Saturday, July 31, 2010

Status Pengabai Solat

Dalam suatu riwayat telah dinyatakan bahawa seorang sahabat bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya dia dikurniakan seorang anak. Akhirnya, setelah bertahun2 isterinya tidak hamil, Allah S.W.T mentakdirkan isterinya hamil dan melahirkan zuriat. Dia mencari anjing hitam untuk mendapatkan air kencingnya. Setelah berusaha mencari anjing hitam, dia segera menadah air kencingya dan cuba meminumnya. Akibat bau busuk yang amat dan kekotoran air kencing itu menyebabkan dia tidak mampu meminumnya. Lalu dia bertemu dengan Rasulullah.

Lalu Rasulullah S.A.W menjelaskan nazarnya itu tidak sah, kerana nazarnya berkaitan dengan perkara haram. Dari segi hukumnya, meminum air kencing adalah haram, maka secara langsunya nazar itu tidak perlu ditunaikan. Namun, nazarnya boleh ditunaikan dengan pergi ke rumah orang Islam yang tidak bersolat. Apabila hujan turun, ambillah air hujan yang mencurah turun dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari atap rumah orang yang tidak bersolat itu menyamai dengan air kencing anjing hitam.


‘Amalan terawal yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak ialah solat’



*   *   *


First time saya dengar kisah ini adalah melalui sahabat saya.
Kemudian, saya jumpa lagi kisah ini dalam sebuah buku.
Jadi, saya kongsikan dengan kawan2 yang belum tahu.



*   *   *


Selamat Hari lahir buat sahabat saya ;
Azlina Abdul Rahman.

Semoga diberkati oleh Allah sentiasa. :)



No comments: