Monday, June 28, 2010

...Penat tapi seronok...

Alhamdulillah, saya dan sahabat2 yang lain dah balik dari Kedah. 
Macam yang saya kata kat atas, saya penat tapi seronok. Kami sampai kat UIA semalam kira2 pukul 10 malam. Sebenarnya dah sampai kat KL ni lebih kurang kul 6 petang, tapi kami singgah di rumah seorang kawan Abah yang jemput kami makan bersama2 kat rumah beliau.

Cerita tentang kisah kami di Kedah, memang seronok! 
Kami tumpang tidur di rumah kenalan Abah kat sana. Malam tu jugak la kami pergi 'mencandit' ikan. Biasa kita dengar 'mencandat' sotong je kan? Tapi ni lain. Saya pun first time dengar perkataan ni.

Keesokan pagi baru la kami meronda2 mencari perkampungan orang asli di kawasan Sik. Lepas banyak kali berhenti untuk bertanya jalan, akhirnya kami sampai la jugak. Kami terus mewawancara seorang wakil dalam kalangan mereka. Banyak maklumat yang kami dapat.

Selesai dengan tugas tu, kami teruskan perjalanan menuju ke rumah anak2 yatim. Tiba di sana, kami berjumpa dan bercakap2 dengan adik2 di sana. Suasana ceria je atas jasa Abah dan seorang sahabat kami.

Malam menjelma, kami bersama2 makan lemangyang dibakar oleh penduduk kampung dan sahabat2 kami.
Layanan penduduk2 kampung kat kami sangat2 la istimewa. Rasanya dah tak ada ruang dalam perut kami nak isi makanan lagi. Sangat2 kenyang. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.

Nak cerita semua memang banyak, tapi ada kerja lagi yang harus saya siapkan. Lagi pun, korang yang membaca ni mesti boring dengan cerita saya yang tak ada motif ni. So, saya stop dulu.



*   *   *



'Kehidupan yang sebenar akan bermula selepas kehidupan sementara berakhir'
- Kredit untuk ketua saya atas kata2 ni..



( Gambar lain kali ya.. )





No comments: