1. Turning point.
Saya masih tidak mempunyai konklusi sebenar akan apa yang terjadi, namun saya kira, insya-Allah ia adalah satu perubahan ke arah yang lebih baik. Kadangkala letih dan penat yang menduga dapat saya tepis dengan tenang ditemani senyuman. Kadangkala saya dijentik hiba dan hanya bangkit jika ada tangan yang menghulur. Bukan auta, saya lemah bila bersendirian. Teruslah menyokong saya dari hadapan dan belakang, sehingga saya boleh benar-benar berdiri dengan penuh keyakinan.
2. Terharu.
Sudah lama saya mengesaninya, namun akhir-akhir ini ia makin kuat terasa. Ia kukuh terpahat dalam jiwa saya. Mungkin ada faktor yang menyumbang, dan faktor itu benar-benar mengaktifkannya. Saya kini punya dua keluarga- dua-duanya saya sayang dan tidak mahu saya tinggalkan. Namun kenyataan memanglah berbeza daripada apa yang dikhayalkan. Mana bisa badan boleh dicerai menjadi dua- tinggalkan satu di sini, yang satu lagi melangkah ke sana. Saya hanya boleh memilih satu, dan keputusan itulah yang pahit untuk saya lakukan.
3. Bahagia.
Jasa dan pengorbanan mereka memang tidak boleh saya balas sampai bila-bila. Walau apa yang saya lakukan, sebanyak mana keringat yang dikerah, ia tetap tidak mencukupi. Namun hati saya terasa berbunga dengan kata-kata indah dari hati mereka. Senyum mereka cukup membuatkan saya terbang melayan bahagia.
4. Ulangtahun.
Mereka asyik mengingatkan saya, Disember ini bulan istimewa mereka. Jauh dalam hati saya, saya turut merasakan yang sama. Pengakhiran tahun Masihi kali ini terasa lain benar daripada yang sebelum-sebelumnya. Saya ingin bersama mereka menyemarakkan lagi rasa yang lama disemai dalam jiwa. Saya mahu berada di samping mereka menganyam memori yang akan kami cipta. Saya ingin sekali untuk kali ini, dan saya telah tekadkan hati saya untuk memastikannya. Semoga Tuhan memudahkan segalanya.
*Buat keluarga PERKIM saya, saya teringin benar bersama kalian. Apa boleh buat, Tuhan sudah menetapkan takdir saya untuk tinggal di sini, jauh daripada kalian. Mungkin ada hikmah yang menunggu, dan saya terima apa yang saya harus depani. Sampaikan salam saya pada tanah yang bertuah menerima kunjungan kalian. Sesungguhnya kalian adalah yang terpilih untuk berbakti, dan saya di sini, masih menanti pasti.
Wednesday, December 29, 2010
Friday, December 24, 2010
Cinta songsang
Assalamualaikum :)
Masuk kelas Chem dengan wajah yang kurang bermaya. Bukan saya sahaja, rakan-rakan saya pun nampaknya masih kurang bersedia untuk menghadapi Physical Chemistry yang 100% berbeza dengan Organic Chemistry yang kami pulun habis-habisan untuk exam baru-baru ni.
Madam Fadzilah masuk, dan terus duduk.
"Minta maaf saya masuk lambat. Sebenarnya saya masih shock dengan video yang baru saya tengok pagi tadi, tentang seorang lelaki yang mengaku gay."
Ya, isu itu memang famous sekarang. Astaghfirullah, apa nak jadi dengan dunia akhir zaman.
Madam terus menyambung bicaranya satu demi satu. Banyak juga pengetahuan baru yang saya dapat. Kata Madam, memang golongan ini mempunyai persatuan sendiri dan aktivis-aktivis dalam golongan ini sedang cuba untuk menjadikan golongan mereka diterima oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Mereka ingin mempertahankan human right mereka seperti mana yang berlaku di Jerman dan Singapura- golongan gay sudah mendapat tempat di mata masyarakat.
Madam berpeluang menghadiri seminar yang dikendalikan oleh seorang counselor terkenal yang saya lupa namanya. Counselor atau Prof itu sudah biasa mengendalikan sesi kaunseling untuk kes-kes begini. Menurut beliau, isu ini memang sangat parah di Malaysia. Dalam 15 kes yang dihadapi beliau, hanya ada 2 kes di mana beliau berjaya membawa golongan ini kembali ke pangkal jalan.
Bila ditanya apakah punca yang menyebabkan masalah ini berlaku, kata beliau, selain daripada kurang didikan agama dan faktor-faktor yang lain kita biasa tahu, salah satunya ialah boarding school. Di sini, remaja-remaja jauh daripada ibu bapa. Mereka kurang mendapat pantauan dan seterusnya membuatkan mereka bebas berbuat sesuka hati.
Kata beliau, nafsu yang ada pada remaja lelaki dengan mudah boleh disongsangkan oleh syaitan laknat- daripada menyukai remaja perempuan, mereka lebih gemar memuji dan meminati rakan yang sama jantina. Akhirnya, mereka terjerumus dalam cinta sesama sendiri dan semakin jauh daripada Allah.
Kami hanya diam mendengar, terasa minda sedikit dibuka. Kadangkala asyik mengadap buku, sampai isu semasa dan agama tidak diambil peduli.
Madam terus berkongsi cerita, dan kami terus menadah telinga. Dan sampai akhir, kami langsung tidak bercakap tentang Chem!
***
"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama." -Tuhan Manusia tulisan Faisal Tehrani.

Tuesday, December 21, 2010
S.T.A.R.S
S - Standing
T - Together
A - And
R - Reaching
S - Success!!
Malam ni exam Chem. Doakan saya dan kawan2 ya.
Terima kasih ;)
Saturday, December 18, 2010
Thursday, December 16, 2010
10 Muharam 1432
Assalamualaikum :)
Daripada pagi lagi, cuaca asyik mendung dan mendamaikan. Hujan pun renyai-renyai je. Angin sejuk seolah-olah menembusi lapisan daging, macam tak nak lepas je selimut yang membalut diri.
"Cuaca hari ni nyaman je. Hujan rahmat kot."
"Hujan rahmat, tapi juga ujian."
Tersenyum.
"A'ah kan, buat orang rasa nak tidur je..."
Hari yang mendung menyenangkan orang-orang yang berpuasa. Lapar dan dahaga tidak terasa, letih pun kurang menduga.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Berpuasa sunat 10 Muharam akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya." -Riwayat Muslim.
Semalam sebelum tidur, ternampak satu flyer di lantai. Daripada MRC.
Amalan-amalan sunat sempena 10 Muharam:
*melapangkan masa
*memuliakan fakir miskin
*menahan marah
*menunjukkan orang sesat
*mengusap kepala anak yatim
*bersedekah
*memelihara kehormatan diri
*mandi sunat
*bercelak
*membaca qulhuwallah 1000 kali
*solat sunat 4 rakaat
*menjamu orang berbuka puasa
*niat puasa
Kenapa saya boldkan 'mengusap kepala anak yatim' tu?
Sebab saya rindu adik-adik saya di RTK sangat-sangat. Mereka memanggil saya dalam jaga dan lena!
Seorang sahabat mesej, katanya nak datang UIA PJ dan nak iftar sama-sama dengan sahabat-sahabat PERKIM yang lain. Tapi saya kata, PERKIM tak buat iftar hari ni. Tragis!

**MPH dua kali,
setiap kali ada book sale mesti mata liar mencari,
jenuh kaki mengembara ke sana-sini,
rupa-rupanya buku yang saya cari tak diterbitkan lagi!
Monday, December 13, 2010
Yang baru
Usai tangisan berhenti, seakan meresap satu semangat baru. Seolah terlihat di hadapan akan jalan baru yang terbentang, lebih indah dan harmoni. Terasa kuat kaki untuk melangkah, melihat dunia dengan kacamata yang lebih jelas. Fasa hidup yang bakal ditempuh terasa lebih mudah.
Sesekali tersenyum mengenang tangisan dulu. Seakan anak manja teresak-esak sendiri. Sekitar jadi sepi, tak berani menegur mahu pun mendekati. Biar, tangisan itu jangan dipaksa pergi. Buang segala sakit yang bersarang lama di hati.
Dan begitulah, apa yang dilihat kini berubah. Namun dengan yang baru, muncul satu jiwa yang jitu.

Tuesday, December 7, 2010
Hati saya tertinggal di sana
Assalamualaikum :)
Bila memikirkan kerja EAP yang masih belum selesai, hati terasa berat untuk pergi. Teringat pula kuiz Chem pasal hydrocarbon hari Khamis ni, hati makin berbelah-bahagi. Tapi pada masa yang sama, saya rindu sangat adik-adik saya kat RTK tu. Seriously tak boleh nak buat keputusan sama ada nak pergi atau tak.
Tapi masa balik dari iftar, terserempak dengan Umi, first year student.
"Kak Ibah, esok Kak Ibah pegi ek. Pukul 7.30."
Ateh pulak ajak ke bilik seorang adik yang turut handle program ni.
"Kak Ibah ngan Kak Ain jadi fasi. Jaga budak-budak yang umur 2 tahun ke bawah."
Dan serta-merta, I made up my mind. Saya mesti pergi!
Tak seperti sebelum ni, penat dan letih agak terasa. Adik-adik saya nampaknya makin manja dan agak degil. Agak susah nak handle mereka untuk duduk diam dan ikut program. Semuanya kena ikut kehendak mereka.
Amirul nampak gembira dapat kakak dan abang baru. Hidayah yang mula-mulanya malu masa kami datang asyik minta didukung. Tajul macam biasa asyik merajuk tapi dah kurang sikit daripada first time kami jumpa dia. Kak Chik kalau makan mesti nak bersuap. Azuan nampak macam makin matured. Nur asyik sepahkan nasi yang dia makan.
Ayie pulak tak kelihatan kali ni. Amirul, abang Ayie cakap Ayie sakit, masuk hospital. Saya tanya kenapa, tak pula dia jawab. Saya pun lupa nak tanya mak cik-mak cik yang ada kat sana pasal Ayie. Harap-harap dia okay je.
Memang tak menang tangan nak melayan adik-adik kat sini. Tapi saya tetap suka. Seronok dapat menggembirakan mereka. Macam biasa bila nak balik, mesti ada adik-adik yang tanya,
"Bila akak nak datang lagi?"
Saya hanya tersenyum.
"InsyaAllah, bila akak free akak datang."
Ya Allah, macam tak nak balik rasanya. Kalau boleh nak stay dengan diorang kat situ, tapi apa boleh buat. Saya punya amanah dan tanggungjawab yang lain. Saya tahu sahabat-sahabat saya pun merasakan benda yang sama.
"Adik-adik, korang dah ambil hati akak. So jangan risau, akak pasti ke sana lagi untuk ambil hati akak balik! InsyaAllah." ^_^

Monday, December 6, 2010
Laut dan Tanah
Biru dan hijau.
Ikan dan pacat.
Jaring dan cangkul.
Belayar dan bercucuk tanam.
Orang laut dan orang tanah.
Dua-dua sangat bermakna.
Saturday, December 4, 2010
16th and 19th
1- Muhammad Luqman Amran a.k.a Man
* was born on Dec 4th, 1994
* my very naughty brother
* suka cari pasal dengan adik-beradik yang lain
* suka main, tapi result exam tak pernah mengecewakan
* aktif kat sekolah; silat, badminton, bola sepak, futsal semua dia kebas
2- Nurul Najihah Ismail a.k.a Ucu
* was born on Dec 3rd, 1991
* a very good sister and fabulous comrade of mine
* orang utara
* first kenal masa malam BBQ anjuran Kelab PERKIM
* punya habit yang sama bila tension, boring or terlalu letih
To both of you,
HAPPY BIRTHDAY!!
Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Semoga berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat.
Semoga sentiasa dilimpahkan dengan rahmat dan kasih-sayangNya.
Kak Ibah sayang Man! Belajarlah untuk jadi adik yang baik ya.
(~.<)
Adik sayang Ucu, selamanya. Terima kasih kerana sudi menjadi teman Adik.
(>.~)
May ALLAH bless :)
Saturday, November 27, 2010
Ziarah RTK
Alhamdulillah, semalam saya dan beberapa orang sahabat ke RTK lagi untuk menemui adik2 kami di sana.
Terubat jugak rindu saya kat Tajul saya ni,
juga Amirul,
dan adik2 yang lain.
Memang seronok bersama mereka.
Setiap kali nak balik, hati mesti rasa berat sangat2.
InsyaAllah lepas ni kalau ada masa free, saya nak pergi lagi.
Presentation EAP; Tuhan, bantu kami.
Thursday, November 25, 2010
Terbongkar!
Selama ini diri memendam perasaan, menjaga hati agar tidak terlalu teruja. Selalu berhati-hati dalam menyampaikan patah kata, bimbang tersilap bicara hingga menyebabkan tebal muka. Kadang-kadang terlukis jua di wajah akan keindahan itu, segera menutup kalam dengan penyataan yang masih tiada bernoktah.
Sehingga dia datang, satu demi satu rahsia mula dibongkar. Apa yang tersimpul di hati mula dirungkai, dan akhirnya! Segala-galanya bukan lagi rahsia!
Sukma Atiqah Nazli, you are really something!!
Sehingga dia datang, satu demi satu rahsia mula dibongkar. Apa yang tersimpul di hati mula dirungkai, dan akhirnya! Segala-galanya bukan lagi rahsia!
Sukma Atiqah Nazli, you are really something!!
Wednesday, November 24, 2010
Ayam dan burung yang berjasa
Di rumah
Kalau duduk di beranda di bahagian belakang rumah, pasti terasa damai dan nyamannnya angin pantai yang berhembus. Mata yang ingin tertutup pasti tidak dapat bertahan lagi. Lena pun makin menjadi. Mimpi datang mengganti realiti.
Diri terjaga dek kokokan ayam yang dibela. Marah kerana tidur diganggu, namun seharusnya diri bangkit dengan segar bertenaga. Ayam itu memberitahu sesuatu, sudah tiba waktunya diri mengadap Tuhan Yang Maha Satu.
Di bilik asrama
Kipas di dinding tidak pernah tidak berpusing dengan kelajuan 5, memberikan angin ciptaan untuk mengurangkan panas dunia; kipas yang hanya berhenti berputar jika diri menghilang dari kamar yang didiami. Usai bahang kepanasan pergi, sejuk datang menyelubungi diri. Tilam yang empuk terasa memanggil-manggil diri. Sekali lagi, realiti dikalahkan oleh mimpi.
Klimaks dunia fantasi makin menghampiri, terhenti tatkala terdengar siulan burung-burung yang menyanyi. Suara yang memaksa diri tidak lagi mati, untuk berjumpa Tuhan pemilik sekalian penghuni bumi.
* Saat saya menulis post ini, burung-burung itu masih bertenggek di jendela bilik. Terus-terusan berbicara dalam bahasanya, atau mungkin sedang berzikir merindukan Sang Pencipta.

Ish, bising la burung-burung ni!
Tuesday, November 23, 2010
Ingin menjadi mereka
Andai diri dapat berada di situ, memerhatikan lemah-gemalai dan langkah tari mereka, alangkah indahnya! Senyum pasti terukir seadanya - andai diri salah seorang daripada mereka. Hati jadi berbunga dan ceria, hanya dengan mendengar suara mereka. Jika mereka wujud di hadapan mata, pasti diri diam terkesima! Sungguh, diri terpesona!
Dalam diam, diri memuji mereka yang terpilih. Keberanian dan keyakinan mereka yang memuncak, kegigihan dan keinginan mereka yang melayakkan mereka. Oh, andai diri bisa jadi seperti mereka.
Dari kejauhan, mereka mengusik perasaan. Minda jadi melayang, fokus jadi terhalang. Duduk tak senang, berdiri terasa segan.
Ingin menjadi mereka, namun mungkin hanya dalam jelajah kotak fikiran.

Tuesday, November 16, 2010
Souhaite
1. Happy birhday to my beloved friend, Kiki.
Once a year I get the chance
To wish you birthday cheer.
It pleases me no end to say,
I wish you another great year.
So happy birthday to you my friend,
From the bottom of my heart.
And may your good times multiply,
Till they’re flying off the chart!
May Allah bless you no matter what.
2. Selamat Hari Raya Aidiladha to everyone.
Hope that all our deeds will be rewarded by Him.
I have an instinct that I won't be able to be online for a short period of time.
Until now, sayonara.
Monday, November 15, 2010
Wyl nouveau
RAFEST dah melabuhkan tirainya semalam.
Congrats to IDEA sebab dapat Best Event Award untuk Discovery Of 5 Worlds tu.
Pada awalnya, saya ingatkan Islamic Musical Night yang akan merangkul award tu, tapi nampaknya rezeki berpihak kepada IDEA. Well, saya memang tak pergi meneroka 5 alam tu, so memang silap saya. 0_o
Some pictures of Islamic Musical Night
da beginning |
persembahan dikir barat from cfs iium students |
far-east |
unic |
algebra |
solo performance from student |
* siapkan tutor chem cepat!
Saturday, November 13, 2010
Wyl
Alhamdulillah, ramai sungguh orang kat gerai kami tadi. Ramai yang datang nak beli nasi arab, tapi dah habis. Spageti yang Acu Gbah buat pun, tak sampai sejam dah licin.
RAFEST kali ni memang lagi meriah daripada yang lepas. Tapi tak bermakna yang lepas tak okay, cuma yang sekarang ni lagi okay.
Syabas semua!
Wednesday, November 10, 2010
Ekspresi
Seorang sedih, seorang lagi terluka.
Senyuman tiada, hati sedang lara.
Muram dan rajuk menjadi teman.
Rasa yang ada mula disangkalkan.
Cubit paha kiri, paha kanan terasa. Benar, itu kenyataannya. Perasaan yang tumbuh dalam jiwa, menular ke setiap anggota. Gerak badan menafsirkannya. Jelas, di pandangan mata, di pangkal rasa.
Sekelip mata, ia mengubah semua.

Di hujung sana mentari masih bersinar,
masih ada harapan yang boleh tertunai.
Sunday, November 7, 2010
Soir 2
Petang, waktu untukknya bersukan. Dia memandang ke langit. Mendung.
Dia mula memanaskan badan. Nafas ditarik dan dihembus. Berulang kali. Matanya liar mencari orang-orang yang mungkin dikenalinya. Tiada.
'Sendiri lagi...'
Sudah beberapa kali dia berlari mengelilingi gelanggang itu, namun hatinya belum puas. Dia berlari lagi.
Kosong, mengapa? Mengapa hatinya tidak setenang biasa? Mengapa jiwanya terasa kusut dan sengsara?
Dia berhenti berlari. Matanya mula terasa panas. Dia melangkah meninggalkan gelanggang. Risi.
Air mata disekanya dengan hujung lengan. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia seolah-olah terdengar satu bisikan,
"Atie, kalau bukan hari ni, hari esok pasti kita akan berjumpa lagi. Ika pasti!"
# Dah baca 'Soir'?

Masih mencari 'Tiga Kali Seminggu'
Sedikit kecewa
=_=
Saturday, November 6, 2010
Derita Dulu
Derita dulu
tidak lagi ku kesali
pahit yang berlalu
ingin ku biar sepi.
Derita dulu
kini menjadi guru
mengajarku berdiri di atas kaki sendiri
melatihku bangun jika terjatuh lagi
mendidikku tabah meniti hari.
Derita dulu
bukan lagi derita
ia sekadar sejarah yang luka.
tidak lagi ku kesali
pahit yang berlalu
ingin ku biar sepi.
Derita dulu
kini menjadi guru
mengajarku berdiri di atas kaki sendiri
melatihku bangun jika terjatuh lagi
mendidikku tabah meniti hari.
Derita dulu
bukan lagi derita
ia sekadar sejarah yang luka.
Thursday, November 4, 2010
Vide
Kadangkala gelisah,
Kadangkala tiada resah.
Gundah gembira menjadi satu,
Bahagia kecewa tidak menentu.
Duka terpancar dalam sinar,
Suka masih belum pudar.
Terus-terusan,
Tangisan dalam senyuman.
Kadangkala tiada resah.
Gundah gembira menjadi satu,
Bahagia kecewa tidak menentu.
Duka terpancar dalam sinar,
Suka masih belum pudar.
Terus-terusan,
Tangisan dalam senyuman.
Wednesday, November 3, 2010
Cinta; mudah dilafaz, sukar dibuktikan
Cinta adalah urusan hati. Tahap ketinggian cinta seseorang tidak dapat dinilai oleh pancaindera yang ada. Cinta yang dilafazkan oleh jutaan umat Islam, hanya tinggal slogan kosong tanpa roh lagi. Cinta umat Islam kepada Allah dan RasulNya, telah terhakis oleh kecintaan terhadap kebendaan yang semakin mendapat tempat dalam hati manusia. Mereka mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya tetapi tidak cintakan Allah dan RasulNya.
Dakwaan cinta kepada Allah dan RasulNya sewajar dibuktikan dengan tanda-tanda yang dapat disaksikan. Kecintaan seseorang kepada Allah, akan menjadikannya selalu ingat kepada Allah. “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.” (Ali-Imran :190-191)
Menyebut nama Allah adalah satu perintah daripadaNya, dan bukan semata-mata tanda rindu kepadaNya. “Wahai orang yang beriman, sebutlah Allah dengan sebutan yang banyak” (Al-Ahzab : 41) Salah satu wasilah untuk mengingati Allah ialah melalui solat. Dalam solatlah dilafazkan pengagungnya dan harapannya menjadikan solat itu indah dan mengasyikkan. “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”(Thaaha : 14)
Adakah kita telah dan sedang mengingati Allah selayaknya orang yang mengaku cintakan Allah? Adakah ingatan kita hanya dalam solat lima waktu sehari semalam? Bahkan dalam solat sekalipun, kita masih mengingati selain daripada Allah. Golongan inilah yang disebut oleh Allah sebagai golongan munafik, kerana ucapan lidah mereka tidak menepati apa yang ada di dalam hati mereka. Cinta kita kepada Allah, seharusnya sentiasa panas dan segar, sesuai dengan nikmat yang banyak daripadaNya. “Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku” (Al-Baqarah : 152)
tise03237
Monday, November 1, 2010
Mereka pilihan Allah
Sebak di dada masih belum berkurang. Setiap kali teringatkan mereka, hati berasa sangat sayu. Mata pun terasa pedih, masih belum mampu menahan tangisan.
Alhamdulillah, Allah dah kurniakan saya satu peluang untuk bersama-sama mereka. Menghabiskan masa satu hari di sana, saya belum cukup puas memahami mereka. Saya mahukan lebih. Saya mahu bersama mereka lagi.
Masih terasa sayunya pelukan seorang adik yang duduk di riba, masih terasa pilunya apabila mereka merengek meminta disuapkan nasi, masih terasa syahdunya apabila mereka mengajak untuk bermain bersama. Mereka ketandusan kasih sayang, mereka tiada tempat bermanja, mereka tiada tempat untuk mengadu.
Terasa ingin mengalir air mata apabila seorang nenek mendakap dan mencium pipi saya ketika ingin bertolak pulang. Matanya merah, tangannya kuat memegang tangan saya seolah-olah enggan melepaskan saya pergi. Terasa diri ini sangat diperlukan apabila seorang kakak yang kurang upaya meminta saya memotong kukunya. Tangannya tidak kuat untuk melakukan sebarang kerja, jalannya juga terincut-incut.
Di sebalik penderitaan yang dialami, Allah dah janjikan kebahagian buat mereka. Mereka adalah yang terpilih. Mereka tiada ibu bapa, mereka berbeza daripada insan biasa, mereka yang diuji atas kesabaran mereka.
“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata ‘innalillahi wa inna ilahi raji’un’ (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah, 155-157)
Semoga mereka tabah melalui hari-hari yang bakal tiba. Insya-Allah, jika berkesempatan, saya pasti ke sana lagi. Rindu saya pada mereka tidak pernah surut.

Rumah Titian Kaseh
No. 62A-2, Lorong Maran
Off Jalan Kuantan
Tasik Titiwangsa
53200 Kuala Lumpur
Puan Sharifah: 0196455769
Friday, October 29, 2010
Soir
Cuaca mendung. Sebentar lagi mungkin hujan akan turun. Terdengar seakan-akan derap kaki di bawah sana. Dia menjenguk ke jendela. Benar, seorang gadis sedang berlari-lari di gelanggang itu. Bersenam agaknya. Petang-petang begini memang ramai yang memilih untuk bersukan, menyihatkan badan. Dia mengecilkan mata. Dia seolah-olah mengenali gadis itu, tapi benarkah dia yang dimaksudkan?
Dia ingin menjerit memanggil gadis itu, namun dia tahu, suaranya pasti tidak akan kedengaran dari jarak yang memisahkan mereka. Dia mula mempersiapkan diri, mahu bertemu gadis yang sudah mengelilingi gelanggang itu entah untuk ke berapa kali. Ya, dia akan bertemu gadis itu.
Pakaian yang sesuai dikenakan, bimbang juga kalau2 nanti dia mendapat perhatian yang lebih jika memakai pakaian yang bukan2. Sejenak, dia kembali ke satu2nya jendela yang ada di biliknya, mahu memastikan bahawa gadis itu masih di situ.
Senyumannya mati. Hampa.
Gadis itu sudah berlalu.
Dia kembali ke katil, merebahkan badan. Ingin mengeluh, namun dia tahu itu bukan sesuatu yang wajar dilakukan. Mata dipejam, mengingat kembali saat2 awal pertemuan. Senyum terukir kembali.
“Atie, kalau bukan hari ni, hari esok pasti kita akan berjumpa lagi. Ika pasti!”

entry ini tiada motif.
sekadar menulis mengikut gerak tari jari.
Thursday, October 28, 2010
Pemurahnya mereka...
Apabila mati anak Adam, maka terputuslah semua amalannya, kecuali 3 perkara:
sedekah jariah, ilmu yang berguna, dan anak soleh yang mendoakannya.
Mulianya hati mereka yang masih merasa perlu untuk membantu insan2 yang memerlukan.
Bersihnya hati mereka kerana masih cuba menghulurkan tangan pada insan2 yang dalam kesusahan.
Mereka yang masih belajar, juga dalam krisis kewangan untuk membiayai pengajian. Buku2 banyak yang diperlukan, semuanya mesti menggunakan wang. Namun mereka masih tersenyum membuka dompet dan tas tangan, dengan niat bersedekah untuk meringankan beban. Betapa hebatnya mereka.
Pahala mereka pasti berganda; pahala menuntut ilmu di jalan Allah, dan pahala menggembirakan hati orang lain.
Tuesday, October 26, 2010
Lalat; tentera Allah
Sebuah cerita yang diterima dari Hussain yang didengarnya dari Abdullah, dari Suaid bin Sa'id, dari Abu Al-Muhayyah, beliau berkata : Seorang lelaki telah bercerita kepadaku: "Kami ada satu rombongan pergi mengembara, di antara kami ada seorang yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kami sudah menghalangya tetapi dia tidak menghentikan perbuatannya."
"Di tengah perjalanan kami berhenti kerana berasa terlalu penat. Ada dia antara kami yang memanfaatkan masa untuk berehat, minum air dan sebagainya. Kawan kami yang memaki Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi pergi agak jauh."
"Tiba-tiba kami dikejutkan dengan teriakannya yang kuat meminta tolong. Kami fikir dia digigit ular atau diesengat lebah. Kami berkejar ke arahnya. Rupanya dia diserang oleh segerombolan lalat yang ganas seperti bangkai yang dikerumuni lalat."
"Kami sedaya upaya menolongnya tetapi sengatan lalat itu lebih bisa daripada sengatan lebah. Kami terpaksa lari dari tempat itu. Setelah lalat itu pergi meninggalkan kawan kami itu, kami dapati anggota tubuhya ada yang terputus."
Ini adalah balasan daripada Allah terhadap orang yang memaki sahabat Rasulullah S.A.W.
Sunday, October 24, 2010
Jangan marah
Imam Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:
1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.
11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Friday, October 15, 2010
Sekadar coretan
Jari terasa ingin menari, walau tiada apa yang ingin dikongsi. Diri terasa rindu untuk berkarya, namun idea tidak mahu muncul di minda. Ruang hati kini sepi, semangat yang membakar tiada lagi.
Alam persekolahan yang mengajar saya menghargai bahasa, alam yang membuka minda dan mata, alam yang saya mula mengenali nilai estetik dalam karya; tidak pernah saya lupa.
Kata hati
Kata yang terukir
lahir dari sini
lubuk hati yang dalam
terkandung segala rahsia
suka duka aku
dalam mencari satu titik noktah
yang aku tidak pasti pangkalnya.
(KIST, 2007)
Sepi sendiri
Ia diburu
segala rasa bermukim di dada
tak tahu di mana
nak dilarikan diri
ingin sepi sendiri
tak mahu dijejaki
atau ditemani
cuma ia tahu
ingin ditempiaskan segala duri
lepas segala iri
tak mahu dibelenggu
perasaan sendiri.
(KIST, Feb 2008)
Katamu
Jika itu katamu
aku hanya turut setuju
meski hatiku pedih di ulu
terngiang-ngiang kalimah itu
diskriminasi yang kau hulur
terpaksa tanganku untuk menyambut
aku terima andai ini sudah ditentu
hingga tak terasa berat di bahu.
(KIST, Ogos 2008)
Melangkah keluar dari tanah barakah, akal seperti tidak mahu dikerah. Benar, saya tidak berbakat, tapi saya punya minat. Saya harus belajar dan terus menuntut, namun kekangan membuatkan niat saya terbantut. Semakin lama, semakin hilang minat saya ditelan masa. Kadang-kadang minat yang bersisa ingin bermanja; sesekali saya membelai mesra, sesekali terpaksa saya tepis jua.
Mungkin juga saya bukan orang yang bijak dalam membahagikan masa; masa untuk melayan minat dan juga masa untuk menyelesaikan amanat. Apa pun yang berlaku, saya harus mengaku. Saya bukan orang yang tidak peduli, namun kadangkala saya harus berdiri sendiri!
**Sekadar monolog diri, maaf jika tidak sampai ke hati.
**Kalau ada yang mahu memberi pandangan, dengan rendah diri saya mempersilakan.
** Walaupun niat saya mungkin tidak kesampaian, ucapan terima kasih tetap saya mahu ucapkan.
Thursday, October 14, 2010
Barisan ke Padang Mahsyar
Suatu ketika, Muaz bin Jabal R.A mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: ‘Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris’, Surah an-Naba':18. Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian baginda dengan air mata. Baginda lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Diiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka."
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."
Semoga kita semua tergolong dalam barisan ke-12. Ameen.

Wednesday, October 13, 2010
Monday, October 11, 2010
School Of Excellence
Rindu yang lama ditanggung dilepaskan jua. Sehari bersama sahabat menziarahi guru-guru kami di sekolah, kegembiraan jelas terasa dalam sanubari.
Minum pagi bersama Cikgu Mokhtar dan Sir Khalil, berbual-bual dengan para guru tentang perkembangan terbaru sekolah, berkenalan dan berborak dengan Mr. RJ dari California, makan tengahari bersama Pengetua dan Ustazah Maniah di dewan makan, bertanya khabar Kak Na yang menjaga koperasi, lepak-lepak di perpustakaan, bersembang dengan adik-adik tentang pelajaran mereka; kami berasa sangat seronok!
Namun, kekecewaan sedikit terasa kerana tidak dapat bersua dengan sebahagian guru dan staf atas kekangan tertentu; Ustaz Zul yang menghadiri mesyuarat di Dungun, Madam Keety yang terpaksa mengambil cuti kerana sakit mata, Achik yang ada appointment dengan doktor.
Walaupun penat, terasa sangat berbaloi meghabiskan masa bersiar-siar di kawasan sekolah.
~ masih sama ~ |
~ lengang waktu rehat ~ |
** terlupa nak snap banyak gambar sebab duk asyik bercakap
Saturday, October 9, 2010
Pada satu petang
Bersama-sama Alang menyelusuri pepasir putih, ditemani ombak-ombak kecil yang tidak henti-henti menghempas pantai. Angin lembut terus berdesir, membawa bersama senyum dan tawa kami yang tidak lekang di bibir.
Alhamdulillah, selepas sekian lama mengenali Alang, Alang sampai juga ke rumah saya. 6 tahun persahabatan kami diserikan lagi dengan kemanisan silaturahim sesama ahli keluarga. Banyak kisah dikongsi bersama, banyak juga imbauan kenangan dan nostalgia. Seronok bersama Alang, namun rindu terhadap sahabat yang lain masih terasa.
~ Adik & Alang ~ |
~ mawar agama ~ |
~ adik & sepupu ~ |
~ panorama ~ |
** Alang dah sampai rumah Adik, yang lain bila lagi?
Istimewa
Terang bulan memancar cahaya
angin malam mengundang ceria
mereka yang ada masih tertawa
hanya diri merasa bebannya
mereka yang hanya mampu menista
tidak sesekali cuba memuja
Ingin aku jerit pada dunia
aku bukan sekadar biasa
aku istimewa
walau dengan caraku yang menjengkelkan mereka

~ menatap keindahan bulan ciptaan Yang Esa
Monday, October 4, 2010
Tahniah untuk Kak Jie!
Alhamdulillah, 2 hari lepas, Kak Jie dah selamat bertunang.
Pada asalnya, majlis hendak dibuat pada waktu malam, tapi atas permintaan pihak keluarga lelaki, majlis diadakan sejurus selepas Asar.
Majlis yang simple tapi cukup bermakna apatah lagi buat Kak Jie yang sudah bergelar tunangan orang.
Tahniah Kak Jie!
***
Happy Belated Birthday buat Uda Zatil yang menyambut ulangtahun kelahirannya semalam.
Semoga Uda sukses2 selalu.
Sayang Uda!
Thursday, September 30, 2010
Jamuan Aidilfitri PERKIM
~ 19 Syawal, AX101 ~
Gembira melihat wajah2 ceria yang hadir pada malam ni.
Walaupun tak semua yang datang, tapi kemanisan tu tetap ada.
~mereka yang selalu buat saya ketawa~ |
~ucu dan alang yang manis~ |
~seniors from gombak~ |
~cuba teka siapa kat tepi acu gbah ni~ |
"Jadikanlah hubungan yang kita bina selama ni seteguh dan sekukuh gunung,
serta jadikanlah ia sejernih dan sebersih mutiara yang berada di lautan."
- Ketua PNK, Jamuan Perpisahan.
***
Exam dah habis!
Tuesday, September 28, 2010
Berhalusinasi
Selesa menyepi, walau kadangkala minda menuntut agar mengizharkan apa yang terbuku di hati.
Selesa menyendiri, walau kadangkala jiwa meronta ingin dipenuhi segala yang diingini.
Selesa begini, walau kadangkala sukma menjerit meminta simpati.
***
Exam masih berbaki, tapi mood study entah ke mana pergi.
Tuhan, kuatkan diri ini…
Wednesday, September 22, 2010
Study, exam...
Ya Allah, ajarkanlah kami bahawa belajar ini bukan untuk sesiapa tetapi hanya kerana-Mu.
Belajar ini bukan untuk diri, bahkan untuk seluruh umat Rasul-Mu.
Belajar ini bukan untuk saat ini bahkan untuk sepanjang zaman-Mu.
Ajarkanlah kami apa-apa yang kami tidak tahu tentang ilmu-Mu.
Ingatkanlah kami apa-apa yang kami lupa tentang-Mu.
Redhailah setiap langkah kami kerana kepada-Mu jua kami akan kembali.
Ameen.
Selamat belajar dan selamat menempuh exam!
Yang dalam balang plastik
"Nak yang seperti dalam balang kaca, mesti jadi seperti dalam lautan dalam.."
-dipetik daripada blog sahabat.
Saya setuju dengan sahabat saya ni, cuma saya nak nyatakan pendapat saya.
Boleh tak kalau saya nak cakap yang saya nak jadi 'yang dalam balang plastik', bukan 'yang dalam balang kaca'?
Betul, balang kaca memang cantik, dan nampak berkilat. Tapi kaca kan senang nak pecah? Kalau tiba2 balang kaca tu dilanggar orang, ia jatuh dan pecah berderai. Apa yang ada dalam balang kaca tu tak selamat pun, tak dilindungi.
Sebaliknya, walaupun balang plastik tak cantik, tak nampak berkilat, tapi plastik tak senang pecah. Kalau ia jatuh, benda kat dalamnya tetap terpelihara. Jadi, 'yang dalam balang plastik' lebih elok kan?
Okay, ini analogi semata2. Maaf jika ada pihak yang kurang senang atau tak setuju dengan tulisan saya.
***
Sanah helwah buat sahabat saya, Nur Fatin Baharin.
Moga Tuhan permudahkan segala urusan awak.
Sahabat selamanya...
May Allah bless :)

Monday, September 20, 2010
Happy Birthday Kak!
Disebabkan baru2 ni raya, saya hampir2 terlupa yang hari ni birthday kakak saya.
Mujur la phone saya remind-kan saya.
Kak, maafkan saya ya.
Kak Ma' ketika konvo baru2 ni. |
So, untuk kakak saya yang dah berumur 22 tahun mulai hari ni,
+ semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki
+ semoga sukses selalu di dunia mahu pun di akhirat kelak
+ semoga sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt
+ semoga semakin matured dalam meniti hari2 hadapan
+ semoga dapat jadi kakak yang baik untuk adik yang baik ni 0_o
Lastly, jom nyanyi...
Allah selamatkan kamu.......~
Sunday, September 19, 2010
Saya suka II
Saya ada dua orang kakak; Kak Ma' dan Kak Jie.
Kak Ma' kakak sulong saya, manakala Kak Jie kakak sepupu saya. Sejak pertama kali saya celikkan mata di dunia ni, Kak Jie sudah ada di rumah saya, bersama saya. Alkisahnya selepas ibu bapa kandung Kak Jie bercerai, Tok yang jaga Kak Jie. Selepas Tok sudah makin dimamah usia, Tok pindah dan tinggal dengan Mak saya. Jadi, secara automatiknya, Kak Jie berada dalam jagaan Mak dan Ayah.
Balik baru2 ini, Kak Jie bercerita. Ada seorang kenalannya ingin masuk meminang. Memang dari dulu lagi, Ayah kurang berkenan dengan lelaki pilihan Kak Jie. Tapi sekarang, Ayah sudah mula bagi lesen pada Kak Jie melihatkan kesungguhan dan keikhlasan lelaki tu.
Muka Kak Jie sangat berseri ketika bercerita. Nampak sangat yang Kak Jie gembira.
Mungkin rombongan meminang akan datang dalam waktu yang terdekat, dan harapnya saya ada kat rumah masa tu.
* Kak Jie, kalau Kak Jie gembira, saya lagi suka. :)

Wednesday, September 15, 2010
Simple Wish
I just want to make a simple wish:
Happy Hari Raya to everyone!
Although it's a little bit late, we're still in month of Syawal right?
Thursday, September 2, 2010
Ramadan yang tinggal
Ramadan dah nak pergi?
Terasa kejap je masa berlalu.
Tak apa, masih ada hari yang berbaki untuk kita sama-sama merebut kemanisannya.
Moga masih diberi kesempatan untuk hari-hari terakhir ini.
May Allah bless :)
Tuesday, August 31, 2010
Merdeka 53
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53.
' 1 Malaysia Menjana Transformasi '
Sumpah Anak Merdeka
Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara
Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
(A.Latiff Mohidin)
Sudah merdekakan hati dan jiwa kita daripada cengkaman jahiliah?
Jika belum, jom sama-sama kita usaha. InsyaAllah.
Monday, August 30, 2010
Memori di Cameron
Kaki terasa berat.
Hati berbolak-balik.
"Adik, kenapa tak nak pergi?"
"Adik ada kelas."
"Ala, minta la buat consultation dengan madam."
"Adik bimbang, silibus banyak lagi tak habis."
…..dan dialog terhenti.
Diri baru mengenali Ayong, tapi Ayong berusaha memujuk untuk sama-sama merasai pengalaman baru di Cameron, di perkampungan orang asli. Saya hanya mampu tersenyum, memandang Alang dan menoleh semula ke arah Ayong.
***
Alang bercerita tentang Angah yang tak henti-henti cuba menarik minat Alang untuk sama-sama menyertai program kali ni. Alang juga seperti saya, cuba menolak dengan baik. Walaupun kelas yang sepatutnya ada pada hari esok sudah dibatalkan, hati tetap terasa berat.
***
Pagi Jumaat, mereka memulakan perjalanan, sementara Alang dan saya tinggal di kampus. Saya mengadap buku dan cuba mencari jawapan untuk soalan-soalan yang diberikan oleh lecturer. Lama mengadap buku, hati mula terasa lain. Saya rindu sahabat-sahabat saya.
“ Tawakallah. Kalau betul Allah nak bagi kita pergi, kita pasti dapat pergi,” kata sahabat. Alang dan saya hanya menunggu kata putus daripadanya.
Pagi Sabtu, Alang menelefon, “Adik, bersiap. InsyaAllah dalam pukul 10 lebih kita bertolak”.
***
Betul kata mereka, saya pasti menyesal kalau saya lepaskan peluang yang sekali ini. Bersama-sama mereka dalam satu rumah, memasak untuk berbuka dan sahur bersama-sama, terawih bersama-sama. Subhanallah, indahnya.
Melihat Along yang menitiskan air mata kerana tidak terlepas peluang untuk menikmati keindahan taman bunga bersama, hati tersentuh. Melihat wajah Ucu yang tertidur keletihan dengan telekung masih di badan, jiwa terasa sayu. Melihat wajah Ateh yang tetap ceria walau dalam kepenatan, perasaan jadi terharu. Sungguh, kalian memang hebat!
Masih segar di ingatan saat meredah kesunyian pagi untuk mengagihkan makanan sahur untuk penduduk kampung. Masih terbayang-bayang saat tangan dipimpin oleh sahabat ketika menziarahi rumah penduduk kampung untuk memberikan sumbangan. Masih terasa manisnya ketika sama-sama bergambar kenangan sebelum melangkah pulang.
Tuhan, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bersama-sama sahabat.
Sahabat, terima kasih atas kemanisan ukhuwah yang dihulurkan.
Cameron, terima kasih atas memori ini.
jalan-jalan sambil snap gambar |
lina, mencari daun bawang |
sempat duk kejap je, sebab hujan lebat sangat |
* Sempat singgah di ladang strawberi dan kawasan air terjun dalam perjalanan pulang.
Seronok!
Seronok!
Friday, August 27, 2010
Saat-saat Itu
Saat-saat itu,
Saat-saat terakhir.
Saat-saat lalu,
Banyak yang sudah ditempuh, banyak juga yang sudah dilalui.
Senyum, gelak-tawa, sedih dan risi,
Semua sudah sebati dalam hati.
Terkenang saya peristiwa hari itu, bila dia tidak mampu memaniskan wajah. Suaranya juga tidak kedengaran, hanya bayang-bayang langkahnya yang kelihatan. Ingin menegur, saya bimbang tersilap bicara. Ingin menyapa, saya bimbang membekaskan luka. Saya diam, tapi saya tetap mahu mencuba.
Sampai satu ketika, dia mula meluahkan kata, walaupun air wajahnya tidak seceria biasa. Tapi saya bersyukur, sekurang-kurangya dia tahu saya ingin dia menegur. Saya tunaikan permintaannya, dan saya gembira.
Malam itu, kebimbangan menular lagi. Cukuplah, saya tidak sanggup melihatnya berduka sendiri. Langkah saya atur, dengan harapan dia tidak lagi menyepi. Alhamdulillah, saat saya memandangnya, sinar keceriaan jelas terpancar. Dia tersenyum dan wajahnya sangat bercahaya.
Kali terakhir saya berjumpa dengannya, dia masih begitu. Dia masih berada dalam kebahagiaannya, dan saya akan terus berharap gembira itu sentiasa ada bersamanya. Bila dia pergi meninggalkan saya nanti, kecewa pasti tiada dalam jiwa, kerana saya pasti, senyumannya masih lagi bersisa.
Tuhan, lindungilah dia.
Kasihilah dia.
Sayangilah dia lebih daripada kami menyayanginya.
Kami amat berharap Ya Allah...

Subscribe to:
Posts (Atom)