katak mempunyai leher yang pendek
tetapi mengeluarkan bunyi yang kuat



Zirafah mempunyai leher yang panjang
tetapi tidak mempunyai suara yang lantang



Mengapa??




Segala yang ada di dunia ini semuanya kehendak Allah, semuanya kerana Allah.
Firman Allah 'kun fayakun', maka jadilah ia dengan kehendak Allah.
Setiap apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

Allah juga menciptakan kita bukan dengan sengaja,
tetapi ada sebabnya:

'Dan Allah tidak menciptakan jin dan manusia itu selain untuk beribadah kepadaNya'
( Az-zariyat )



Maka, ambillah pengajaran.


Tuesday, July 13, 2010

Dette à payer


Remember my promise before?

I promised to show you some of the pictures when I was in Baling, Kedah.

So, here they are…


 kat dusun


makan durian


makan durian lagi
tapi kali ni kat rumah, bukan kat dusun

para wanita di dapur


yang ni saya lupa nama dia apa


wawancara dengan wakil penduduk di perkampungan orang asli


anak2 yatim di Rumah Gemilang


rombongan dan penduduk kampung



Urm, I think these are enough.
Sorry if these pictures do not satisfy you.
>.<



Monday, July 12, 2010

Sayang Sahabat





Saat diri melihat sahabat2 bergembira,
Hati ini terasa sayu.

Saat melihat sahabat2 tersenyum,
Jiwa ini masih diselubung pilu.


Tulahkah ini?


Adik bukan macam Along yang tegas,
Adik bukan macam Angah yang berpendirian tetap,
Adik bukan macam Alang yang kuat,
Adik bukan macam Ateh yang banyak beringat,
Adik bukan macam Ucu yang selalu bersemangat,
Adik hanyalah Adik.

Ya, Adik memang manja.
Selalu bergantung harap pada sahabat2 dalam semua benda.
Kisah hati yang berduka, Adik coretkan pada semua.
Namun bila adik diselimuti bahagia, adik tak curahkan segalanya.

Maafkan Adik sahabat2.
Kalian sentiasa ada apabila Adik perlu,
Kalian sentiasa ada apabila Adik merindu,
Kalian sentiasa ada walaupun Adik membisu.

Adik sayang Along yang selalu mengizharkan kata2 cinta buat Adik.
Adik sayang Angah yang selalu mentafsirkan kata2 pengubat lara Adik.
Adik sayang Alang yang selalu menyokong dan menasihati Adik.
Adik sayang Ateh yang selalu membuat senyuman terukir di bibir Adik.
Adik sayang Ucu yang selalu buat Adik sedar akan kekhilafan Adik.
Adik sayang semua.

Adik ingat lagi pesan kalian,
“Be a strong muslimah and a strong Adik”.

Insya-Allah, Adik tidak akan menangis lagi.
Tapi kalau Adik menangis juga, kalian sentiasa ada untuk Adik kan?

Terima kasih semua…
Adik sayang kalian…


Buat Uda, Achik, Anje dan Aniq;
Kita tidak selalu bersama. Namun percayalah, kalian sentiasa ada di hati Adik.
Adik sayang kalian selamanya…


Ukhuwah fillah
tidakkan musnah
walau badai mendesak
tautan erat
tak mungkin patah
dengan ismullah
kita berbai'ah.


Dijodohkan di Syurga



Dikisahkan daripada Raja’ bin Umar An-Nakha’i, “Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya buat pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak melihat pemuda itu. 

Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah ditunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya: “Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya, “Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata, “Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya, “Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair: 

Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya, “Di mana engkau berada?”
Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair: 

Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu, wahai kekasih.

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya, “Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya, “Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.


 sumber: dakwah2u



Sunday, July 11, 2010

A to Z


A is for Allah

Lord of the Universe, who is One
He made the earth, stars, and sun
He made angels to worship and pray
He made man from a dab of clay


B is for Bilal

Bilal is that tall, brave African man
Islam freed him and gave him iman
Calling the Muslims to come and pray
Was his duty each night and day


C is for Children

Black, white, red, yellow, and brown
Better than the jewels in a crown
Laughing or crying, short or tall
Allah loves children, one and all


D is for Du'a

Remembering Allah all nights and days
By giving Him our thanks and praise
Thank Allah with "Al Hamdulillah"
And praise Him with "Subhanallah"


E is for Earth

With its mountains, rivers, and seas
Animals, birds, fruits, and trees
They all declare Allah's Might
Following His laws, wills, and light


F is for Faith

That which the Muslims call Iman
Is in the heart of the believing man
Will come from his lip and hand
Love for Allah pouring out like sand


G is for Gabriel

An angel (called Jibraeel in Islam) created by Allah from light
His duty is to serve Allah all day and night
To Prophet Muhammad (S) he did appear
To bring mankind the Holy Qur'an so dear


H is for Heaven

God's garden of joy, peace, and love
The home for Muslim's souls above
The path to this heavenly place
Is faith in Allah's guidance and grace


I is for Islam

A way of life for all of who
Give to Allah the praise that is due
We worship and pray five times a day
Because we know it is the best way


J is for Jesus

Peace be upon him, 'Isa, the son of Maryam
To his people Allah's word did he carry
By Allah's help, he made the sick well
So people would believe what he had to tell


K is for Ka'bah

First house of Allah in Makkah was made
By Ibrahim and Isma'il the stones were laid
Millions of believers from every race
Come for Hajj tot his extra special place


L is for Life

A precious gift from Allah to you
Don't waste it, he knows what you do
Don't chase pleasure or forget Allah
No matter how little, say "Alhamdulillah"


M is for Muhammad

Peace be upon him, Abdullah's son
From Allah's enemies he did not run
Of all the Prophets, he was the last
Islam his message which we hold fast


N is for Nuh

Peace be upon him, a Prophet who was very good
Allah told him to build an ark, fast as he could
Take pairs of animals and the believers-all
The flood was coming and the waves would be tall!


O is for Obedience

It is the duty of each Muslim to obey
The Qur'an and the Sunnah all the way
Go for Hajj, give Zakah, fast, and pray
And to your parents do not say, "Nay!"


P is for Prayer

It is the cornerstone of Muslim life
And the devil it cuts like a knife
Prayer five times a day is a must
In Allah, you should put your trust


Q is for Qur'an

A blessing and guide for all of mankind
In it Allah's message you will find
Of all His messages, it is the last
Perfect for present, future, and past


R is for Ramadan

For Muslims this blessed month of fasting
Is to celebrate Allah's love everlasting
All day, no food, nor drink, nor evil deeds
Pray and read Qur'an, to heaven this leads


S is for Surah

One hundred and fourteen in the Qur'an
Read them and trust in Al-Rahman
Do you know ten of them that you can say?
Knowing them will help you pray


T is for Tawheed

La ilaaha illallah, Allah is the only one
There is no partner with Him, nor son
Allah is the answer to all that we need
Watch your heart and tongue, He knows every deed


U is for Ummah

The Muslim community, which Muhammad (S) found
The brotherhood of Islam made it sound
Allah's laws in the Qur'an and Sunnah
Are to help everyone in the Ummah


V is for Victory

It is the help from Allah to you
His guidance in everything you do
Work and prayer a Muslim does need
To celebrate Allah's victory, indeed!


W is for Wudu'

We must keep our minds and bodies clean
Because by Allah we are always seen
Whenever you hear the call of athan
Prepare and come pray as soon as you can


X is for ......

X is not easy for us to rhyme
So, we'll not waste much of your time
In higher math, X is hard to find
But Allah's path is clear even to the blind


Y is for Yunus

Peace be upon him, a good man in a wicked town
He ran to the sea and a whale gobbled him down
By the mercy of Allah, he was saved to tell
His people to become good and obey Allah well


Z is for Zero-sin

It is the way we each begin
Free from worldly sin
So, don't let yourself forget
Keep out of the devil's threat!


*   *   *

Just got back from CM.
Bought many things for the coming MMI.

AGM PERKIM 2010


Date : 7th July 2010
Day : Wednesday
Time : 8.00 to 11.00 pm
Venue : AMF Hall
Mood : Both happy and sad


A picture paints a thousand words.

So, let's begin..

before


climax


after



( Thanks God, at last I can upload the pictures)




The End



p/s: the orphans at flat sri sabah are waiting for me...


Saturday, July 10, 2010

Deja Vu



Déjà vu or promnesia is the experience of feeling sure that one has witnessed or experienced a new situation previously (an individual feels as though an event has already happened or has happened in the recent past), although the exact circumstances of the previous encounter are uncertain. 
( source: wikipedia)


Have you experienced déjà vu before?

I don’t know mine either.
 
But I dreamt. 

My dream was about my friend. I saw her meeting a friend in front of the clinic at my univ. She wore a purple long shirt with the black scarf on her head. While her friend, a guy, was wearing a white shirt. They were talking to each other.


And guess what?

It did happened!
 
I really saw them in my real life.
It was the same. She dressed in purple, and he wore the same shirt.



I’m still thinking, is it déjà vu?



7 Jenis Mayat Di Dalam Kubur



Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat

Semasa hidup, dia telah melakukan perkara syirik kepada Allah. 
Kawan2, syirik ini jangan dibuat main2. Syirik ialah dosa yang paling besar dalam Islam. Orang yang syirik kekal dalam neraka buat selamanya.


Mayat yang mukanya berbentuk khinzir

Semasa hidup, dia tidak melakukan dan tidak menjaga solat lima waktunya. 
Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.


Mayat yang kepalanya menjadi batu yang hitam legam

Semasa hidup, dia derhaka kepada kedua2 ibu bapanya.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah juga terletak pada kemurkaan ibu bapa.


Mayat yang perutnya buncit dan meletup

Semasa hidup, dia suka makan harta yang haram seperti makan harta anak yatim, makan hasil curi, rompakan dan sebagainya.


Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya

Semasa hidup, dia suka berkelahi serta mengata dan mengumpat orang.


Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan bau air itu lebih busuk daripada bangkai

Semasa hidup, dia suka makan harta riba’.


Mayat yang wajahnya tersenyum
 
Semasa hidup, dia berilmu dan sentiasa beramal soleh.




Kita nak jadi mayat yang macammana?

Friday, July 9, 2010

Blood Type


the picture got nothing to do with the title above


There are four major blood types. A, B, AB and O. Each of these four types is then classified into two, whether it is Rhesus positive or negative.


A can receive from and donate to A and O.
B can receive from and donate to B and O.
AB can receive from A, B, AB, and O and can donate to only AB (universal recipient).
O can receive only from O and donate to A, B, AB and O (universal donor).
 

And Rhesus positive only with positive, negative only with negative.


For more information, A is actually genetically can be AA or AO. B is actually BB or BO. 
AB is actually AB or BA which are actually the same. O is actually OO.


If we know the blood type genetically from mother and father,
we can predict the blood type of the children by crossing each one of the letter in genetic blood type of father with each one of the letter in genetic blood type of mother.

For example, if father is AO, mother is BO, the children would be AB, AO, BO, and OO. So, the general blood type of children would be AB, A, B and O.

If father is AA, and mother is OO, the children would be, AO, AO, AO and AO. So all the children would have the blood type A.


What is your blood type?   :)


The Sky at Night



Little stars up in the sky
you light the heavens way up high.
Allah has placed you there to shine
you are amongst His wondrous signs. 

Big yellow moon with silvery light
you shine for travelers in the night
remember how once you split in two
obeying our Prophet for all to view. 

Then as your term has been ordained
your luster fades and starts to wain,
then you become a crescent small
at other times you're not there at all!


 Oyasumi...



-tinse-


Thursday, July 8, 2010

Nikmat & Musibah


Semua orang di dunia ni pernah rasa macammana gembiranya bila mendapat sesuatu nikmat, dan betapa sedihnya bila mendapat sesuatu musibah.

Betul kan?

Nikmat tu buat kita girang, senang, dan seronok. 

Bila kita dapat satu musibah, kita mula berduka, muram dan murung.


Urm , kita tahu ke sebenarnya dua2 ni merupakan ujian buat kita?

Ya, nikmat dan musibah adalah ujian yang Allah bagi pada kita.



‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," 
sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.’
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)



Bila kita diberi nikmat, Tuhan nak uji kita sama ada kita bersyukur padaNya atau kita just biar benda tu berlalu macam angin yang bertiup je.

Tuhan bagi musibah pulak untuk uji kita sama ada kita boleh menghadapinya dengan redha dan tanpa merungut atau menyalahkan takdir yang telah ditetapkan olehNya.


Rata2 manusia kat muka bumi ni ingatkan Tuhan bila ditimpa musibah je kan?
Saya pun macam tu. Bila hati dah tak mampu nak senyum, baru nak ingat kat Dia. Tu la salah kita, tak menyerahkan segala2nya padaNya. Sedangkan kita tahu, kalau kita hanya bergantung harap padaNya, insya-Allah kita boleh hadapi semua nikmat dan musibah dengan tenang.



Awak dan saya, kita semua milik Allah.
 
Kembalilah padaNya.




‘Kehidupan di dunia adalah laksana lautan yang jarang tenang. Airnya beriak terus, bergelombang dan berombak. Kesusahan terletak dalam kemudahan, dan kemudahan pun terletak dalam kesusahan.’
- Hamka-



( Saya rasa saya masih lagi beremosi ketika menulis entry ni. Tapi emosi tu perasaan kan? So rasanya saya masih normal sebab saya masih punya perasaan. Maaf, mengarut lagi )

Wednesday, July 7, 2010

Mata Ayah


Kujabat mesra tangan ayah
urat2 daging tua keras terasa
mataku tersenyum, mataku menyapa
anak yang pulang disambut mesra.

Tapi matanya, mata yang menatapkan
kolam2 derita dan pudar bulan pagi
garis2 putih lesu melingkungi hitam suram
suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu.

Kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata2 riang
memintaku pulang menikmati beras baru.

Anak yang pulang di sisi ayahnya, maka akulah
merasakan kepedihan yang tercermin di mata
meski kain pelikatnya bersih dalam kesegaran wuduk
dan ia tak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.


- Usman Awang, Bahasa Alam -


*   *   *


Seingat saya, sajak ni ada dalam silibus pelajaran saya masa sekolah menengah dulu.
Saya belajar sajak ni masa saya form 3.
( kalau tak silap la )

Saya suka sajak ni.
Sajak ni mengingatkan saya pada ayah saya.
Urm, rindu kat ayah.
Mak pun saya rindu jugak.




( Dua2 gambar ni saya snap masa kat stesen minyak )


Ok, kesimpulannya, entry ini agak mengarut.
Cuma nak menyatakan rindu seorang anak terhadap ibu bapanya.
Sekian  0_o



Tuesday, July 6, 2010

Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan bersuci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci”.


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia’”


3. Orang-orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang-orang) yang berada pada saf-saf terdepan”


4. Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”


5. Para malaikat mengucapkan ‘Amin’ ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu”.


6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia”)


7. Orang – orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjama’ah
.
Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?’, mereka menjawab, ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, “Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan’”


9. Orang-orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak’. Dan lainnya berkata, ‘Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut’”


10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang sedang makan sahur”


11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga malam dan di waktu malam hingga subuh”


12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, “Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain”



sumber: delss.wordpress.com