Monday, June 7, 2010

Terima Kasih Mak, Terima Kasih Ayah



“Esok 7 haribulan 6 kan? Mak ucap terus la. Happy birthday. Moga panjang umur, study elok-elok, jadi anak yang solehah…” bicara ibu saya pada pukul 8.42 malam semalam. ( Saya dah ubah sikit dialognya, bimbang kawan-kawan tak faham loghat Terengganu ni. )


‘ Happy birthday to you. Daddy love you. ‘ mesej daripada ayah saya yang saya terima pada pukul 10.57 malam semalam. ( Ayah saya bukan orang putih tau. Saja nak speaking sekali-sekala. )



Hari ni, 7 Jun 2010. Bukan niat saya untuk hebohkan tarikh bermakna ni, tapi saya perlu zahirkannya atas sebab tertentu; saya ingin nukilkan apresiasi buat mereka yang bersusah-payah untuk saya selama ni.


My parents!

Terima kasih atas segalanya buat emak dan ayah.



 Emak dan ayah
Anakmu ini tidak pandai menyulam kata
Anakmu ini tidak pandai berkias bicara
Anakmu ini tidak pandai mengait bahasa
Namun emak dan ayah
Anggaplah nukilan ini yang terbaik daripadaku
Walaupun cacat celanya sentiasa boleh dihidu.

Sekalung honorarium ku utuskan buatmu emak dan ayah
Atas segala jerih dan payah
Atas segala perit dan susah
Atas segala kasih yang dicurah
Atas segala kemewahan yang diserah
Atas segalanya yang dianugerah.

Daku amat bersyukur kepada Ilahi
Dikurniakan kalian yang sangat memahami
Cinta dan sayang yang tidak terperi
Sesuatu yang tidak pernah akan ku kesali.

Terima kasih emak dan ayah,
Kalian anugerah yang sangat indah.

Terima kasih emak dan ayah!

2 comments:

radhiahsyahida said...

happy birthday ibah!
may Allah bless ur life n all deeds.
inshaALlah

shy said...

terima kasih kak..
may Allah bless u too.. =)