Tuesday, June 22, 2010

...Notifiqueme...


Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan Tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,
Dengarlah dan bacalah al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh hindustan.

Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Tika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah kerananya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa
kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-gala,
Dialah tumpuan.

Tolong ingatkan saya,
Kerana saya lemah bila bersendirian.


*   *   *


Ingatkan saya juga,
Berusaha selagi terdaya,
Jangan mengalah sebelum waktunya,
Kerana saya tidak mahu berduka.



*   *   *


2-3 hari lepas, saya dapat pesanan daripada ketua saya.
Ketua saya ajak saya pergi Kedah minggu ni.

Ops, jangan salah faham.
Kami bukan berdua.

Dia ajak saya pergi ke rumah anak-anak yatim dan fakir miskin kat sana.
Program ni Kelab PERKIM yang handle.
5 brothers and 5 sisters yang akan pergi.

Perasaan saya?
Ya Allah, saya suka sangat2.
Tak sabar nak pergi sana.

Semoga Tuhan permudahkan urusan kami,
dan harap2 la program ni jadi...
Insya-Allah..
(^_^)




No comments: